web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sepahtu Teruja Berjumpa Fanbase Mereka Melalui Siri Jelajah Sepahtu Reunion Live TOUR Di 3 Negeri 

Melalui siri Jelajah Sepahtu Reunion Live TOUR, Sepahtu akan turut ditemani beberapa rakan selebriti dalam setiap sketsa mereka seperti Erra Fazira, Uqasha Senrose dan Fouziah Gous.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 2:04PM

Sepahtu Reunion Live TOUR akan diadakan di 3 negeri mulai 14 Oktober ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas hampir sedekad bergiat aktif dalam mempersembahkan sketsa dan jenaka dalam rancangan Sepahtu Reunion Live di saluran Astro Warna, kumpulan Sepahtu bakal mengadakan siri jelajah mereka di tiga negeri. 

Siri jelajah yang dinamakan Sepahtu Reunion Live TOUR itu akan merangkumi enam persembahan di tiga negeri tersebut dan akan mula berlangsung pada 14 Oktober ini. 

Lokasi pertama Sepahtu Reunion Live TOUR adalah di Pasir Gudang, Johor pada 14 dan 21 Oktober, diikuti Gong Badak, Terengganu (28 Oktober dan 4 November) serta terakhir di Sultan Abdul Halim, Kedah (11 dan 18 November).

Sepahtu yang dianggotai Jep, Rahim, Pak Ya bersama Ebby Yus masih mengekalkan konsep asal persembahan yang berbentuk sitkom komedi di dalam siri penjelajahan ini. Namun, pada masa ysama ia diadakan sebagai jambatan untuk mereka mengenali dan mendekati peminat setia rancangan tersebut. 

Intipati setiap sketsa yang sarat dengan pengajaran tentang isu-isu semasa melalui lakonan spontan mereka sebelum ini berjaya menarik perhatian ramai penonton di pelbagai negeri sehingga mencipta fanbase yang besar. 

Kini sketsa-sketsa ini akan dibawa ke negeri-negeri tersebut untuk dipersembahkan secara langsung di hadapan ribuan peminat sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka.  

Antara tarikan utama rancangan ini adalah penampilan rakan-rakan selebriti dalam setiap sketsa yang akan turut mengikuti bersama dalam jelajah ini seperti Erra Fazira, Uqasha Senrose, Fouziah Gous, Afifah Nasir dan ramai lagi tetamu-tetamu undangan misteri.

Aktiviti kemuncak yang bakal diadakan di setiap lokasi adalah ‘Live Audience Award’ yang akan melibatkan penonton dalam kategori-kategori yang berbeza termasuk pemilihan Best Dress of the Week dan The Most Happening Audience of the Week. 

Selain itu, ahli kumpulan Sepahtu juga akan mencari bakat-bakat baharu di lokasi-lokasi terbabit dengan pemilihan The Best ‘Bakat Tempatan’ di kalangan penonton yang mempunyai personaliti menghiburkan dan kelakar. 

Sepahtu Reunion Live TOUR ini akan berlangsung pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam di setiap negeri yang terlibat. Peminat di setiap negeri yang ingin menonton Sepahtu secara langsung boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dengan harga RM50 (Zone 1), RM40 (Zone 2), RM30 (Zone 3) dan RM20 (UPPER Tier). – Getaran, 8 Oktober 2022 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari