web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permata Tersembunyi Di Selatan Thailand Sedia Tawan Pengunjung

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 8:00AM

Orang ramai menunaikan solat di Masjid Pusat Pattani. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PATTANI - Ketika bot ekor panjang berlayar perlahan-lahan melalui terowong bakau yang tenang, bunyi cengkerik dan burung menyapa pengunjung.

Kanopi daun bakau, akar tunjang yang padat dan perairan yang tenang, membentuk landskap yang indah dan menakjubkan di sepanjang Teluk Pattani di selatan Thailand.

Ramai yang terpesona dengan keindahan hutan bakau di daerah Yaring di Pattani di selatan Thailand. Mereka menaiki bot untuk menerokai kawasan itu – menyaksikan matahari terbit dan terbenam, burung-burung dan kelip-kelip yang bercahaya.

Ramai yang terpesona dengan keindahan hutan bakau di daerah Yaring di Pattani, Thailand. - Gambar Bernama
Ramai yang terpesona dengan keindahan hutan bakau di daerah Yaring di Pattani, Thailand. - Gambar Bernama

Selain hutan bakau, Pattani – salah satu daripada lima wilayah paling selatan di Thailand – menawarkan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan untuk pengembara – terdiri daripada alam semula jadi yang indah, pelbagai budaya dan masakan tempatan yang lazat.

Masjid bersejarah seperti Masjid Pusat Pattani dan Masjid Kerisik atau Masjid Krue Se, kuil Cina seperti Kuil Chao Mae Lim Ko Niao, dan kuil Buddha seperti Wat Sai Khao, serta pantai yang indah, air terjun dan taman negara, adalah antara tarikan di Pattani.

Pattani yang dikenali sebagai bandar indah tiga budaya dengan lebih 40,000 penduduk yang terdiri daripada campuran Melayu, Thai dan Cina, hidup harmoni.

“Ramai mengetahui banyak yang ditawarkan oleh Thailand. Pattani adalah antara permata tersembunyi yang menanti pengunjung,” kata Fareeda Abdulloh, 33, pengendali pelancongan berasaskan komuniti di Kampung Bang Pu di Yaring.

Beliau berkata industri pelancongan berkembang pesat di Pattani, dan ramai pengunjung termasuk pelancong dari Malaysia datang sejak sekatan COVID-19 ditarik balik dan sempadan dibuka semula.

"Kami berharap dapat meletakkan Pattani dalam peta pelancongan dunia," katanya kepada Bernama.

Keganasan dan pergolakan di selatan Thailand sejak 2004 bagaimanapun menghalang kedatangan pelancong.

Statistik oleh kumpulan pemantau bebas Deep South Watch menunjukkan kitaran keganasan yang tidak henti-henti di selatan Thailand, bermula pada 2004 di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla, yang telah meragut lebih 7,000 nyawa setakat ini.

Rundingan antara kerajaan dan pemberontak yang bermula pada 2013 untuk membawa keamanan terhenti berikutan rampasan kuasa tentera setahun kemudian. Rundingan diteruskan kemudian tanpa pihak utama termasuk Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Masjid Krue Se - Gambar Bernama
Masjid Krue Se - Gambar Bernama

Bagaimanapun, rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN, kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, bermula pada 2019. Ia telah mencapai kemajuan konkrit dan penting yang membawa harapan untuk menamatkan keganasan di wilayah sempadan selatan Thailand selepas siri mesyuarat.

Ketua delegasi BRN dalam rundingan itu, Anas Abdulrahman berharap proses itu dapat diteruskan dan membawa keamanan sebenar untuk semua.

Bekas ketua polis negara Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, yang mewakili kerajaan Malaysia, bertindak sebagai fasilitator untuk rundingan damai di selatan Thailand.

Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebuah agensi kerajaan tempatan yang menyelaraskan pentadbiran wilayah sempadan selatan, sedang meningkatkan usaha untuk merancakkan aktiviti pelancongan dan sosio-ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Setiausaha Agung SBPAC Laksamana Muda Somkiat Pholprayoon berkata agensinya telah mempergiat usahanya untuk mempromosi kawasan selatan sebagai destinasi pelancongan baharu bagi peminat budaya, semulajadi dan warisan.

“Kami tahu ramai rakyat Malaysia suka melancong ke selatan Thailand. Namun, mereka hanya melawat Hatyai dan Sadao. Oleh itu, kami ingin menjemput mereka untuk melawat dan merasai keindahan wilayah lain di selatan.

“Keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami akan menjaga anda (pelancong) sebaik mungkin apabila anda berada di Thailand,” katanya.

Sementara itu, timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata ramai yang beranggapan bahawa tiga wilayah selatan - Pattani, Yala dan Narathiwat - serta sebahagian kecil wilayah Songkhla yang berdekatan adalah wilayah majoriti Muslim.

“Ia sebenarnya adalah wilayah berbilang budaya. Masyarakat di sini terdiri daripada penganut agama Buddha dan Islam yang hidup aman damai.

"Saya ingin menjemput semua orang untuk merasai kepelbagaian budaya kita di selatan," katanya. - Bernama

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh