web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Afgan Akui Jumpa Pakar Psikiatri Setiap Bulan 

Penyanyi terkenal dari Indonesia ini mengakui pandemik COVID-19 memberikan banyak kesan dalam hidupnya dan membuatkan dia tersedar banyak hal dalam hidup yang harus diperbaiki.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 10:05AM

Afgan mendedahkan dia bertemu pakar psikiatri sejak COVID-19 melanda dunia bagi memastikan kesihatan mentalnya terjaga. - Gambar dari PR 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mengakui dia sering bertemu dengan pakar psikiatri untuk memastikan kesihatan mentalnya sentiasa terjaga sejak pandemik COVID-19 melanda dunia. 

Menurut Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 33, seperti kebanyakan individu lain, dia turut terkesan dengan pandemik yang melanda dunia pada tahun 2020.

"Saya banyak bersendirian sejak pandemik. Saya rasa mental saya seakan tersekat, begitu juga dengan kreativiti saya. Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar buat saya," katanya ketika ditemui pada sesi bersama media sempena konsertnya di Kuala Lumpur, yang dijadualkan malam ini. 

Katanya lagi, selama 13 tahun bergelar penyanyi,  dia baru menyedari ketika pandemik yang lalu bahawa dia telah bekerja terlalu kuat sehingga burnt out  (keadaan keletihan emosi, fizikal dan mental) 

"Sewaktu melalui fasa pandemik, saya menyedari banyak hal antaranya selama ini saya telah bekerja keras selama beberapa tahun. Kini saya sedar saya perlu betulkan banyak perkara dalam hidup. 

"Jadi saya pilih untuk melakukan sesi terapi bersama pakar psikiatri dan ia berterusan sehingga kini. Setiap bulan saya akan melakukan sesi terapi untuk memastikan kesihatan mental saya terjaga," ujarnya.

Afgan memaklumkan dia hanya sekadar mendapatkan sesi kaunseling dan tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
Afgan memaklumkan dia hanya sekadar mendapatkan sesi kaunseling dan tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.

Ditanya apa yang mendorongnya untuk bertemu pakar psikiatri, kata pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini, teman-temannya yang berdepan masalah sama telah mencadangkan agar dia mendapatkan bantuan daripada pakar. 

"Selepas melakukan sesi terapi saya rasa jiwa saya lebih tenang. Saya rasa ada hikmah di sebalik pandemik yang melanda dunia," kongsinya.

Namun kata Afgan, dia sekadar mendapatkan sesi kaunseling dan tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.

Afgan juga sempat menulis lagu berjudul Pulih yang menceritakan bagaimana untuk menghadapi dugaan serta trauma dalam hidup yang telah dimuatkan dalam album mininya +62.

"Lagu ini menceritakan tentang bagaimana untuk memaafkan diri sendiri selepas melakukan pelbagai kesilapan dalam hidup, bagaimana berhadapan dengan trauma dalam hidup sehingga akhirnya kembali pulih," terangnya. 

Ditanya apa yang membuatkan dia terbuka untuk berkongsi apa yang dialami kepada umum, Afgan berkata dia mahu sesiapa yang mendengar ceritanya untuk mendapat kekuatan.

"Bukan saya saja yang melalui masalah ini, ramai juga yang mengalaminya di luar sana. Kalau saya cerita sedikit tentang apa yang saya rasakan selama ini, mungkin sesiapa yang sedang mengharungi masalah ini boleh mendapat kekuatan bahawa mereka tidak sendirian. Masih ramai yang sedang berjuang untuk menjadi lebih baik.,'' katanya.

Afgan turut menyarankan kepada mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental untuk bertemu pakar bagi mendapatkan bantuan.

Dalam perkembangan lain, Afgan bakal menjayakan konsert Afgan Evolution di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada pukul 8.30 malam ini.

Afgan bakal menyanyikan 24 buah lagu termasuk karya-karya daripada album mini terbaharu, +62. - Getaran, 17 Disember 2022

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa