Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mengintai Tarikan Terbaharu di Cameron Highland, Berbaloi Atau Tidak?

Cameron Highland sentiasa menjadi pilihan ramai untuk berhujung minggu atau merehatkan diri. Salah satu tarikan terbaharu ialah Cameron Flora Park yang terletak di kawasan Kea Farm.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2022 6:17PM

Tarikan terkini Cameron Highlands, Cameron Flora Park yang terletak di kawasan Kea Farm - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cameron Highland, destinasi percutian yang sentiasa menggamit kehadiran pelancong. Walaupun digelar sebagai ‘neraka altitude tinggi’ dek kesesakan trafik yang luar biasa pada musim cuti persekolahan dan cuti hujung minggu yang panjang, namun ia tetap menjadi dambaan ramai untuk ‘berehat’.

Maklumlah, di sinilah tempat untuk menikmati iklim sejuk biarpun suhunya tidaklah serendah 20 tahun yang lalu. Jangan berangan untuk memakai pakaian tebal jika tidak mahu bermandi peluh. 

Pembangunan di sini terlalu pesat. Jika setahun tidak menjejakkan kaki, pasti ada perubahan yang berlaku apabila kembali. Selain daripada pertambahan bangunan dan kebun-kebun sayur, banyak juga tarikan pelancong terbaharu. 

Ladang teh menghijau di Cameron Highlands - Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Ladang teh menghijau di Cameron Highlands - Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Inilah merupakan salah satu punca mengapa Cameron Highland tidak pernah sunyi (kecuali ketika pandemik), tidak pernah dilupakan, jauh sekali dipulaukan. Ada sahaja tarikan terbaharu yang memanggil-manggil. Melihat perkongsian di media sosial, hati mana yang tidak terpesona.

Salah satu tarikan yang menjadi bualan ramai tidak lain dan tidak bukan ialah Cameron Flora Park yang terletak di kawasan Kea Farm. 

Tarikan yang dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 7.00 petang ini menjanjikan pemandangan bunga-bungaan yang luar biasa. Seperti mana yang anda boleh lihat di akaun Instagram rasmi tarikan ini, begitulah yang boleh nikmati.

Untuk sampai ke muka pintu Cameron Flora Park, anda perlu menaiki trak yang disedia di ‘pick-up point’
Untuk sampai ke muka pintu Cameron Flora Park, anda perlu menaiki trak yang disedia di ‘pick-up point’

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda tanya berbaloi atau tidak dengan penat-lelah dan caj bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung.

Jika anda sukakan yang cantik-cantik, terutamanya bunga-bungaan, Cameron Flora Park adalah tempat yang mesti anda lawati. Begitu juga jika anda gemar mengambil gambar untuk simpanan sendiri mahupun dikongsi di alam maya.

Jangan lupa mengambil peta lokasi untuk memudahkan eksplorasi anda nanti
Jangan lupa mengambil peta lokasi untuk memudahkan eksplorasi anda nanti

Untuk masuk ke sini, pengunjung perlu bersedia untuk membayar harga tiket yang bukan sedikit, RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun.

Jika anda datang bersama suami atau isteri dan anak-anak yang berumur 4-12 tahun seramai  empat orang, anda perlu membayar RM200 untuk masuk ke dalam. Buatlah kiraan sendiri jika keluarga anda lebih ramai, lebih besar. 

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa untuk sampai ke muka pintu Cameron Flora Park, anda perlu menaiki trak yang disedia di ‘pick-up point’. Jadi, parkir dan bayar RM10 untuk meletakkan kenderaan anda di kawasan yang disediakan.

Perjalanan dengan trak mengambil masa kira-kira 15 minit memandangkan trek yang dilalui tidak berturap, kecil dan curam. 

Setakat Julai 2022, ada 11 lokasi bergambar yang mesti anda singgah untuk merakam memori
Setakat Julai 2022, ada 11 lokasi bergambar yang mesti anda singgah untuk merakam memori

Selesai membuat pembayaran, jangan lupa mengambil peta lokasi untuk memudahkan eksplorasi anda nanti. Ini kerana kawasannya agak luas dan anda mungkin akan terlepas ‘Instagrammable spot’ jika berjalan ‘menonong’ tanpa panduan.

Setakat Julai 2022, ada 11 lokasi bergambar yang mesti anda singgah untuk merakam memori. Antaranya di taman lavender, buaian besar yang terletak di Sakura Garden dan tangga tinggi putih di Flora Hill.

Penulis di dua 'Instagrammable Spot' di Cameron Highland Flora Park
Penulis di dua 'Instagrammable Spot' di Cameron Highland Flora Park

Jadi, anda perlu rancang pergerakan dengan baik jika tidak mahu terlepas mana-mana tarikan. Ini kerana jika pengunjung ramai terutamanya pada waktu puncak, had masa ditetapkan kepada dua jam sahaja. 

Dengan laluan mendaki dan bertangga, memang agak mencabar bagi yang kurang stamina. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang berumur. Senang cerita, Cameron Flora Park tidak sesuai untuk warga emas yang uzur, begitu juga untuk golongan kurang upaya (OKU).

Jika anda suka piknik, boleh tempah pakej yang tersedia. Baru-baru ini mereka memperkenalkan pakej piknik berlatarkan rumah hobbit yang semestinya menarik untuk dipotret. ‘Hobbit Village’ ini baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada awal Ogos lalu. 

Pakej piknik yang berharga RM388 untuk dua dewasa ini membolehkan anda menjamu selera dengan dua pilihan hidangan dan harga ini sudah termasuk tiket masuk. Makanan dari luar tidak dibenarkan sama sekali. 

Ada dua sesi yang boleh anda pilih iaitu 11 pagi hingga 1.00 tengahari dan 3.00 hingga 5.00 petang. 

Jika anda suka piknik, boleh tempah pakej yang tersedia di taman indah ini
Jika anda suka piknik, boleh tempah pakej yang tersedia di taman indah ini

Satu lagi fakta yang perlu anda  tahu adalah makanan dan minuman yang dijual di sini harganya agak ‘premium’. Sebotol air mineral (500ml) dijual pada harga RM5, kopi latte berharga lebih RM15, ais krim buah-buahan dijual pada RM8.00 dan mi segera (dalam cawan dan mangkuk) berharga di antara RM8 ke RM12.00. Tepuk dada tanya selera. 

Sejujurnya penulis berpendapat, caj yang dikenakan kepada pengunjung tempatan untuk melawati tempat ini agak mahal. Sudah pasti ia membebankan keluarga yang ramai. Mungkin pihak pengurusan boleh memperkenalkan harga yang berbeza untuk pemegang kad pengenalan Malaysia. 

Secara tidak langsung, ia boleh membantu merancakkan pelancongan domestik, dan mereka boleh mengunjungi tempat ini berulang kali jika di dalam kemampuan.- Getaran, 14 Ogos 2022

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Cameron Highlands Dahului Senarai 10 Bandar Paling Bahagia 2024

2

Jelajah 2 bulan yang lalu

Indahnya Tulip Mekar Di Malaysia

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Tiket Penerbangan Tinggi Semasa Perayaan, Kerajaan Cadang Beri Insentif

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi