Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pekin Ibrahim Setuju Kenyataan A. Aida Yang Pentingkan Paras Rupa Berbanding Bakat, Tapi…

Menurut Pekin, tidak ada salahnya bagi A. Aida untuk mengeluarkan kenyataan tersebut kerana dia mempunyai alasannya sendiri. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 8:00PM

Pekin Ibrahim - Gambar Instagram Pekin Ibrahim

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Pekin Ibrahim sama sekali tidak menganggap kenyataan penerbit drama dan filem, Datuk A. Aida yang lebih menitik-beratkan pelakon berwajah yang cantik dan kacak berbanding bakat itu sebagai salah. 

A Aida - Gambar fail
A Aida - Gambar fail

“Bagi saya, tidak salah bagi dia (A. Aida) untuk keluarkan kenyataan yang begitu. Dia ada alasannya sendiri dan saya faham maksud dia. Dia nak yang ada rupa dan bakat yang boleh digilap.

“Itu kriteria dia. Mungkin untuk drama TV. Sudah tentulah, kita semua nak tengok yang cantik-cantik. Saya setujulah kalau dia cakap bagi konteks drama-drama dia. 

“Tapi untuk industri, tidak. Untuk industri, memang kita perlukan pelakon berbakat. Zaman P Ramlee sendiri sudah diajar begitu. Untuk watak yang sesuai, memang kenalah dengan pelakon itu. 

“Zaman-zaman dulu mana ada sangat wajah hero-hero yang jambu. Tapi, kebanyakannya muka yang berkarakter yang bersesuaian dengan watak,” katanya kepada Getaran. 

Pekin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan panas A. Aida bahawa dia lebih mementingkan paras rupa seseorang pelakon berbanding bakat. 

Bagi Pekin pula, dia mempunyai kriterianya sendiri dan dia lebih mementingkan bakat tulen seseorang pelakon berbanding paras rupa. 

“Kalau ada pakej, ia bagus. Tapi, yang paling penting ia bersesuaian dengan watak. Tapi, kalau tak berupa sangat tapi bakat dia besar, itu rezeki dia. 

“Kalau rupa kurang, ada sahaja watak yang sesuai. Nak jadi hero, tak semestinya, muka kena hensem. Kalau watak tuh sesuai, memang dialah orangnya (untuk watak itu),” katanya yang mengakui peminat sekarang pandai menilai bakat seseorang pelakon dengan yang tidak punya bakat. 

Dalam perkembangan lain, Pekin baru sahaja menjadi penerima Anugerah Dekan untuk semester terakhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM), Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Kursus pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif itu diambil secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang berpusat di UUM Kuala Lumpur selama Sembilan semester bermula 2016 hingga 2022. 

Dia adalah salah seorang daripada penerima Anugerah Dekan tersebut yang disampaikan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dr Ahmad Hisham Zainal Abidin dalam sebuah majlis di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini. 

Pekin mengakui lega apabila dapat menamatkan pengajian kursus ijazah tersebut bersama rakan-rakan sekelasnya yang lain termasuk Fattah Amin, Tomok, Aril Pilus, Haziq AF dan Raja Mukhriz.  

“Bukan senang nak belajar nak memberikan komitmen dalam belajar terutama apabila sudah bekerja dan mempunyai kerjaya. 

“Kadangkala terfikir buat apa sebab kita nak belajar sedangkan kita sudah ada kerjaya sendiri. Tapi, bila fikirkan balik dalam adik-beradik saya anak paling bongsu dan paling nakal. 

“Sedangkan keluarga, adik-beradik seperti abang dan kakak, masing-masing ada ijazah. Jadi. Ibu saya mempunyai ijazah memang mengharapkan sangat untuk saya masuk universiti. 

“Saya juga dapat dorongan daripada rakan-rakan terdekat. Kalau mereka boleh buat kenapa kiat tidak boleh buat. 

“Malah, kita juga nak bagi semangat pada orang lain juga. Kalau gagal SPM jangan rasa down. Bila-bila masa boleh belajar,” katanya. 

Sambung Pekin lagi, walaupun belajar secara PJJ, namun cabaran yang dihadapi tetap ada terutama apabila terpaksa menyiapkan tugasan pengajian yang diberikan. 

“Saya ingat belajar secara PJJ ni senang. Tapi susah rupanya. Tiada kelonggaran diberikan kepada selebriti. Apa yang orang lain belajar itu yang kita belajar. Tugasan yang diberikan kena siapkan. 

“Jadi, dengan kesibukan syuting, filem tengah tayang dan bisnes, kita kena paksa diri kita buat dan kena atur jadual dan uruskan masa. 

“Tapi, tiada istilah menyesal atau give up. Sebab seronok bila dapat belajar bersama dengan rakan-rakan lain yang juga datangnya daripada industri yang sama,” katanya yang mempunyai cita-cita dan impian untuk menyambung pengajian. – Getaran, 29 Oktober 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Amelia Henderson Berjaya Tangguh Permohonan Maaf, Ganti Rugi RM200,000

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Amelia Henderson Fail Rayuan Terhadap Perintah Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000 Kepada A. Aida

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Isu Langgar Kontrak, A. Aida Harap Generasi Pelakon Muda Akan Ambil Iktibar Terhadap Kes Amelia Henderson

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Lebih 40,000 Pembantu Perubatan Menjelang 2025

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart