Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Kelemahan Teknologi Telefon Pintar Buat Golongan Tua

Mengapa masih ada segelintir individu terutamanya golongan tua yang tidak gemar menggunakan model telefon yang canggih?

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 6:24PM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada zaman moden ini, terdapat banyak jenama telefon pintar menggunakan teknologi cukup hebat dan juga direka untuk memenuhi cita rasa pengguna daripada pelbagai golongan, usia dan gaya hidup masing-masing.

Secara asasnya, kehebatan teknologi yang ada pada telefon pintar dari sudut sistem dan aplikasi serta beberapa teknologi lain seperti perisian dalaman dan kamera yang terkini bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan lagi penggunaan serta fungsi telefon bimbit.

Namun, mengapa masih ada segelintir individu terutamanya golongan tua yang tidak gemar menggunakan model telefon yang canggih ini?

Teknovasi kali ini berkongsi lima kelemahan telefon pintar buat golongan tua.

Skrin Sentuh

Kini hampir semua telefon pintar menggunakan teknologi skrin sentuh di mana teknologi tersebut sensitif pada permukaan kulit separa lembut (kebiasaannya jari) yang melekat pada layar peranti.

Kulit tangan manusia yang sudah berusia lazimnya memiliki lapisan luar yang sudah keras dan tebal. 

Oleh itu, deria sentuhan mereka tidak efektif malah adakalanya deria sentuh mereka sudah kurang rasa.

Tidak hairanlah secanggih mana pun teknologi telefon pintar yang dikeluarkan, masih terdapat golongan yang lebih suka menggunakan telefon bimbit jenis papan kekunci.

 Ia disebabkan tekanan pada kulit jari mereka boleh dirasai dan ditekan dengan kuat apabila bersentuhan butang papan tersebut.

Reka Bentuk Nipis

Terdapat beberapa perbezaan reka bentuk telefon bimbit yang dahulu dan kini. Mungkin kebanyakan bentuknya seakan-akan sama seperti segi empat tepat akan tetapi tidak pada ketebalannya. 

Apabila diteliti, telefon pintar kini mempunyai kenipisan yang agak ketara. Biarpun terdapat ketebalan badan peranti hingga mencecah 20mm, ia masih lagi dianggap nipis berbanding model terdahulu seperti Nokia 3310 yang lebih tebal dan 'mampat' apabila digenggam.

Jadi lebih mudah bagi golongan tua untuk mencapai atau menggenggamnya.

Ketahanan Peranti

Kekuatan telefon pintar dapat dilihat menerusi bahan yang digunakan untuk membuat badan peranti seperti besi, aluminium atau plastik tahan lasak. Bagaimanapun, setiap model perlu dikenakan sarung pelindung telefon bimbit untuk melindunginya daripada retak, pecah atau rosak sekiranya ia terkena impak hentakan yang kuat. 

Namun, sebelum kehadiran telefon pintar seperti sekarang, kebanyakan telefon bimbit generasi lama memiliki ketahanan yang sangat baik. Sehinggakan terdapat sesetengah kes apabila berlaku hentakan yang kuat pada telefon seperti terjatuh di atas lantai, ia masih hidup dan mampu berfungsi seperti biasa.

Jadi, telefon bimbit generasi lama lebih sesuai dengan golongan tua yang kadangkala tidak sedar telefonnya tercicir atau terjatuh. Ini kerana keteguhan badan peranti tersebut lebih tahan lasak walaupun tidak bersarung pelindung.

Sinaran Skrin

Sinaran yang dimaksudkan adalah cahaya yang keluar dari skrin telefon. Melihat skrin telefon dengan terlalu lama boleh mendorong kepada kerosakan mata dan sakit kepala. Ini menjadi kelemahan kepada orang tua kerana ia boleh meningkatkan tahap kerabunan dan menjejaskan kesihatan mata. 

Sungguhpun kini terdapat teknologi vision booster pintar yang menyesuaikan kecerahan dan kontras warna skrin secara automatik mengikut suasana pencahayaan persekitaran. Namun, ia masih boleh memberi kesan terhadap mata jika  skrin dilihat terlalu lama.

Kecanggihan Sistem/Aplikasi

Tidak dinafikan kecanggihan dan aplikasi yang ada pada telefon pintar lebih mudah dan segera difahami golongan muda. Peredaran zaman telah mengubah fungsi telefon bimbit yang dulu hanya digunakan untuk menelefon dan menghantar pesanan ringkas menjadi sebuah peranti bijak pelbagai fungsi.

Maka, proses penghadaman teknologi terutamanya aplikasi yang baharu agak perlahan bagi golongan tua. Sedangkan terdapat sesetengah aplikasi yang terlalu khusus fungsinya pun mengambil masa untuk difahami orang muda, ini pula yang sudah berusia. 

Jadi, kecanggihan yang terlalu tinggi tidak semestinya memberikan kemudahan kepada semua jenis peringkat umur. Ia bergantung juga pada tahap kemampuan masing-masing.

Oleh itu, kelemahan yang ada di atas bukanlah suatu perkara yang serius. Namun, golongan muda perlu ambil perhatian jika hendak membeli atau memberikan telefon pintar buat mereka yang sudah tua.

Apa yang paling penting ialah keselesaan mereka apabila menggunakan telefon bimbit ini. - Getaran, 7 Ogos 2022

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pakej 5G Rahmah: 47,000 Set Telefon Pintar Tiba Minggu Ini - Fahmi

2

Teknovasi 11 bulan yang lalu

Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Bicara Ebit Lew: Gambar Dipercayai Berunsur Seksual Adalah Tangkap Layar Aplikasi Perbualan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Cinta Ditolak Isteri Orang, Penganggur Mengamuk Bakar Kedai

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat