Berita Terkini

2 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Mengapa Masyarakat Di Pergunungan Tibet Bergantung Kepada Yak? 

Penduduk di pergunungan Tibet digelar sebagai ‘people of the solitudes’ dan adalah orang gunung sejati yang menjadi penternak di padang rumput beraltitud tinggi selama beribu tahun. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 12:04PM

Seekor yak putih yang ditemui di Tasik Namtso. - Gambar AFP

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita sering tertanya-tanya bagaimana sesetengah manusia boleh menetap di kawasan pergunungan yang beraltitud tinggi, misalnya masyarakat nomad Tibet yang kebiasaannya memilih untuk mendiami kawasan seperti lembah dan dataran tinggi banjaran Himalaya. 

Bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian? Apakah rutin hidup mereka? Apa yang mereka makan, apa pakaian mereka dan apakah kepercayaan mereka? Pasti persoalan-persoalan seperti itu sering wujud di dalam kotak pemikiran kita. 

Sebetulnya, kehidupan di kawasan pergunungan cukup mencabar kerana ia berkait rapat dengan tiga faktor utama iaitu rupa bumi, iklim (termasuk atmosfera nipis) dan pengasingan dari masyarakat.

Tidak semua orang mampu mengadaptasi kehidupan yang sebegitu. Tiada siapa yang sanggup meninggalkan peradaban. 

Seorang wanita Tibet mengenakan perhiasan dan pakaian tradisional untuk satu persembahan, pada tahun 2016. - Gambar AFP
Seorang wanita Tibet mengenakan perhiasan dan pakaian tradisional untuk satu persembahan, pada tahun 2016. - Gambar AFP

Namun, berbeza bagi Dokpas iaitu gelaran untuk masyarakat nomad di Tibet. Mereka digelar sebagai ‘people of the solitudes’ dan adalah orang gunung sejati yang menjadi pengembala di padang rumput beraltitud tinggi yang luas selama beribu tahun. 

Kehidupan mereka tidak berubah selama berabad-abad dan masih mengamalkan budaya hidup Tibet yang asli. 

Ada di antara mereka yang tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke bandar atau merasai kemodenan seumur hidup. 

Bagi masyarakat Dokpas, kunci untuk hidup adalah yak. Sekilas pandang yak seakan-akan kerbau tetapi ia adalah haiwan asli pergunungan Himalaya dari keluarga sapi. 

Bezanya, seluruh tubuh yak dilitupi dengan bulu yang tebal dan lebat untuk melindunginya daripada kesejukan di kawasan pergunungan yang bersalji. 

Yak bukan sahaja menjadi kenderaan penting bagi Dokpas untuk mengangkut barangan tetapi ia juga menjadi sumber penting untuk daging, bulu, susu, keju dan mentega. 

Selain itu, orang-orang gunung ini juga menggunakan kulit yak untuk membuat khemah mudah alih bagi kegunaan penggembala manakala bahan buangan haiwan itu digunakan untuk memasak atau menjadi pemanas. 

Kebanyakan Dokpas percaya kepada agama Buddha Tibet dan ada juga yang percaya kepada Bon lama.

Namun, kebanyakan mereka tidak boleh hidup tanpa tiga perkara iaitu Buddha, ajaran Buddha dan sami Tibet (lamas) yang dipercayai boleh memberikan mereka keberkatan dan keharmonian. 

Seorang wanita memasak mentega yak. - Gambar AFP
Seorang wanita memasak mentega yak. - Gambar AFP

Atas sebab itu, mereka selalu memberikan hadiah mentega susu yak kepada sami Buddha dan sering membuat pembayaran untuk perbelanjaan mereka menggunakan mentega susu yak ini. 

Orang-orang gunung Tibet meminum 30 hingga 50 cawan sehari minuman yang dinamakan Po Cha atau teh mentega. Ia diperbuat daripada mentega yak, daun teh dan garam. 

Walaupun ramuan ini tidak kedengaran seperti menyelerakan, namun ia dirumus dengan baik untuk penghuni yang tinggal di kawasan dingin tanah tinggi. 

Kandungan kalori yang tinggi membantu mereka menghangatkan badan selain melindungi bibir, tangan dan anggota badan yang lain daripada mengalami kulit pecah dan retak akibat udara kering serta nipis.

Salah seorang gadis Tibet yang mengenakan perhiasan subang, iaitu antara aksesori yang sering dipakai setiap hari. - Gambar AFP
Salah seorang gadis Tibet yang mengenakan perhiasan subang, iaitu antara aksesori yang sering dipakai setiap hari. - Gambar AFP

Penduduk di pergunungan Tibet mengenakan pakaian tradisional mereka setiap hari. Petani Tibet sering memakai jubah coklat gelap atau kelabu yang diperbuat daripada Pulu (kain bulu). 

Selain pakaian, mereka juga banyak mengenakan aksesori. Baik lelaki atau wanita, masing-masing memakai rantai, cincin dan aksesori lain. - Getaran, 24 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut