web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Trofi Piala FA Emirate Bakal Tiba Di Kuala Lumpur

Piala tertua dan paling terkenal di dunia ini akan tiba di Kuala Lumpur dalam lawatan sulung bersejarah.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 10:12AM

Gambar ihsan TQPR 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertandingan kalah mati kebangsaan tertua dan paling terkenal di dunia, The Emirates FA Cup atau Piala FA Emirates, telah memulakan Jelajah Trofi Asia Pasifik yang julung kali diadakan dari 21 hingga 29 Januari 2023.

Buat pertama kali dalam sejarah 150 tahunnya, trofi Piala FA Emirates akan diterbangkan ke Malaysia untuk dipertontonkan kepada peminat yang berpeluang untuk melihat sendiri salah satu piala tersohor dunia pada,25 Januari ini di Kuala Lumpur. 

Lawatan tersebut akan bermula di Sydney pada 23 Januari kemudian ia akan tiba di Kuala Lumpur pada 25 Januari sebelum menuju ke Singapura pada 26 Januari.

Lawatan berakhir di Seoul pada hujung minggu yang sama ketika piala Pusingan Keempat Piala FA Emirates pada 28-29 Januari.

Trofi Piala FA Emirates akan diterbangkan ke Malaysia pada,25 Januari ini di Kuala Lumpur. 
Trofi Piala FA Emirates akan diterbangkan ke Malaysia pada,25 Januari ini di Kuala Lumpur. 

Navin Singh, Pengarah Komersial Persatuan Bola Sepak England berharap mereka akan melahirkan rasa keterujaan ketika melihat piala tersebut di bawa ke Malaysia

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Astro selaku rakan penyiaran tempatan kami, untuk membawakan trofi Piala FA Emirates ke Malaysia sebagai sebahagian daripada Jelajah Trofi Asia Pasifik.

“Trofi Piala FA adalah antara yang paling disanjung tinggi dalam dunia sukan dan sejak perayaan ulang tahun ke-150 pertandingan musim lepas, minat global terhadap pertandingan ini semakin memuncak,” katanya.

Malaysia memang sudah lama ada kaitan dengan Piala FA Emirates, termasuk penglibatan beberapa pemain yang telah memainkan peranan penting dalam Piala FA England.

Ini termasuk pemain Malaysia seperti Tony Cottee, yang merupakan naib juara Piala FA England bersama Everton dan juara Piala FA Malaysia bersama Selangor.  

Jadi mari ramai-ramai meraikan kehadiran piala tersebut dan mendapatkan gambar bersamanya untuk dijadikan sebagai kenangan. - Getaran, 22 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok