Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenikmatan Hotpot Halal Hidangan Asli Sichuan 

Mala Mini Hotpot melancarkan rangkaian premium pertamanya di Malaysia dengan menawarkan pengalaman menikmati hidangan tradisi asli berperisa lada mala Sichuan. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 12:08PM

Hidangan halal lada mala Sichuan ini disediakan kepada rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan. - Gambar oleh Rahayu MN

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuaca Malaysia yang sedang melalui musim tengkujuh ini sudah pasti membuatkan ramai yang senang dengan semangkuk hidangan panas bersup untuk menjamu selera.

Lebih ‘terangkat’ jika hidangan yang dinikmati mempunyai rasa yang menambat selera.

Antara hidangan yang tidak pernah lapuk ditelan zaman ialah stimbot. Jika anda perhatikan, restoran yang terkenal dengan menu ini selalunya tidak pernah sunyi daripada kehadiran pelanggan.

Lebih-lebih lagi jika bahan-bahan yang digunakan segar dan supnya pula menyerlah kelazatannya.

Kini, pilihan tempat menjamu selera untuk hidangan ini semakin bertambah apabila Mala Mini Hotpot (MMHP) anak syarikat milik XLK Group melancarkan rangkaian premium Mala Mini Hotpot pertamanya di IOI City Mall, Putrajaya.

Rangkaian restoran ini menyajikan hidangan halal lada mala Sichuan kepada rakyat Malaysia pada harga yang cukup berpatutan. 

Majlis pelancaran rangkaian premium Mala Mini Hotpot di IOI City Mall, Putrajaya.
Majlis pelancaran rangkaian premium Mala Mini Hotpot di IOI City Mall, Putrajaya.

Majlis perasmian pembukaannya pada Khamis disempurnakan Tengku Laksamana Selangor yang juga Pengerusi Kumpulan MMHP, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, Zamriwalikram Abd Ghani yang juga Pengarah Urusan MMPH dan Presiden Persatuan We-Media Malaysia, Datuk Wira Dr Calvin Khiu.

Paling penting, setiap ramuan yang digunakan dalam hidangan premium ini telah diiktiraf halal dan diterbangkan khas dari China supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman sebenar hidangan asli budaya Sichuan. 

Pengunjung juga dijanjikan dengan kelazatan dan kepedasan perasa mala yang sebenar. Biarkan pedasnya sehingga lidah terasa kebas, tetapi pengalaman menjamu selera di sini pasti membuatkan anda tersenyum puas kekenyangan.

Terdapat juga pilihan sup yang lebih ‘mesra lidah’. Tidak pedas dan boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. 

Hidangan yang disediakan ada yang pedas dan ada yang tidak pedas, bertujuan membolehkan ia dinikmati semua peringkat umur. 
Hidangan yang disediakan ada yang pedas dan ada yang tidak pedas, bertujuan membolehkan ia dinikmati semua peringkat umur. 

Antara bahan-bahan yang tersedia untuk dipesan ialah pelbagai pilihan daging, makanan laut, sayuran dan mi. Anda boleh buat pilihan mengikut kesukaan.

Satu lagi kelebihan restoran ini ialah, ia menampilkan rekaan dalaman persis berada di restoran mala hot pot Sichuan, China. 

Pelancaran Mala Mini Hotpot mengukuhkan lagi kedudukan MMHP milik XLK Group sebagai peserta utama bagi rangkaian hidangan mala di Malaysia, selepas kejayaannya mengasaskan rangkaian popular Mala Mini Hotpot Express.

Menggunakan konsep menjamu selera ala ‘no-frills’, rangkaian mudah alih Mala Hotpot itu mendapat tempat di kalangan peminat hidangan pedas tempatan kerana menawarkan rempah citarasa asli dan bahan berproses halal. 

Ketika ini, terdapat lima Mala Mini Hotpot Express dibuka di medan selera pusat membeli belah terkemuka di seluruh Lembah Klang. 
Ketika ini, terdapat lima Mala Mini Hotpot Express dibuka di medan selera pusat membeli belah terkemuka di seluruh Lembah Klang. 

Sejak rangkaian pertama diperkenalkan di Pavilion Kuala Lumpur pada Julai 2022, Mala Mini Hotpot Express mendapat sambutan menggalakkan bukan hanya daripada pelanggan muslim tetapi daripada semua lapisan masyarakat. 

Ketika ini, terdapat lima Mala Mini Hotpot Express dibuka di medan selera pusat membeli belah terkemuka di seluruh Lembah Klang. 

Tengku Sulaiman Shah dalam pada itu berkata, walaupun kini banyak restoran hot pot mala dibuka di Malaysia, kebanyakannya tidak-halal menyebabkan pelanggan muslim tiada pilihan untuk menikmati hidangan unik Sichuan ini.

Inilah faktor yang memotivasikan kami untuk membawa masuk rempah dan bahan-bahan cita rasa asli mala yang halal supaya ia dapat dinikmati oleh semua.

Rempah dan bahan-bahan cita rasa asli mala yang halal dibawa masuk supaya ia dapat dinikmati oleh semua.
Rempah dan bahan-bahan cita rasa asli mala yang halal dibawa masuk supaya ia dapat dinikmati oleh semua.

“Sejak kami memperkenalkan rangkaian halal Mala Mini Hotpot Express ini, kami menerima sambutan, sokongan dan permintaan luar biasa daripada pelanggan. Kini, dengan pelancaran Rangkaian Premium Mala Mini Hotpot, kami dapat menawarkan pengalaman menjamu selera yang lebih unik.”

“Bukan hanya hidangan mala tetapi juga hidangan hotpot sebenar untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga. Kami berharap pelanggan dapat berkongsi pengalaman menikmati hidangan hotpot unik ini bersama insan tersayang. Bukan hanya soal makan semata-mata, tetapi masa dan kenangan bersama keluarga itulah yang akan lebih dihargai. Pelanggan muslim juga tidak perlu berasa ragu-ragu untuk menikmati hidangan mala hotpot ini pada bila-bila masa,” tambahnya.

Jadi jika anda penggemar masakan stimbot khususnya mala hotpot, panjangkanlah langkah ke rangkaian premium Mala Mini Hotpot yang terletak di IOI City Mall dan Mid Valley Megamall. Sila layari www.malaminihotpot.com untuk maklumat lanjut menu citarasa asli mala. - Getaran, 17 Disember 2022 

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan