Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


‘Rintihan Pengorbanan’ Dayangku Intan

Penyanyi senior Dayangku Intan menyingkap erti di sebalik lagu terbarunya ‘Rintihan Pengorbanan.'

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 9:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Musim Raya ini pasti lagu berjudul ‘Senandung Hari Raya Untukmu’ nyanyian penyanyi Dayangku Intan menjadi antara lagu kegemaran yang ingin didengar di corong-corong radio untuk menyemarakkan lagi suasana menyambut lebaran.

Sudah lebih 10 tahun penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu bertemakan cinta seperti ‘Semakin Rindu Semakin Sayang’, ‘Berpaut Di Dahan Cinta’, dan ‘Cinta Di Taman Larangan’ itu tidak merakamkan lagu baru.

Namun pada penghujung tahun lepas, beliau sempat menghasilkan buah tangan baharu menerusi single berjudul ‘Rintihan Pengorbanan’ ciptaan anak lelakinya Rusyd Rosman, terbitan Senikita Studio.

Terdetik juga di hati penulis apakah lagu tersebut terhasil setelah penyanyi tersebut kehilangan anak gadis kesayangannya yang telah pergi buat selama-lamanya pada tahun lepas selepas mengalami komplikasi seusai menjalani pemindahan hati pada Februari 2020?

Allahyarham Wanku Intan Syarafana Rosman menghidap penyakit Biliary Artresia dan dilahirkan tanpa hempedu. Sebagai ibu, Dayangku Intan sudah semestinya rasa terpukul dengan pemergian anak perempuannya itu.

“Sebenarnya saya tak boleh katakan ia tribute sebab lagu itu menceritakan apa yang saya harungi dari kecil sehingga sekarang ini.

“Saya pernah kehilangan adik saya sewaktu dia berumur 29 tahun kemudian mak sakit Alzheimer dan Parkinson’s dan kini kehilangan anak perempuan saya,” jawab penyanyi bersuara serak-serak basah itu kepada kami baru-baru ini.

Anak lelakinya, Rusyd yang menghasilkan melodi lagu ‘Rintihan Pengorbanan’ sebenarnya pernah memujuk penyanyi tersebut untuk menyanyikan lagu tersebut ketika Wanku Intan masih ada lagi.

“Rusyd nampak keperitan saya. Waktu itu saya tak boleh terima lagu ini. Bila alami kehilangan (anak) baru saya faham diri saya. Kehilangan anak perempuan saya adalah yang paling mencabar,” akuinya.

Selepas itu, Dayangku Intan bertekad menyuntik kelainan kepada lagu-lagu baru nyanyiannya kerana selama beliau bergelar penyanyi sejak tahun 80-an lagi, beliau hanya dikenali menerusi lagu-lagu bertemakan cinta sahaja.

Kini beliau tidak perlu risau lagi kerana mempunyai studio sendiri untuk merakamkan lagu-lagu baru tanpa perlu mengikut tempoh masa yang diberikan oleh label.

Bahkan beliau juga sudah mempunyai siaran podcast sendiri yang banyak menceritakan tentang kehidupan beliau. 

“Saya nak buat kelainan sekarang. Tentang diri kita yang mempunyai kawan yang istimewa, tentang persahabatan. Kekadang orang luar lebih baik dari keluarga terdekat. Kali ini saya nak nyanyi dan sampaikan apa yang saya suka. Bukan pasal wang lagi.

“Kalau dulu kita terpaksa akur ikut trend, kita kena nyanyi lagu cinta. Kalau saya nyanyi lagu cinta ia haruslah apa yang saya rasa. Tidak semua indah tentang cinta,” katanya tegas.

Menurut Dayangku Intan, pendengar boleh mengenali dirinya menerusi lagi-lagu barunya nanti. Jelasnya, lagu-lagu bertemakan alam sekitar contohnya jarang dihasilkan mungkin kerana penyanyi ‘takut lagu itu tidak akan naik’ disebabkan oleh pemikiran kita yang sedemikian.

“Sebenarnya ada pendengar nak perubahan, kelainan. Ada juga anak-anak muda kita atau orang yang berusia kehausan sebab itu bila ada lagu unsur ketuhanan sikit atau pasal alam sekitar ia akan disukai,” terangnya panjang lebar.

Saat ditanya adakah beliau bimbang dengan penerimaan peminat nanti sekiranya Dayangku Intan memilih untuk berbuat demikian kerana selama ini beliau popular menerusi lagu-lagu bertemakan cinta?

“Kalau pendengar itu tidak boleh terima bermakna dia bukannya peminat saya. Dia tidak ingin tahu tentang diri saya. Saya bukan sombong sebab saya nak lahirkan perkara yang real.

“Kekadang kita tengok keadaan sekarang ada yang masih hidup dalam mimpi. Maaf saya katakan kekadang manusia tak rasa dia hidup di alam yang nyata. Jadi kalau peminat tak menerima dan tak suka lagu itu bermakna dia tidak mahu tahu pasal saya sebab dia cuma nak lagu apa yang dia nak.

“Saya tak kisah sebenarnya sebab saya dah dalam industri ini lama. Saya tak perlu kejar benda macam itu lagi,” jelasnya lagi.

Sebagai ibu yang menjaga Allahyarham anaknya sehingga nafasnya yang terakhir di hospital, sudah tentu penyanyi tersebut masih terkesan dengan kehilangan anaknya itu.

Nadanya bertukar menjadi sebak seketika dalam temu bual ini. Luahnya bernada perlahan seakan menahan tangisan.

“Tak pernah hilang sesaat pun di hati saya. Sentiasa mengingati anak saya tapi dia di tempat yang baik. You boleh tengok keadaan sekarang, sekiranya dia di hospital saya tak boleh menjaganya dengan dekat seperti dulu.

“Kalau dulu saya tak pernah tinggalkan anak saya di hospital kecuali dalam bilik pembedahan. Saya kena tunjuk semangat yang kuat sekarang. Dia bersama Maha Pencipta. Saya akan berjumpa dia di sana. Kalau kita terima dengan tabah Allah janjikan juga tempat yang baik untuk kita.”

Dayangku Intan kini memastikan beliau disibukkan dengan aktiviti-aktiviti seharian yang digemarinya seperti memasak untuk keluarga. 

Meskipun pada mulanya beliau merasakan perlu berjumpa ahli terapi untuk menangani rasa kehilangan itu, beliau berfikir balik dan hanya mengambil keputusan reda dan bergantung kepada Allah SWT sahaja.

“Meratap tak baik untuk saya dan semua pun sebab kita ada agama yang baik yang mengajar kita bagaimana untuk menangani kebimbangan, ketakutan. Alhamdulillah saya dapat lakukan dengan baik.

“Anak saya meninggalkan sesuatu perkara yang baik untuk saya dan keluarga. Kami semua berubah. Dia seperti mutiara yang hilang yang pulang ke tempat asalnya. Dia menunggu saya di sana dan saya akan ke sana tidak lama lagi,” ujarnya menutup bicara.

Dayangku Intan turut mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca portal ini serta peminat-peminat beliau. Semoga langkahnya selepas ini akan memberikan hasil yang diharapkan. - Getaran, 2 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Dayangku Intan

Isu Pada

Membelah Suara Uyaina Arshad

01 May 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok