Berita Terkini

13 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 13 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 13 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 13 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 13 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


iNNOVATE Tech Show 2022: Memacu Perniagaan Ke Arah Pendigitalan Dan Kemampanan

Pameran ini adalah jaringan rangkaian perdagangan (business to business) B2B oleh syarikat peneraju transformasi digital dan teknologi automasi dari serantau Asia Tenggara.

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 10:05AM

iNNOVATE Tech Show 2022 akan diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2022 di Matrade Exhibition and Convention Center (MECC) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi memastikan Malaysia berjaya mencapai menjadi sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030, kerajaan telah mewujudkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR) dan pelan tindakan MyDIGITAL.

Menerusi 4IR, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan ekosistem dalam ekonomi negara yang akan diterajui  sains, teknologi dan inovasi. 

Dengan itu, sebuah acara pameran teknologi dan inovasi iaitu iNNOVATE Tech Show 2022 akan diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2022 bertempat di Matrade Exhibition and Convention Center (MECC). Ia merupakan platform bagi syarikat di Asia untuk menerokai inovasi terbaru bagi menguatkan perniagaan ke arah teknologi pendigitalan.

Pameran ini adalah satu-satunya jaringan rangkaian perdagangan (business to business) B2B di mana syarikat peneraju transformasi digital dan teknologi automasi dari serantau Asia Tenggara mempamerkan apa yang diperlukan dalam inovasi hari ini dan masa depan. 

Dengan tema ‘Inovasi dan Teknologi untuk Masa Depan yang Lebih Baik’, pengunjung akan didedahkan dengan pelbagai inovasi terkini. Antaranya produk dan perkhidmatan digital daripada industri automasi , perkhidmatan penyelesaian awan dan industri dron yang digunakan untuk pengawasan, pertanian, logistik dan keselamatan. 

Pameran lain termasuklah mereka dari bidang kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT) dan penyelesaian robotik yang akan memberi inspirasi dan membantu memacu perniagaan ke masa hadapan.”

Salah satu acara kemuncak di iNNOVATE Tech Show 2022 adalah berlangsungnya siri ketiga Global Drone Conference & Exhibition yang akan dihadiri pakar-pakar drone serantau Asia daripada pelbagai sektor perniagaan seperti pertanian, pembinaan, telekomunikasi, tenaga, pengawasan keselamatan dan banyak lagi.

Salah satu acara kemuncak di iNNOVATE Tech Show 2022 adalah berlangsungnya siri ketiga Global Drone Conference & Exhibition yang akan dihadiri pakar-pakar drone serantau Asia - Gambar oleh Izwan Ramlan
Salah satu acara kemuncak di iNNOVATE Tech Show 2022 adalah berlangsungnya siri ketiga Global Drone Conference & Exhibition yang akan dihadiri pakar-pakar drone serantau Asia - Gambar oleh Izwan Ramlan

Dron yang sedang meningkat naik ini dilihat sebagai alat yang perlu diterokai dan dikormesialkan kerana ia adalah sebuah teknologi yang mempunyai potensi besar dalam kemajuan ekonomi Malaysia. Malah alat ini juga mampu menarik minat golongan muda untuk mereka memanfaatkannya dalam pembelajaran mahupun pekerjaan.

MRANTI akan mempamerkan inovasi Teknologi Dron Malaysia di Global Drone Conference & Exhibition 2022 yang ketiga dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju dunia dalam kesediaan pengawalseliaan dron, penerimaan pasaran dan ketersediaan bakat teknologi. 

Syarikat dron seperti Meraque, Malvus Sense, VStream Revolution, Aonic, Avion Drone, AirAsia Drones, Aeronerve, dan Looka turut hadir mempamerkan teknologi dan penyelesaian dron mereka dan pengurusan trafik sistem pesawat tanpa pemandu (UTM) di Zon Dron.

Lapangkan masa anda dan saksikan sendiri inovasi dan teknologi masa depan selama 3 hari 10.00 pagi- 6.00 petang di acara ini. Dapatkan pas percuma anda hari ini di https://bestevents-asia.com/innovate-registration-form/

Bagi syarikat yang berminat untuk terlibat dengan pameran, dapatkan informasi lanjut di https://bestevents-asia.com/innovate-exhibitor-registration/. - Getaran, 2 Oktober 2022

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa