Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelajari Kehebatan Tamadun Islam Di Pusat Kebudayaan Dunia Raja Abdulaziz

Pusat Kebudayaan Dunia Raja Abdulaziz (Ithra) mengambil pendekatan pelbagai disiplin semasa acara kesenian Islam yang julung-julung kali diadakan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 8:14PM

Pameran Ithra yang berjudul ‘A Journey of Understanding’ adalah berdasarkan penilaian semula budaya visual Islam. - Gambar ihsan Pusat Kebudayaan Dunia Raja Abdulaziz (Ithra)

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pusat Kebudayaan Dunia Raja Abdulaziz (Ithra) mengetuai penerokaan ilmu dan penemuan saintifik pada edisi sulung Biennale Kesenian Islam Yayasan Biennale Diriyah.

Pusat ini mengambil pendekatan pelbagai disiplin untuk pemeriksaan semula hubungan antara budaya dan tamadun Islam pada acara dwitahunan tersebut yang diadakan di Jeddah sehingga 23 April ini.

Pusat Kebudayaan Dunia Raja Abdulaziz (Ithra).
Pusat Kebudayaan Dunia Raja Abdulaziz (Ithra).

Ithra dalam Bahasa Arab membawa makna ‘pengayaan’. Ia merupakan salah satu institusi budaya paling berpengaruh di Arab Saudi, tempat di mana perspektif yang mencabar bertemu dengan kreativiti dan idea transformatif. 

Ia juga menjadi tempat di mana imaginasi dikuasakan, idea dilahirkan, pengetahuan dikongsi dan budaya diraikan.

Semua emelen ini dipamerkan menerusi pelbagai aktiviti, termasuk pameran seni, tawaran akademik serta tayangan perdana filem dokumentari dunia berdasarkan penyelidikan mendalam tentang penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah hingga ke Yathrib.

Dokumentari berjudul ‘In the Footsteps of the Prophet’ akan ditayangkan secara umum buat kali pertamanya pada acara dwitahunan tersebut.

Dalam dokumentari ini, Dr. Abdullah Alkadi, salah seorang pakar terkemuka di dunia dalam topik perbincangan ini telah menelusuri perjalanan yang dilalui oleh Nabi Muhammad. 

Dokumentari ‘In The Footsteps Of The Prophet’ akan ditayangkan secara umum buat kali pertamanya pada acara dwitahunan tersebut.
Dokumentari ‘In The Footsteps Of The Prophet’ akan ditayangkan secara umum buat kali pertamanya pada acara dwitahunan tersebut.

Ia mengikuti tema pameran Hijrah Ithra yang bertujuan memperluas pengetahuan orang ramai tentang peristiwa ini yang menyaksikan Islam bangkit menjadi agama utama dunia yang akan melahirkan tamadun yang hebat.

Pameran Ithra yang berjudul ‘A Journey of Understanding’ (Sebuah Perjalanan Menuju Kefahaman) pada acara dwitahunan tersebut adalah berdasarkan penilaian semula budaya visual Islam yang mempertimbangkan penyelidikan ke atas orang ramai agar lebih memahami tentang penerimaan, pengetahuan dan tanggapan masyarakat Arab Saudi mengeni topik ini. 

Ia merangkumi barangan penting dalam kebudayaan ini termasuk kiswa (tirai pintu Kaabah) yang bersejarah, Al-Quran dan manuskrip purba serta artifak-artifak lain.

Pameran ini diperkayakan lagi dengan tayangan video dan dua pengalaman VR (Realiti Maya) yang menawarkan panduan kepada pengunjung di dalam dua masjid yang ikonik di dunia.

VR (Realiti Maya) menawarkan panduan kepada pengunjung di dalam dua masjid yang ikonik di dunia.
VR (Realiti Maya) menawarkan panduan kepada pengunjung di dalam dua masjid yang ikonik di dunia.

Akademi Ithra juga menampilkan satu siri bengkel dan kelas pakar untuk menyokong bakat kreatif dan peminat seni dalam membangunkan kemahiran mereka – Portfolio Artis: Strategi untuk Mempamerkan Karya anda; Seni dalam Melihat Seni; dan Penerangan tentang Islam Tradisional.

"Di Ithra, kami menyemarakkan rasa ingin tahu berkaitan budaya, menggalakkan penerokaan ilmu pengetahuan dan memberi inspirasi kepada kreativiti melalui kuasa idea, imaginasi dan inovasi," ujar Ketua Muzium Ithra, Farah Abushullaih. 

"Kami memanfaatkan inovasi untuk merakam dan mempamerkan warisan budaya Kerajaan Arab Saudi di Biennale Kesenian Islam kali ini. Kami menampilkan pelbagai artifak sejarah dan objek unik yang signifikan dengan cara yang dapat menarik minat khalayak global, manakala pendekatan pelbagai disiplin kami direka untuk meningkatkan pemahaman khalayak tentang kesenian Islam,” tambah Farah.

Melalui pelbagai program yang memberi impak ini, Ithra berhasrat untuk memberikan inspirasi kepada semua generasi untuk menikmati dan meneroka potensi hati serta minda manusia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ithra.com. - Getaran, 29 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City