Berita Terkini

5 jam yang lalu: Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda akta pencen - Lukanisman 5 jam yang lalu: Kes VLN Zahid: pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei 5 jam yang lalu: Semua pihak disaran buat semakan ketepatan tarikh hijrah pada jam digital azan 5 jam yang lalu: Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka 5 jam yang lalu: Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

IKUTI KAMI

Buah Berbau Busuk Dambaan Ramai, Punya Vitamin Dan Nutrisi Yang Tidak Diketahui Ramai

Kebanyakan hutan di kawasan Pahang diterangkan untuk diusahakan ladang durian terutama dari varian D197, Musang King dengan nama saintifik Durio ziberthinus.

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 8:19PM

Dengan hanya bau dan menggoncang, peminat durian akan dapat memastikan durian yang dibeli mempunyai isi yang manis dan sedap. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Durian, sebut sahaja pasti ada yang akan gembira namun ada juga yang akan rasa jijik. Ini disebabkan bau dan rasa raja buah yang mempunyai pelbagai variasi itu amat unik bagi peminatnya dan juga pembencinya. 

Namun bagi mereka yang tidak menyukainya, buah itu akan digambarkan dengan pelbagai perkara buruk. 

Malah, bagi pelancong luar negara terutama dari Barat, bau durian dianggap seperti stokin busuk yang terendam seminggu di dalam baldi berisi air. 

Begitu teruk sekali mereka menggambarkan bau durian, namun bagi mereka yang menyukainya, setiap biji yang memasuki mulut adalah kelazatan yang tidak dapat digambarkan. Syurga dunia kata mereka.

Ketibaan musim durian sehingga tiga kali setahun memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan pendapatan selepas negara dilanda pandemik COVID-19. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Ketibaan musim durian sehingga tiga kali setahun memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan pendapatan selepas negara dilanda pandemik COVID-19. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Apa pun, busuk atau enak, raja buah ini sebenarnya sudah menjadi komoditi bernilai tinggi dan diusahakan secara besar-besaran di Malaysia.

Kebanyakan hutan di kawasan Pahang diterangkan untuk diusahakan ladang durian terutama dari varian D197, Musang King dengan nama saintifik Durio zibethinus yang kebanyakannya akan dieksport ke luar negara bagi mencapai harga yang tinggi.

Musang King yang dihasilkan dari famili Malvaceae ini amat terkenal dalam kalangan peminat durian di negara-negara Asia terutama di China.

Kini durian yang dibeli boleh dikopek dan diletakkan di dalam bekas plastik bagi memudahkan pembeli untuk melupuskan kulit buah tersebut. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Kini durian yang dibeli boleh dikopek dan diletakkan di dalam bekas plastik bagi memudahkan pembeli untuk melupuskan kulit buah tersebut. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Dengan harga mampu mencecah sehingga RM80 sekilogram, durian dengan rasa manis dan pahit ini dicari oleh peminat durian walaupun ketika ini varian ini sudah mempunyai saingannya tersendiri.

Tidak ramai yang tahu bahawa Musang King mempunyai sumber vitamin C yang sangat baik serta memiliki antioksidan yang mampu menguatkan sistem imun serta boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dan akan mengurangkan keradangan.  

Isinya yang lemak dan manis menjadikan raja buah ini dicari-cari peminat walaupun di luar musim. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Isinya yang lemak dan manis menjadikan raja buah ini dicari-cari peminat walaupun di luar musim. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Ia juga merupakan buah yang menghasilkan sumber kalium yang baik untuk mengimbangi paras cecair dalam badan, magnesium untuk mengawal tekanan darah, serat untuk merangsang saluran penghadaman, mangan untuk membantu pencernaan protein, dan mengandungi jumlah fosforus, besi, kuprum dan zink yang lebih rendah.

Namun, apa yang digambarkan ialah Musang King atau durian boleh meningkatkan kadar kolestrol yang menyebabkan penyakit darah tinggi serta serangan sakit jantung sehingga mampu menyebabkan kematian.

Cendol durian menjadi antara hidangan wajib ketika musim durian sehingga ada penjual turut menyediakan cendol durian Musang King dengan harga bermula dari RM20 semangkuk. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Sebenarnya, pengambilan secara patut dan sederhana boleh memberikan kebaikan yang dinyatakan di atas tetapi disebabkan raja buah ini sering dinantikan kehadirannya, ia dimakan secara berlebihan. Itu penyebab penyakit!

Selain Musang King, kini sudah terhasil durian variasi D214 atau dikenali sebagai Tupai 226 yang dikatakan mampu mencecah harga sehingga RM100 sekilogram yang dihasilkan di Pulau Pinang.

Ini disebabkan Tupai 226 dengan isi yang berwarna jingga mempunyai aroma yang lebih kuat dengan rasa lemak berkrim serta kepahitan pada tahap sederhana manakala kemanisan yang agak tinggi dengan bacaan Brix 39.

Pembaca pasti pernah menonton video di mana seorang penjual durian yang sedang menjual melaungkan, ‘Ini durian Raub, bukan Pahang, ini Raub punya’.

‘Warung’ durian wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan jika tiba musim untuk memudahkan peminat menikmatinya. - Gambar oleh Abd Razak Latif
‘Warung’ durian wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan jika tiba musim untuk memudahkan peminat menikmatinya. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Durian hasil ladang di Raub dan hutan Bentong (ya daerah di dalam Pahang) memang menjadi perhatian peminat durian apabila tiba musimnya setiap tahun, namun durian Balik Pulau di Pulau Pinang turut menjadi rebutan selain durian kampung dari Batu Kurau di Perak yang memang menjadi tumpuan.

Di negara ini, durian mempunyai beberapa musim dan akan kelihatan dijual banyak di  sepanjang jalan seluruh Malaysia ketika tiba musimnya.

Ini termasuk di ibu kota, durian menjadi antara barang dagangan yang dijual sehingga ke awal pagi.

Menikmati durian di tempat buah itu dijual memberi lebih nikmat kepada peminat raja buah itu. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Menikmati durian di tempat buah itu dijual memberi lebih nikmat kepada peminat raja buah itu. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Musim standard bagi durian di negara ini adalah sekitar bulan Januari hingga Februari; Jun hingga September dan Oktober hingga Disember ketika musim monsun barat daya sedang berlaku.

Ketika inilah peminat durian akan memenuhi lokasi utama penjualan durian untuk menikmati variasi durian yang dihasilkan di negara ini.

Durian yang dikatakan panas pasti akan sejuk bila dimakan bersama cendol. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Durian yang dikatakan panas pasti akan sejuk bila dimakan bersama cendol. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Di situ, durian-durian tersebut akan dipilih dan dimakan disitu juga selain ada pusat jualan yang akan menghantar durian yang sudah dibekukan kepada pembeli melalui sistem jualan secara dalam talian.

Cara ini lebih diminati disebabkan ia akan dijual mengikut timbangan isi tanpa kulit seperti yang diamalkan di kebanyakan pusat jualan durian di tepi-tepi jalan.

Kehangatan musim Pilihan Raya ke-15 kali ini pasti akan dihangatkan dengan penjualan durian dengan pelbagai variasi namun dalam menikmati raja buah itu, harus ingat, jika makan berlebihan, penyakit pun datang. – Getaran, 6 November 2022

Pembeli durian tepi jalan boleh melihat isi dan kelembutan durian sebelum dibeli berbanding jika dibeli melalui dalam talian. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Pembeli durian tepi jalan boleh melihat isi dan kelembutan durian sebelum dibeli berbanding jika dibeli melalui dalam talian. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Durian-durian yang semakin masak akan dikeluarkan isinya untuk dijadikan tempoyak yang merupakan rencah makanan terkenal di Pahang dan Perak. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Durian-durian yang semakin masak akan dikeluarkan isinya untuk dijadikan tempoyak yang merupakan rencah makanan terkenal di Pahang dan Perak. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Berbanding pembelian secara dalam talian, durian yang dibeli di tepi jalan akan ditimbang sebiji bersama kulit-kulitnya sekali. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Berbanding pembelian secara dalam talian, durian yang dibeli di tepi jalan akan ditimbang sebiji bersama kulit-kulitnya sekali. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Musang King masih mengungguli variasi durian walaupun muncul variasi-variasi baharu di dalam negara ini. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Musang King masih mengungguli variasi durian walaupun muncul variasi-variasi baharu di dalam negara ini. - Gambar oleh Abd Razak Latif
Durian berkualiti tinggi turut menjadi kandungan asli aiskrim yang diusahakan oleh pengusaha tempatan yang boleh diperoleh di pasaran dengan harga berpatutan - Gambar ihsan FB Aiskrim PopsLab Malaysia

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kanak-Kanak OKU Dibunuh: Pasangan Kekasih Direman Bantu Siasatan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

LUAS Kesan Pencemaran Bau Di Sungai Gong

3

Selera 7 bulan yang lalu

Nasi Lemak, Durian Jadi 'Rebutan' Pada Minggu Makanan Malaysia Di Beijing

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sumber Air Terkumpul Di Gunung Inas, Mengalir Laju Di Cerun Punca Banjir - MB Kedah

Sorotan

1

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

2

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

3

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC