Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ramadan Di Perantauan: Kerja Tetap Kerja

Bagaimana rasanya menjalani bulan Ramadan sambil bekerja di negara bukan Islam? Toleransi dan hormat adalah kuncinya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 8:50AM

Gambar: Anna Shvets, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, di ambang Ramadan, satu emel dikirimkan dari pihak pengurusan universiti kepada semua staf mengumumkan bahawa waktu bekerja di kampus satelit kami di Dubai dipendekkan dari jam 9 pagi ke 2 petang sempena Ramadan. 

Seorang rakan sekerja terus forward emel tersebut kepada saya sambil bertanya, “Eh, kamu pun sambut Ramadan kan, kenapa tidak minta waktu jam bekerja dikurangkan macam mereka di kampus Dubai?”

Saya tergelak sebentar membaca komen beliau, kerana sesungguhnya tidak pernah terlintas di benak fikiran untuk memohon apa-apa keringanan ketika bulan puasa. 

Lebih-lebih lagi kerja saya bukanlah kerja berat dan lebih banyak duduk di pejabat kalau tidak perlu ke dewan kuliah untuk mengajar. Apatah lagi dalam zaman pandemik ini, kelas pun bersiaran dari rumah! 

Mungkin yang paling susah sekalipun, kalau perlu bercakap dan mengajar berjam-jam ketika berpuasa. Yalah, bila bersyarah kemudian tidak boleh pula meneguk air untuk membasahkan tekak yang sudah sediakala kering, terasalah sedikit. 

Tapi ini perkara yang sangat remeh berbanding dengan orang yang pekerjaannya memerlukan dia berdiri berjam-jam setiap hari, atau perlu berpanas (dan berhujan), mengangkat barang dan memerah keringat dalam pelbagai cara.

Jadi memang, mengambil kira bidang tugas saya, tidak pernah terfikir mahu memohon pelepasan dari pihak majikan. 

Gambar: Ruca Souza, Pexels
Gambar: Ruca Souza, Pexels

Sebenarnya saya jarang memberitahu rakan sekerja bahawa saya sedang berpuasa, kecuali mereka bertanya atau mengajak saya keluar makan tengahari atau minum kopi. 

Di sini soal agama agak peribadi, jadi saya sendiri pun tidak tahu sama ada rakan-rakan lain sedang mengamalkan suruhan agama mereka. 

Tetapi dalam tempoh masa sedekad yang lalu, saya perhatikan memang ada kesedaran orang ramai tentang Ramadan berbanding dahulu ketika saya mula-mula sampai ke United Kingdom.

Pasaraya besar seperti Asda atau Tesco akan ada kawasan khas menjelang Ramadan dengan barang-barang seperti beras, minyak sapi atau rempah ratus-- bahan utama juadah buka puasa komuniti Islam terbesar di sini. 

Gambar: Tangkapan layar Asda.com
Gambar: Tangkapan layar Asda.com

Kadang-kadang memang ada rakan sekerja yang bertanya sama ada saya berpuasa dan soalan yang paling lazim ialah, “Wah, minum air pun tak bolehkah?” 

Mereka sering membayangkan bahawa jika mereka tidak makan, masih boleh tahan - tapi kalau tak dapat minum pasti terseksa. Saya biasanya memberitahu mereka, dalam hal ini alah bisa tegal biasa. Kami lazimnya diajar berpuasa dari kecil, jadi secara mental memang lebih bersedia. 

Apabila rakan sekerja mulai tahu atau sedar akan kehadiran Ramadan, mereka secara automatik menjadi lebih prihatin dan sensitif untuk tidak makan di hadapan saya.

Ini agak mencuit hati apabila saya hadir ke mesyuarat berbentuk working lunch kerana mereka pastinya mahu makan, tetapi apabila nampak saya, cuba untuk menyorok atau makan dengan membelakangkan saya.

Seringkali saya jelaskan, tidak mengapa, yang berpuasa saya, bukan kamu, jadi makanlah. Nanti berbuka saya akan makan juga. Tetapi walapun mereka tidak beragama Islam, atau menganut apa-apa agama sekalipun, perasaan hormat itu tetap terbit.

Pernah pada satu tahun di mana Ramadan jatuh pada musim konvokesyen pelajar, jabatan saya meraikan persaraan salah seorang dari profesor kami.

Mereka memberitahu saya kalau saya tidak hadir pun tidak mengapa dan mereka faham, tetapi saya juga berasa ralat jika tidak ada bersama rakan-rakan lain memberi penghormatan kepada profesor yang kami segani.

Sudah pasti begitu banyak makanan dihidangkan pada ketika itu dan tipulah kalau saya kata tidak kecur air liur melihat berbagai jenis kek dan kuih yang dihidangkan. Tambahan pula pihak katering yang sering kami guna di kampus memang menyediakan juadah yang halal serta vegetarian.

Setelah tamat majlis dan saya pun mahu pulang ke rumah untuk bersedia untuk berbuka, tiba-tiba seorang staf pentadbiran menyentuh bahu saya dan menyuruh saya tunggu sebentar.

Dia ke belakang dan kembali dengan kotak bersaiz sederhana, “Ini untuk kamu berbuka,” ujarnya. “Tapi sudah sejuk, kena panaskan dahulu.”

Gambar: Anna Nekrashevich, Pexels
Gambar: Anna Nekrashevich, Pexels

Rupanya dia ada menyimpan sedikit juadah dan kek untuk saya, walaupun saya tidak memberitahu yang saya berpuasa, dia sendiri prihatin dan bertindak.

Pernah juga, ketika zaman Ramadan jatuh pada semester pengajian, waktu Maghrib masuk ketika saya sedang mengajar. Biasanya kalau ini berlaku, saya memang membawa sebotol air supaya dapat segera berbuka bila masuk waktu, dan kemudiannya makan selepas kelas tamat.

Saya tidak sedar ada mata-mata yang memerhati, tetapi pada minggu seterusnya ada beberapa orang pelajar masuk ke kelas dan meletakkan kurma, juga coklat dan gula-gula di atas meja saya sebelum duduk di tempat mereka.

Subtle, kata orang putih - namun sarat dengan hormat.

Jadi Alhamdulillah, dalam tempoh hampir dua puluh tahun menjalani ibadah puasa di negara bukan Islam, tiada halangan atau kekangan dari segi menjalankan tugas. Walaupun tidak dihebahkan, rakan sekerja ada yang prihatin dan menghormati keadaan saya.

Tetapi apabila dunia luar terus bergerak seperti biasa dan tidak berhenti sebentar di bulan mulia ini sepertimana di negara-negara Islam, usaha untuk melakukan ibadah sunat memang berlainan sedikit.

Dan ritual-ritual tambahan seperti moreh dan majlis berbuka puasa mengambil bentuk yang berbeza. InshaAllah saya sambung cerita dalam bahagian ketiga minggu depan! - Getaran, 25 April 2021

Isu Pada

“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

24 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu