web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alia Bhatt Dan Ranbir Kapoor Dapat Anak Perempuan 

Kehadiran cahaya mata pasangan popular Bollywood ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat mereka di seluruh dunia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 5:05PM

Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan pelakon terkenal Bollywood, Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor telah dikurniakan cahaya mata perempuan hari ini.

Pagi tadi, Ranbir menemani Alia ke Hospital HN Reliance di Mumbai untuk bersalin. 

Turut berada di hospital bagi menemani pelakon yang memulakan debutnya dalam bidang lakonan menerusi filem Student Of The Year itu adalah ibu serta ibu mentuanya. 

Kehadiran cahaya mata sulung dari dua nama besar Bollywood ini semestinya dinanti-nantikan oleh peminat mereka di seluruh dunia. 

Alia dan Ranbir juga sempat mempromosikan filem lakonan mereka bersama iaitu Brahmastra yang ditayangkan pada September lalu ketika Alia sedang sarat hamil.

Sewaktu perayaan Diwali yang lalu juga Alia sekadar berehat di rumah dan berbaring di atas katil tanpa memakai pakaian tradisional yang sinonim dengan perayaan Diwali.

Pasangan tersebut telah berkahwin pada 14 April lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta. - Getaran, 6 September 2022 

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh