web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masjid Rokok Di Tengah Bandar Dresden, Jerman Sering Jadi Tumpuan Kerana Reka Bentuknya Yang Unik 

Ramai yang sangka ianya masjid tetapi, Yenidze adalah bekas kilang rokok. Ia dinamakan sempena salah satu bandar tembakau di zaman Empayar Uthmaniyah yang kini dikenali sebagai Genissea di Greece. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 2:00PM

Ramai yang menyangka Yenidze adalah sebuah masjid besar namun sebenarnya ia adalah bekas kilang rokok. - Gambar oleh Zel Hadauan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masjid Rokok di tengah bandar Dresden di Jerman, kelihatan seperti sebuah masjid besar dengan kubah kaca, tertulis di atasnya, Yenidze.

Ramai yang sangka ianya masjid tetapi, Yenidze adalah bekas kilang rokok. Ia dinamakan sempena salah satu bandar tembakau di zaman Empayar Uthmaniyah yang kini dikenali sebagai Genissea di Greece. 

Imejnya yang unik turut diabadikan sebagai poskad. - Gambar oleh Zel Hadauan
Imejnya yang unik turut diabadikan sebagai poskad. - Gambar oleh Zel Hadauan

Pada 1907, Hugo Zietz, pengasas tembakau orientalis dan kilang rokok Yenidze, menggunakan khidmat arkitek Martin Hammitzsch untuk membina sebuah kilang yang menepati kriteria spesial Dresden pada waktu itu; dilarang membangunkan premis kilang yang mudah kelihatan seperti kilang untuk menjaga pemandangan dan persekitaran Dresden. 

Oleh sebab itu, Zietz mahu ia direka presis sebuah masjid. Kubahnya diperbuat dari kaca dan cerobong kilang bentuk seperti menara masjid. 

Ironinya, kilang ini bukan hanya menepati kriteria majlis perbandaran, malah menjadi monumen pengiklanan bagi jenama tembakau orientalis. 

Pembinaannya hanya mengambil masa 2 tahun. Zeitz menjual bangunan itu pada tahun 1924 kepada empayar rokok Reemtsma. 

Ia telah rosak teruk semasa serangan udara di Dresden pada Februari 1945, dan selepas pembaikan sementara, kilang itu mula mengeluarkan rokok semula pada tahun 1947. 

Dari tahun 1953 hingga 1989 bangunan itu digunakan sebagai pejabat pusat tembakau Republik Demokratik Jerman (yang dipanggil “VEB Tabakkontor”). 

Pada tahun 1990-an bangunan terbiar itu telah diswastakan, dibaiki dengan bantuan kewangan daripada dana hartanah, dan digunakan sebagai bangunan komersial dan pejabat. 

Pemandangan Masjid Rokok yang cukup menawan di waktu malam. - Gambar oleh Zel Hadauan
Pemandangan Masjid Rokok yang cukup menawan di waktu malam. - Gambar oleh Zel Hadauan

Bangunan yang kini hanya premis pejabat mempunyai 600 pelbagai bentuk tingkap dan kubah kaca berwarna warni dengan 20 meter tinggi. 

Restoran di kubah menawarkan pemandangan 360 darjah panoramik bandar yang mengagumkan! Lagi fakta menarik adalah mengenai arkitek bangunan ikonik ini, Martin Hammitzsch. 

Beliau bukan sahaja arkitek malah ahli politik tempatan yang meraih pangkat profesor dalam tahun 1902-1905. Bukan itu sahaja, beliau juga adalah abang ipar kepada Adolf Hitler. – Getaran, 7 Januari 2023 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

07 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kawal Sedia Vape Sekarang, Undang-Undang Baharu Akan Ambil Masa Terlalu Lama - MSHR

2

Semasa 3 tahun yang lalu

23 Pindaan RUU Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok 2022 Akan Dikemukakan - Khairy

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Naikkan Cukai Tembakau, Produk Sehingga 70 Peratus, Bantu Henti Tabiat Merokok

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Rokok Elektronik, Vape Nikotin Bukan Alternatif Kurangkan Tembakau

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh