web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


CEO Google Guna AI Untuk Masa Depan, Garis Peluang Selepas 12,000 Kakitangan Diberhentikan

Disebabkan kekuatan misi syarikat, nilai produk dan perkhidmatan Google serta pelaburan awalnya dalam AI, syarikat tersebut kini berada dalam kedudukan yang baik.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 5:02PM

Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Susulan pemecatan seramai 12,000 pekerja Google berikutan masalah teknikal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google Sundar Pichai telah memulakan langkah menggariskan peluang besar dengan penggunaan AI (Artificial intelligence).

Beliau telah berkongsi keyakinannya terhadap sebuah AI dan menggelarnya sebagai "peluang besar" untuk syarikat itu walaupun 12,000 pekerja telah diberhentikan awal minggu lalu dan mengakibatkan kekurangan kakitangan.

Dalam satu kenyataan, Pichai berkata kepada kakitangannya, disebabkan kekuatan misi syarikat, nilai produk dan perkhidmatan Google serta pelaburan awalnya dalam AI, syarikat tersebut kini berada dalam kedudukan yang baik.

"Menaikkan syarikat untuk menjadikan AI untuk kali pertama tahun lalu membawa kepada kemajuan yang merentas perniagaan kami dan seluruh industri," katanya sambil berterima kasih kepada pelaburan tersebut yang menjadikan produk Google lebih baik berbanding sebelum ini.

"Kami bersiap sedia untuk berkongsi beberapa pengalaman baharu kepada pengguna dan perniagaan. Kami mempunyai peluang besar di hadapan kami dan bersedia untuk mendekatinya dengan berani dan bertanggungjawab," tambahnya.

Namun begitu, Pichai menyatakan bahawa pilihan yang sukar perlu dibuat dan ini berlaku selepas 'semakan rapi' merentasi kawasan dan fungsi produk untuk memastikan bahawa peranan itu sejajar dengan keutamaan tertinggi Google sebagai sebuah syarikat gergasi.

Sundar Pichai - Gambar Fail AFP
Sundar Pichai - Gambar Fail AFP

Sementara itu, e-mel berasingan telah pun dihantar kepada pekerja yang terjejas akibat diberhentikan secara tiba-tiba. Di Amerika Syarikat, Google akan membayar pekerja semasa tempoh pemberitahuan penuh dan juga akan menawarkan pakej pemberhentian bermula pada gaji 16 minggu dan ditambah dua minggu untuk setiap tahun tambahan di Google.

Di negara lain, proses ini akan mengambil masa yang lebih lama disebabkan oleh undang-undang dan amalan tempatan.

Pichai turut kesal dengan situasi pemberhentian yang berlaku dan ia adalah satu beban yang berat dipikul olehnya.

“Ini bermakna mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa orang yang sangat berbakat dan kami bekerja keras untuk mengajikan mereka kerana suka bekerja bersama mereka. Saya sangat menyesal.

“Hakikat perubahan ini akan memberi kesan kepada kehidupan Googler yang amat membebankan saya dan saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan yang membawa kami ke sini,” tambahnya.

Menurut CNBC, terdapat 750 pemimpin kanan mengambil bahagian dalam proses menentukan siapa yang akan dilepaskan dari syarikat tersebut. Ia mengambil masa berminggu-minggu untuk membuat kesimpulan serta keputusan buat Google.

Pichai menjelaskan bahawa dia berunding dengan pengasas dan pemegang saham kawalan Google, Sergey Brin dan Larry Page serta lembaga pengarah dalam membuat keputusan berhubung  pemberhentian kerja yang berlaku kira-kira dua minggu lepas. - Getaran, 4 Februari 2023

Sumber: interactive.com

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Google Lancar Inisiatif Baharu Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran Berfokuskan AI

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Salah Tukaran Ringgit-Dolar AS, Google Malaysia Mohon Maaf

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

Sorotan

1

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

2

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

3

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

4

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

5

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

6

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan