web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nikmati Pemanis Mulut Tanpa Rasa Bersalah Daripada  ‘XO-ice’ 

Mengutamakan amalan pemakanan sihat, XO-ice menyediakan gelato yang sihat, rendah kalori, dan kaya dengan protein.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 12:00PM

XO-ice memperkenalkan pendekatan baharu terhadap penyediaan pencuci mulut. - Gambar ihsan Good & Honest Communications

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila bercakap tentang pemanis mulut sudah semestinya kita terbayang dengan hidangan yang manis memikat selera. Dalam masa yang sama kita juga tahu hidangan ini tinggi kalori dan gula dan boleh merosakkan diet jika diambil secara berlebihan. Bahkan, boleh mengundang masalah kesihatan yang lain.

Dek kerana itulah, ramai yang sudah mula mengintai produk atau pemanis mulut yang menggunakan bahan-bahan yang lebih ‘mesra’ untuk kesihatan. Jadi bolehlah menikmatinya tanpa rasa bersalah!

Mengintai kepada pasaran sekarang, memang bukan sedikit jenama yang menawarkan pemanis mulut yang lebih sihat.

Gaya hidup masa kini membuatkan ramai di antara kita sudah mula memerhatikan setiap makanan yang disuap ke dalam mulut demi kehidupan yang lebih sejahtera. Biarpun makanan sihat dan berkhasiat harganya lebih mahal, namun ia tidak menjadi halangan untuk pengguna berbelanja.

Peka dengan kehendak semasa ini, XO-ice memperkenalkan pendekatan baharu terhadap penyediaan pencuci mulut dengan menyajikan hidangan gelato yang mengutamakan kesihatan di Malaysia.

Menawarkan gelato enak dengan tekstur premium, jenama gelato rendah kalori kelahiran Asian buatan Itali ini memberikan kebebasan kepada si ‘gigi manis’ untuk menikmati keenakan gelato dengan gembira dan sihat.

Mengapa gelato XO-ice ini dikelaskan sebagai hidangan pencuci mulut sihat? Ini kerana ia menawarkan gelato yang 70 peratus  lebih rendah kalori, mengandungi lapan hingga sembilan kali lebih rendah gula, dan 1.4 sehingga 1.9 kali lebih banyak protein berbanding gelato biasa.

Jenama itu turut memanfaatkan kepakaran pembuatan gelato Itali bagi menghasilkan tekstur yang sempurna dan lembut dengan rasa yang hebat dan menyelerakan agar pengguna dapat menikmatinya terus dari peti sejuk beku.

Jelas Pengasas Bersama XO-ice, Jennifer Lee, inspirasi di sebalik kehadiran XO-ice di Malaysia berputik daripada hasrat jenama itu untuk mempopularkan pencuci mulut yang dapat menyumbang kepada kesihatan pemakanan, fizikal, mental, dan emosi pengguna.

“Semasa kami memulakan XO-ice, idea utamanya adalah untuk memberikan kebebasan menikmatinya. Sememangnya wujud suatu kelegaan sebenar apabila kita boleh makan apa sahaja yang kita inginkan, menikmatinya dan teruskan dengan kehidupan kita.”

“XO-ice secara relatifnya adalah suatu kategori pencuci mulut beku baharu.

“Perbezaan produk ini ialah ia menawarkan gelato yang halus dari segi tekstur dan strukturnya, dan yang paling penting sekali kandungannya yang rendah kalori, rendah gula, rendah lemak dan kaya dengan protein.

“Wawasan kami dalam mencipta gelato yang sihat bukan sahaja bagi membolehkan orang ramai menikmatinya, tetapi juga menjalani gaya hidup yang sihat lagi sejahtera,” ujar Jennifer.

Sebagai jenama yang menitikberatkan inklusiviti, XO-ice juga mahu memastikan seramai mungkin pengguna dapat menikmati produknya, dan disebabkan itulah ia telah berusaha untuk menjadi vegetarian, bebas GMO dan disahkan Halal.

Dengan itu, sebahagian daripada perisa popular mereka termasuklah King Don’t Lie Musang King Durian, The Coco Carat, Mucho Matcha, Seriously Chocolate, Takes-one-to Mango Not-so-plain Vanilla dan Goood Morning Vietnaaam!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi Instagram, Facebook, atau laman sesawang rasmi XO-ice. - Getaran, 4 Disember 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh