web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pusat Peranginan Terbaharu Tawar Pemandangan Mempesona Selat Melaka dan Pulau Pangkor

DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort terletak hanya beberapa minit dari Pantai Teluk Senangin yang popular di kalangan penduduk tempatan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 4:00PM

Swiss Garden Beach Resort Damai Laut Lumut kini DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort. - Gambar ihsan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas pembukaan DoubleTree by Hilton Shah Alam, i-City pada Julai lalu, Hilton mengumumkan pembukaan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort, sebuah pusat peranginan yang mempunyai 294 buah bilik menghadap Selat Melaka baru-baru ini. 

Gambar ihsan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Gambar ihsan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

"DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort merupakan penambahan yang hebat kepada rangkaian 13 hotel semasa kami di negara ini, termasuk enam hotel DoubleTree by Hilton yang sedang beroperasi. 

“Kami terus mengembangkan kehadiran kami di Malaysia, kami teruja untuk membawakan layanan mesra kami ke Lumut, sebuah bandar pantai yang terkenal dengan kekayaan warisannya," ujar Naib Presiden Kawasan dan Ketua Asia Tenggara, Alexandra Murray. 

Untuk makluman anda, resort ini dahulunya adalah Swiss Garden Beach Resort Damai Laut Lumut dan ia terletak hanya beberapa minit dari Pantai Teluk Senangin yang popular dalam kalangan penduduk tempatan. Biarpun ia terletak agak jauh dari jeti feri ke Pualu Pangkor, namun ia memiliki pantai persendirian dengan pemandangan Pulau Pangkor.

Dengan menawarkan aktiviti-aktiviti seperti snorkeling, menaiki bot pisang dan memancing, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort memberi peluang kepada tetamu membebaskan diri daripada kesibukan dan rutin harian yang sama . 

Gambar ihsan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Gambar ihsan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Tetamu juga boleh bersantai di kolam renang atau berehat di spa sementara anak-anak kecil mereka berseronok di kelab kanak-kanak dan taman air mini. Jika anda menggemari sukan golf, panjangkan langkah ke padang golf 18-lubang yang hanya sejauh lima minit dari pusat peranginan. 

"Kami berbesar hati dan teruja untuk mempersembahkan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort sebagai pilihan optimum untuk keluarga dan pelancong. 

“Kami percaya kombinasi unik antara budaya dan keindahan alam semula jadi Perak, digandingkan dengan ruang kami yang selesa serta layanan yang mesra, tetamu boleh berasa selesa bagaikan di rumah sendiri,” ulas Pengurus Besar, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort, Sugumaran Ramachandran. 

Gambar ihsan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Gambar ihsan DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Bagi anda yang tercari-cari lokasi percutian keluarga yang mendamaikan, resort percutian ini boleh dijadikan pilihan memandangkan ia sangat mudah diakses, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan Lebuh Raya Pantai Barat yang baru sahaja siap.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan bilik, anda boleh melayari laman sesawang hotel ini di sini. - Getaran, 17 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh