Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Artis Baharu Kollywood Ini Digilai dan Punya Pengaruh Besar Dalam Sinema Tamil 

Berikut, Getaran senaraikan enam artis selebriti yang berasal dari Kollywood yang baharu dan kian dikenali serta mempunyai pengaruh besar.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 6:08PM

Dari kiri Shrinidi Shetty, Sivakarthikeyan dan Priyanka Mohan - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri hiburan India sememangnya cukup sinonim dengan ‘Bollywood’. Ia bukan hanya pengeluar produksi filem terbesar di negara tersebut, bahkan di dunia. 

Namun, industri filem India kini bukan hanya terkenal dengan filem-filem Bollywood sahaja, sebaliknya ia mula menyaksikan perkembangan industri Kollywood (Tamil sinema), Tollywood (Telugu sinema) dan Mollywood (Malayalam sinema) yang tidak kurang hebatnya, serta semakin terkenal dengan pesona para artisnya.

Industri Kollywood ini meliputi daerah di Kodambakkam, Chennai, Tamil Nadu dan kawasan selatan India serta menghasilkan produk film India yang menggunakan bahasa Tamil. Ia juga dikenali sebagai sinema Tamil. 

Industri Kollywood ini kini semakin rancak dan meriah dengan kehadiran beberapa artis baru yang mencuri perhatian ramai. 

Berikut, Getaran senaraikan enam artis yang berasal dari Kollywood yang baharu dan kian dikenali serta mempunyai pengaruh besar.

1. Dhruv Vikram

Dhruv Vikram
Dhruv Vikram

Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bintang ini merupakan anak kepada pelakon hebat, Vikram yang memang dikenali dengan lakonan cukup versatil. 

Memulakan langkah pertamanya dengan filem ‘Adithya Varma’,  sememangnya dia memiliki wajah yang kacak dan tubuh yang seksi. 

Dhruv mungkin nama yang tidak cukup gah, namun dia datang daripada latar belakang keluarga yang bukan calang-calang. 

2. Sivakartikeyan

Sivakartikeyan
Sivakartikeyan

Sivakarthikeyan merupakan seorang pelakon yang berjaya memecah masuk ke dalam industri menerusi bidang pengacaraan dan komedi berdiri (stand up comedian), sebelum mencipta nama di Kollywood.

Antara pelakon yang sedang berada di kemuncak populariti, Sivakarthikeyan pernah memenangi pelbagai anugerah dan menjadi inspirasi kepada ramai peminat di negara tersebut.

Mula mendapat perhatian dengan filem pertamanya ‘Marina’ pada 2012 sebagai peneraju utama cerita tersebut, Sivakarthikeyan kemudian banyak berganding bersama hero-hero lain dalam filem lain.

3. Atharva

Atharva
Atharva

Atharva, bukan nama besar dalam industri tetapi merupakan pelakon’ baru nak up’  yang sedang mencipta nama menerusi  filem ‘Paradesi’, sehingga berjaya meraih Anugerah Pelakon Terbaik.

Beberapa filem lakonannya termasuk ‘100’, ‘Kanithan’ dan ‘Imaikka Nodigal’ turut mencatat kejayaan memberangsangkan di pawagam. 

Pelakon yang berasal dari Tamil Nadu memiliki wajah kacak persis 'bad boy' dan pastinya menjadi jejaka idaman  wanita.

4. Samantha Ruth Prabu

Samantha Ruth Prabu
Samantha Ruth Prabu

Samantha antara aktres yang sedang berada di kemuncak populariti dan merupakan pelakon versatil yang sedang mencipta nama di India Selatan.

Penglibatannya dalam bidang lakonan bermula ketika menjadi model sambilan. Selepas membintangi filem Ya Maaya Chesave (2010) yang mana dia telah meraih anugerah Pelakon Baharu Wanita Terbaik dalam Anugerah Filmfare Telegu, kerjaya lakonannya semakin berkembang di Kollywood dan Tollywood. 

Bahkan, Samantha kini lebih banyak memegang watak sebagai pelakon utama yang menjadi hero di dalam filem-filemnya.

Antara filem lakonannya adalah Dookuee (2011), Kanthi (2014), A Aa (2016), Theri (2016), 24 (2016), Mersal (2017), Rangasthalam  (2018) dan Mahanati (2018).

5. Priyanka Mohan

Priyanka Mohan
Priyanka Mohan

Pelakon jelita dari Karnataka, Priyanka Mohan kini menjadi kegilaan ramai dan dilabel sebagai ‘universal crush’ di dalam industri Kollywood ini.

Namun, sebelum dikenali di dalam industri Kollywood, dia terlebih dahulu mencipta nama dalam filem Kannada berjudul Ondh Kathe Hella (2019). 

Selepas itu, dia memasuki industri filem Telegu dengan filem seperti Nanu’ Gang Leader (2019) dan Sreekaram (2021). 

Penglibatannya dengan filem Kollywood bermula menerusi filem Doctor (2021). Dia memberikan lakonan yang cukup realistik di dalam filem itu. 

6. Srinidhi Shetty

Shrinidi Shetty
Shrinidi Shetty

Dari ratu cantik ke bidang lakonan. Shrinidi Shetty merupakan pemenang pertandingan Miss Supranational 2016 yang diadakan di Poland. Dia merupakan peserta India kedua yang pernah memenangi gelaran tersebut. 

Kejayaan itu juga membuka ruang untuknya menyertai industri perfileman menerusi filem Kannada ‘KGF’ Chapter 1 (2018)  dan KGF’ Chapter 2 (2002) yang tersenarai dalam carta filem yang merekodkan kutipan tertinggi di India.

Atas kejayaan kedua-dua filem ini, dia kemudian membuat debut Kollywood menerusi filem Cobra yang ditayangkan pada tahun ini juga. - Getaran, 4 Disember 2022 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu