Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berpuasa Di Tengah Samudera, Bahagian 2

Sambungan kisah minggu lalu, penyumbang kami berkongsi kisah berpuasa di atas kapal DSV di tengah samudera raya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memandangkan waktu solat di tengah laut berbeza dengan waktu di darat, biasanya kami akan meminta jasa baik rakan-rakan di pelantar minyak berhampiran untuk berkongsi takwim waktu solat yang mereka ada dengan kami.

Kebiasaannya sela masa perbezaan itu sekitar 5 ke 10 minit bergantung kepada lokasi keberadaan kapal dan pelantar minyak. Di sinilah salah seorang daripada kami akan mengeluarkan telefon bimbit atau jam dan sama-sama countdown masuknya waktu berbuka.

Sebaik sahaja yakin telah masuk waktu berbuka, salah seorang anak kapal (biasanya tugas ini diberi kepada penulis) untuk membacakan doa berbuka puasa. Usai mengaminkan doa yang dilafazkan, maka suasana bertukar senyap seketika apabila masing-masing khusyuk menikmati hidangan masing-masing.

Kepada yang berdiet, hanya air kosong sebagai pembasah tekak. Namun air manis juga turut disediakan pihak katering kepada yang berhajat dan sudah tentu ia tidak dilepaskan begitu sahaja. Kadangkala terdapat air cendol, cincau, teh ais dan pelbagai lagi air minuman yang menyelerakan.

Selesai berbuka, kepada yang masih bertugas akan menyambung semula tugasan dan kepada yang masih off shift, akan kembali ke kabin masing-masing untuk solat dan menyambung tidur sebelum masuk bekerja semula jam 11 malam.

Bagi kami yang di luar waktu bekerja, peluang Ramadan ini kami ambil untuk sama-sama menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah beramai-ramai. 

Oleh kerana surau yang disediakan di atas kapal ini bersaiz kecil dan hanya boleh memuatkan tiga orang sahaja pada satu-satu masa, maka kami meminta kebenaran daripada nakhoda kapal atau kapten untuk menggunakan bilik TV yang lebih besar.

Hanya menggunakan cadar katil (bed sheet), ia kami bentang di lantai dan sejadah disusun di atasnya bagi membentuk saf. Dengan bilik TV yang lebih besar ini, maka lebih ramailah jemaah yang boleh turut serta bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini.

Kedudukan kapal atau heading sentiasa berubah. Justeru sebelum solat, kompas akan dibuka bagi menentukan arah kiblat. Setelah pasti dan yakin dengan arah kiblat, maka solat berjemaah pun ditunaikan disusuli dengan wirid ringkas dan doa.

Sesi solat berjemaah diteruskan dengan solat fardu Isyak dan solat sunat tarawih selepas itu.

Oleh kerana kekangan waktu akibat terikat dengan pelbagai tugasan, kami hanya melaksanakan lapan rakaat solat tarawih dan tiga rakaat solat sunat witir. Namun syiar kemeriahan Ramadan tetap dirasakan dengan laungan selawat dan salam yang mengiringi usai salam setiap dua rakaat solat tarawih.

Apa yang mengagumkan, terdapat juga sebahagian anak kapal yang sanggup mengesampingkan sebentar waktu rehat mereka dengan sama-sama bertarawih dan meramaikan lagi jemaah.

Setahun sekali, ujar mereka apabila ditanya tidak mengapakah tidak berehat waktu itu. Semoga setiap saat yang mereka korbankan untuk ibadah ini akan diganjari Yang Maha Esa.

Untuk aktiviti bersahur pula, ia adalah sama seperti hari biasa. Dalam bulan selain Ramadan pun, pihak katering memang akan menyediakan sarapan pagi seawal jam 5.00 pagi setiap hari.

Cuma sepanjang tempoh bulan puasa, ia diawalkan sedikit sekitar setengah jam bagi menyantuni anak-anak kapal yang ingin bersahur. Justeru, bersahurlah kami dengan hidangan-hidangan biasa di waktu sarapan pagi seperti nasi goreng, bihun dan sebagainya.

Kami anak-anak kapal pun tidak berapa berkira hal ini kerana masing-masing waktu itu belum berapa berselera dan sekadar mengambil berkat bersahur.

Begitulah rutin harian kami sepanjang bulan Ramadan ini. Walaupun tidak dapat merasai kemeriahan bazar Ramadan dan bersolat tarawih di masjid, namun pengisiannya tidak jauh berbeza dan tetap merasai keseronokan itu biar pun telah berminggu-minggu tidak menjejakkan kaki ke darat.

Jika dirasakan agak getir untuk kami di atas kapal ini tidak dapat ke mana-mana dan hanya dikelilingi lautan, apatah lagi cabaran yang perlu dilalui oleh beberapa orang penyelam laut dalam (saturation diver).

Kalau kami yang lain bebas ke mana-mana di atas kapal, mereka terpaksa tinggal selama berminggu-minggu di dalam ruangan sempit di dalam chamber. Ini bertujuan untuk menyamakan tekanan ketika berada jauh di kedalaman laut yang memerlukan mereka bekerja lebih daripada 40 meter ke dasar laut.

Oleh itu, mereka perlu tinggal, makan, mandi, tidur dan solat di dalam ruangan ini yang kebiasaannya boleh menjangkau sehingga 28 hari bergantung kepada durasi projek.

Penulis sempat bertanyakan perihal pengalaman berpuasa kepada salah seorang penyelam yang terpaksa berada di dalam chamber. Menurut Mohd Faizol yang merupakan salah seorang saturation diver, aktiviti puasa mereka sama seperti di luar.

Life Support Technician akan membungkuskan juadah berbuka puasa mereka dan dihantarkan ke dalam chamber. Sebaik sahaja masuk waktu berbuka, mereka bersama-sama berbuka puasa dalam ruang yang sempit dan bersolat secara rukhsah di atas katil atau mana-mana ruang yang ada.

Yang menjadi cabaran adalah bilamana mereka sedang bekerja di bawah laut ketika masuknya waktu berbuka. Kebiasaannya, mereka akan bekerja bertiga secara bergilir untuk tempoh lapan jam untuk setiap satu bell run.

Bell akan diturunkan ke dasar laut, dua penyelam akan membuat kerja dan seorang lagi bersiap siaga di dalam bell tersebut. Tidak pelik jika ketika sedang bekerja, mereka hanya akan dapat berbuka beberapa jam selepas itu pasca tugasan selesai dan bell dinaikkan semula ke dalam kapal.

Dengan helmet dan sut penyelam, mustahil untuk mereka mencuri masa untuk minum atau berbuka. Justeru, kesabaran dan semangat yang tinggi diperlukan untuk mereka menunaikan ibadah puasa biarpun terikat dengan kekangan tugas yang amat berisiko tinggi ini.

Selepas tugasan penuh berjaya diselesaikan, 72 jam diperlukan untuk ruangan dalam chamber di decompression dengan tekanan dikurangkan sedikit demi sedikit.

Sebaik sahaja tempoh 72 jam itu selesai, barulah mereka dibenarkan keluar dari chamber dan menyertai krew yang lain menjalani kehidupan dan ibadah seperti biasa sebelum pulang ke pangkuan keluarga 24 jam selepas tempoh pemerhatian (bend watch) tamat.

Demikian sedikit perkongsian tentang pengalaman berpuasa di atas kapal DSV. Diharap sedikit sebanyak, ia akan memberi gambaran kepada semua tentang  kehidupan kami di tengah samudera tidak bertepi ini.

Sesungguhnya, walau apa pun cabaran tugasan yang perlu dihadapi, tiada apa pun yang menghalang kita untuk berpuasa. Semuanya bergantung kepada kekuatan semangat yang berusaha sedaya upaya untuk menunaikan rukun Islam ketiga ini.

Dengan harapan, segala usaha dalam menunaikan ibadah fardu ini akan diterima oleh Allah SWT dan bakal beroleh ganjaran-Nya di sana nanti. Amin ya rabbal ‘alamin. - Getaran, 1 Mei 2021

Baca bahagian pertama tulisan ini di sini.

Semua gambar: Hafiz Azwany Taher

Isu Pada

Membelah Suara Uyaina Arshad

01 May 2021

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya