Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Beli 'Pasport' Untuk Nikmati Sajian Berbuka 5 Bintang Di Desaru

Mewah rasa dan mewah pilihan. Jika anda berada di Johor, wajib dapatkan 'pasport' kulinari terhad ini untuk berbuka puasa.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Warga Johor jangan lepaskan peluang menikmati sajian berbuka puasa bertaraf lima bintang di Desaru Coast.

Tarikan pelancongan yang mempunyai deretan hotel, resort dan tarikan yang terkenal di seluruh dunia, termasuk Anantara Desaru Coast Resort & Villas, The Westin Desaru Coast Resort, Hard Rock Hotel Desaru Coast, dan The Els Club Desaru Coast, Desaru Coast ini menjanjikan mengalami kulinari yang cukup menarik bermula 13 April hingga 12 Mei 2021.

Kalaupun hati tidak gembira dengan suasana Ramadan ini, janganlah ‘merajuk’ terlalu lama, pujuklah hati dengan membawa diri ke pusat peranginan yang semakin popular ini. Tak mahu singgah bermalam, cukuplah sekadar menikmati juadah berbuka puasa bersama teman ataupun keluarga dalam suasana percutian. 

Setiap hotel dan tarikan destinasi menghidangkan pelbagai jenis bufet, menu set dan tawaran ala carte, kepada tetamu secara eksklusif.

Hidangan disediakan oleh tukang masak yang terlatih dan berpengalaman serta di antara yang terbaik di Malaysia. Bahkan, setiap restoran telah mencapai tahap yang tertinggi dalam menyajikan masakan tradisional Malaysia, dengan hanya menggunakan bahan masakan yang berkualiti dan terpilih sahaja.

"Kesemua restoran signature di destinasi kami terkenal dengan pelbagai jenis masakan. Dalam usaha kami untuk menjadikan bulan ini lebih bermakna buat tetamu, kami memperkenalkan buat julung kalinya, ‘Pasport Sajian Ramadan Desaru Coast’.

Dengan 'pasport' ini,  setiap tetamu boleh menikmati tiga bufet makan malam yang hebat dengan harga satu makan malam bufet hotel. Pasport terhad ini juga memberi peluang kepada tetamu untuk mencuba menu dan suasana yang berlainan sepanjang bulan Ramadan hanya di destinasi ini.

"Pada asasnya, ‘Pasport Sajian Ramadan Desaru Coast’ membolehkan anda menikmati hidangan Ramadan kami bukan satu, bukan dua, tetapi di tiga restoran terkemuka di destinasi kami.

"Tetamu boleh kembali beberapa kali sepanjang bulan Ramadan ini untuk menikmati menu serta suasana yang berbeza dan tawaran ini merupakan sesuatu yang sesuai untuk seisi keluarga dan golongan korporat," ujar Ketua Jualan dan Pemasaran,  Desaru Development Holdings One Sdn. Bhd. Hoe Teck Wei, 

"Dalam memupuk semangat kemasyarakatan dan keharmonian, Desaru Coast menerima kehadiran tetamu dengan tangan terbuka baik daripada seisi keluarga mahupun golongan korporat untuk menjamu selera bersama kami dan merasai sendiri pengalaman sajian yang lebih bermakna dan penuh keberkatan sepanjang bulan Ramadan,” ujarnya lagi.

Restoran atau lokasi selera yang mengambil bahagian dalam ‘Pasport Sajian Ramadan Desaru Coast’ terdiri daripada Turmeric di Anantara Desaru Coast Resort & Villas, Seasonal Tastes di The Westin Desaru Coast Resort, Sessions di Hard Rock Hotel Desaru Coast and dan Els Ballroom di The Els Club Desaru Coast, Ocean Course. 

Perlu diiingatkan pasport yang berharga RM150 ini adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat. Jika berminat, anda harus segera membuat tempahan di www.desarucoast.com 

Berikut info lanjut tentang sajian lima bintang yang boleh anda nikmati dengan pasport istimewa ini.

1) Anantara Desaru Coast Resort & Villas - Turmeric

Ramadan bermaksud kemeriahan dan keramaian  di Tumeric. Bertemakan ‘Selera Malaysia’, Tumeric menawarkan  tiga menu tersendiri untuk dipilih oleh tetamu. Pelbagai hidangan utama yang lazat termasuk Pari Masak Asam Pedas, Sambal Kupang, Daging Masak Kicap Berempah, Kambing Kurma Berkentang  serta aneka masakan Siam. 

Sajian bufet tersedia dari 13 April hingga 12 Mei 2021, dari jam 6.30 petang hingga ke 10 malam. Harga untuk dewasa RM128 dan kanak-kanak RM64.  Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi 07-828 0888 atau e-mel kepada [email protected] 

2) Westin Desaru Coast Resort -Seasonal Tastes

Seasonal Tastes menampilkan ‘Selera Citarasa Johor’ yang terdiri daripada pelbagai hidangan tempatan Johor. Hidangan tradisional unik ini tidak dapat dinikmati di tempat-tempat lain selain dari di sini. Selain itu, terdapat hidangan sampingan yang akan melengkapkan sajian tradisional anda seperti Ulam-Ulaman Desa, Sambal-Sambal Tumbuk, Warisan Rempah dan Kari Chef Parthiban.

Bufet Ramadan di Westin boleh dinikmati sehingga 16 Mei 2021 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam dan ia berharga RM128 seorang. Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi 07-838 3333 atau e-mel kepada [email protected]

3) Hard Rock Hotel Desaru Coast - Sessions

Sajian masakan Desaru Coast diteruskan di Sessions di Hard Rock Hotel. Sajian Makan Malam Malaysia yang berharga RM98 bersih untuk dewasa dan RM49 bersih untuk kanak-kanak ini menampilkan hidangan tempatan seperti  asam pedas betis kambing, pajeri nenas udang masak ros dan kambing golek. 

Sessions juga menghidangkan makan malam bufet yang bertemakan Rocking Raya pada 13 dan 14 Mei dengan harga RM108 bersih untuk setiap orang dewasa dan RM54 bersih setiap kanak-kanak. 

Waktu operasi dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Untuk tempahan atau pertanyaan, emel [email protected] atau Whatsapp di 011-1111 0899.

4) The Els Club Desaru Coast, Ocean Course - Els Ballroom

Kelab Els adalah salah satu kelab golf terulung di negara ini, dengan padang golf bertaraf dunia yang direka khas oleh Ernie Els sendiri. Sepanjang bulan Ramadan ini, Kelab Els juga merupakan lokasi untuk majlis makan malam separa bufet  iaitu ‘Els Sinar’ yang menampilkan menu bertemakan ‘Selera Kampung’.  

Menu ini menggabungkan dome set, gerai dan pelbagai hidangan bufet untuk dipilih oleh tetamu. Sajian nostalgia termasuklah kambing pangang, daging kalio, sotong masak hitam dan ikan masak minang. 

Berbeza dengan lokasi selera di atas, semi bufet di sini hanya tersedia sehingga 9 Mei 2021. Harga untuk dewasa RM80, kanak-kanak RM40. Waktu operasi pula dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam. 

Untuk tempahan atau pertanyaan, emel [email protected] atau hubungi 016-774 4038. – Getaran, 25 April 2021

Isu Pada

“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

24 Apr 2021

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA