web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Memperkenalkan Top 24 Mr World Malaysia 2022!

24 jejaka segak dan tampan bertanding dalam merebut gelaran Mr World Malaysia 2022.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 6:17PM

Seorang pemenang dari kalangan mereka akan terpilih bagi mewakili Malaysia di pertandingan Mr World 2022 yang bakal diadakan di United Kingdom pada hujung tahun ini - Gambar oleh Noreeza Hashim

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencarian jejaka idaman Malaysia telah bermula dengan pengenalan rasmi 24 finalis pertandingan Mr World Malaysia 2022 anjuran Universal Music Malaysia (UM).

Berlangsung di Hotel CitizenM, para pengkritik industri dan media telah diperkenalkan dengan kesemua 24 finalis ini yang bakal bersaing untuk merebut gelaran Mr World Malaysia 2022.

Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang yang versatil, termasuklah doktor bedah, doktor gigi, ahli farmasi, pelakon, cef, usahawan, jurulatih kecergasan dan banyak lagi.

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam dunia peragaan lelaki dan mempelbagaikan bakat di bawah naungan Celebrity360, sebuah agensi pengurusan bakat UM.

Daripada itu, seorang pemenang dari kalangan mereka akan terpilih bagi mewakili Malaysia di pertandingan Mr World 2022 yang bakal diadakan di United Kingdom pada hujung tahun ini.

Pengarah Urusan UM, Kim Lim berkata, pihaknya berasa  sangat teruja memperkenalkan barisan peserta tahun ini yang sangat berbakat dan majmuk.

“Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional yang mewakili hampir semua negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. 

“Di samping mengembangkan segmen berbeza selain nyanyian, kami berharap melalui projek seperti ini kami dapat memperkukuhkan lagi barisan bakat di bawah naungan UM.

“Kami juga amat berbesar hati mengalu-alukan penaja serta rakan kongsi untuk terus bersama kami dalam menjayakan acara yang sangat unik ini.

“Kerjasama mereka dilihat sebagai satu sokongan untuk mendorong bakat-bakat baharu tempatan yang bakal membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa kelak,” ujar Lim.

Turut hadir bersama, penaja-penaja rasmi Mr World Malaysia 2022. Antaranya, JD Sports, Lingtea, Living Young Aesthetics dan Cookx.

Manakala, rakan-rakan kongsi yang lain seperti Number76, MakeUp Miracle dan Star Fitness turut hadir memeriahkan acara ini. 

Orang ramai dijemput hadir ke program temu mesra bersama kesemua 24 finalis pada 28 Ogos 2022 di Pavilion Bukit Jalil untuk peluang memenangi tiket ke acara akhir pada bulan September.

Berikut kami senaraikan 24 finalis Mr World Malaysia 2022, seperti yang tertera:

Danial Hansen, Peragawan (27)
Danial Hansen, Peragawan (27)
Yusry, Mekanik (23)
Yusry, Mekanik (23)
Arvind, Usahawan (29)
Arvind, Usahawan (29)
Jayson, Perancang Majlis (28)
Jayson, Perancang Majlis (28)
Jack, Jurulatih Kecergasan (30)
Jack, Jurulatih Kecergasan (30)
Faris, Pelakon (23)
Faris, Pelakon (23)
Raja Irshad, Ejen Insuran (33)
Raja Irshad, Ejen Insuran (33)
Joshua, Kaunselor (32)
Joshua, Kaunselor (32)
Edison, Pegawai Pengurusan (34)
Edison, Pegawai Pengurusan (34)
Issac, Ahli Farmasi (30)
Issac, Ahli Farmasi (30)
Christopher, Doktor Gigi (28)
Christopher, Doktor Gigi (28)
Mussadiq, Doktor Bedah (32)
Mussadiq, Doktor Bedah (32)
Ivan, Cef (20)
Ivan, Cef (20)
Darren, Pengarah Muzik (30)
Darren, Pengarah Muzik (30)
Di Sheng, Pakar Runding (31)
Di Sheng, Pakar Runding (31)
Effendi, Juru Rambut (26)
Effendi, Juru Rambut (26)
Emmanuel, Usahawan (29)
Emmanuel, Usahawan (29)
Kryz, Usahawan (27)
Kryz, Usahawan (27)
Parvin, Pereka Grafik (23)
Parvin, Pereka Grafik (23)
Zaim, Jurulatih Kecergasan (23)
Zaim, Jurulatih Kecergasan (23)
Danial, Jurulatih Kecergasan (23)
Danial, Jurulatih Kecergasan (23)
Shafiy, Pegawai Perhubungan (29)
Shafiy, Pegawai Perhubungan (29)
El-Umar, Konsultan (30)
El-Umar, Konsultan (30)

Layari Universal Music Malaysia untuk maklumat lanjut. – Getaran, 13 Ogos 2022

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh