web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15: Ramai Undi KJ Di Sungai Buloh, Sebab Beliau Tall, Dark And Handsome! 

Ada juga pengundi di bahagian kawasan lain di Selangor yang menyatakan rasa kecewa disebabkan KJ bukan calon yang bertanding di tempat mereka. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 9:24PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wah! Nampaknya ramai sungguh pengundi di Sungai Buloh yang mahu mengundi calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin (KJ).  

Sebab, ramai yang berpendapat bahawa beliau seorang pemimpin yang benar-benar boleh membuat kerja. 

Komen seorang pengguna Twitter @WanieTam: 

“Kalau aku duduk Sungai Buloh pun aku undi KJ (emoticon ketawa). Undi untuk orang yang berguna”. 

Ada juga yang memilih KJ kerana calon yang yang bertanding di kawasan parlimen itu dianggap lemah. 

Seorang pengguna twitter @silvermillion pula menulis: 

“Cakap je kau nak vote KJ. Bukan sebab PH calon lemah. Kau just nak vote KJ. Sehebat mana calon tu, kalau parti tak menang, tak jadi menteri untuk perform juga. Tak rasa susah nak faham part ni. Mengaku je suka KJ sebab handsome”. 

Namun, memang tidak kurang juga yang memilih mengundi KJ kerana jatuh hati dengan paras rupa dan fizikalnya, lebih-lebih lagi apabila dia dilabel sebagai tall (tinggi), dark (kulit gelap) and handsome (kacak). 

Seorang pengguna Twitter @salmahjones menulis: 

“Dude got moves. 500 undi for u my tall dark and handsome KJ" 

Pengguna Twitter lain @aidarhsd pula memberikan komen: 

“5 tahun akan datang girls yang bahawa 21 sekarang akan undi KJ sedba dia ‘handsome’ dengan tanda pagar #konklusi”. 

Pengguna Twitter @ilakar pula memberikan reaksi: 

“Vote KJ sebab handsome katanya”. 

Kemudian @ilakar menulis lagi: 

“Cecepat lah PRU habis so takdelah mengadap KJ je kat timeline, lemah iman tgk KJ, ko dah berlaki kot… jaranglah jumpa influencer bijak ni”. 

Bahkan, pengundi di bahagian kawasan lain di Selangor juga nampaknya kecewa apabila mereka KJ bukan calon yang bertanding di tempat mereka. 

Seperti kata pengguna Twitter @jessamir8 ini: 

“Kalau boleh I nak undi kat Sungai Buloh, nak sokong KJ. Tapi I kena undi Shah Alam”. 

Namun, demi KJ, ada juga yang tidak kisah jika calon BN itu kalah atau menang dalam PRU-15. 

Seorang peminat tegar KJ @ayongrahman172 dalam IG memuat naik video bunting KJ dengan kapsyen yang berbunyi:

“Dear YB @khairykj , Punya lama tunggu YB tak sampai-sampai, saya culik YB (banner) bawa balik. Puas hati… hahahahaha. 

“Lepas nih, bangun pagi, nak tidur mesti nampak YB. Tak kisahlah apapun keputusannya, saya ada di belakang YB! Ewahhh,” katanya dengan tanda pagar #cintatakharusmemiliki. – Getaran, 19 November 2022 







 


 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh