Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


‘Together at The Table 2022’ Rai Budaya Majmuk Singapura

Festival makanan halal yang memberi peluang kepada segenap masyarakat meneroka pelbagai hidangan lazat tanpa ragu-ragu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 12:04PM

HHWT telah melancarkan platform gaya hidup untuk pengembara Muslim dengan memaparkan pengalaman menikmati dan mencari makanan halal. - Gambar ihsan Precious Communications

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform kembara dan gaya hidup terbesar untuk golongan Muslim di Asia, Have Halal, Will Travel (HHWT) kini menampilkan Singapura sebagai tarikan pelancongan di selatan Malaysia dengan nafas baharu. 

Baru-baru ini, platform kembara dan gaya hidup terbesar bagi golongan Muslim di Asia ini telah melancarkan sebuah festival makanan dengan tema khusus ‘Together At The Table 2022’ (Bersama Di Meja Makan 2022). 

Acara ini diadakan selari dengan Pesta Makanan Singapura 2022 dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura bagi memenuhi permintaan untuk kulinari halal yang semakin meningkat di rantau ini.

“Biarpun lebih terkenal sebagai kota pencakar langit dengan persekitaran yang indah dan rapi, Singapura juga mempunyai presint budaya seperti Chinatown, Little India, Kampong Gelam, dan Katong-Joo Chiat.”

“Kami berhasrat untuk membantu pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat untuk menerokai pelbagai pilihan makanan halal yang merupakan permata tersembunyi yang terletak di dalam empat kawasan terkenal ini. Terdapat banyak pengalaman baru yang tersembunyi yang boleh diterokai di setiap sudut di Singapura,” ujar pengasas bersama HHWT, Tengku Suzana. 

Aktiviti Together At The Table 2022

Festival makanan yang akan berlangsung sehingga 23 Oktober hadapan ini menyaksikan pelbagai aktiviti bertemakan makanan halal yang telah disusun bagi memastikan acara ini berjalan dengan lancar. 

Aktiviti-aktiviti ini termasuklah tiga kelas pakar, dua pengalaman bersantap khas, dan beberapa jelajah makanan khusus ke presint di Singapura.

Melalui acara ini, peserta berpeluang merasai pengalaman menjamu selera yang khusus untuk memperkenalkan semula ramuan Nusantara yang sudah dilupakan serta jarang ditemui melalui  aktiviti santapan khas. 

Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi mempelajari cara membuat pasta segar dengan Tipo a pasta café.
Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi mempelajari cara membuat pasta segar dengan Tipo a pasta café.

Peserta juga boleh mendalami dan mempertingkatkan kemahiran kulinari menerusi tiga kelas pakar yang berbeza: sebuah sesi perkongsian ilmu mengenai daging bersama The Meatery, peruncit daging premium milik Muslim. 

Bagi mereka yang tidak begitu menggemari daging, terdapat juga sesi mempelajari cara membuat pasta segar dengan Tipo a pasta café, dan kelas bimbingan moktel yang dikendalikan oleh Picanhas, sebuah restoran stik halal di Singapura.

Makanan Halal Di Hujung Jari

Seiring dengan kempen ‘Together At The Table, HHWT juga melancarkan platform perdagangan sosial, Tribes, buat pengembara Muslim untuk menemui destinasi dan mendapatkan cadangan daripada komuniti mengenai penginapan, aktiviti, lokasi makanan, apa yang boleh dibeli dan cara untuk ke sana.

Platform yang dipacu komuniti ini membolehkan ahli-ahli Tribes berinteraksi melalui perkongsian kandungan yang membantu pengguna membuat keputusan yang lebih baik untuk aktiviti pengembaraan dan pembelian mereka. 

HHWT juga melancarkan platform perdagangan sosial, Tribes, buat pengembara Muslim mencari makanan halal. - Gambar hiasan dari Unsplash
HHWT juga melancarkan platform perdagangan sosial, Tribes, buat pengembara Muslim mencari makanan halal. - Gambar hiasan dari Unsplash

Ahli juga boleh menyumbang dengan berkongsi ulasan atau pandangan, menyunting senarai atau mencadangkan senarai baharu untuk memperolehi mata, yang seterusnya boleh digunakan untuk membeli tawaran eksklusif dalam talian. Antara aktiviti yang ada termasuklah sesi santap persendirian, kelas masakan pakar dan aktiviti jelajah. 

Jadi, seandainya anda berada di Singapura atau akan memulakan perjalanan ke sana dalam sedikit masa lagi, bolehlah intai-intai aktiviti yang diadakan sepanjang festival makanan ini dan ikuti Tribes. Ambil peluang untuk menikmati hidangan lazat tanpa ragu-ragu. - Getaran, 15 Oktober 2022 

Selamat bercuti!

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah