web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Pilihan Lokasi Selera Halal Di Tokyo, Jepun

Mencari makanan halal di Tokyo, Jepun tidak menjadi isu. Ini kerana banyak restoran atau kafe halal yang tersedia di sana.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 4:11PM

Aneka sushi halal di Asakusa Sushiken - Gambar Instagram @asakusasushiken

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jepun akhirnya membuka pintu sempadan mereka untuk tujuan pelancongan. Biarpun tertakluk dengan syarat-syarat ketat, namun perkembangan ini sudah tentu menggembirakan hati pencinta negara matahari terbit itu. 

Mana tidaknya, kota metropolitan itu menjanjikan pengalaman percutian yang mengasyikkan yang tidak mungkin boleh dinikmati di negara-negara lain. Mencari makanan halal di kota Tokyo juga tidak menjadi isu.

Ini kerana banyak restoran atau kafe halal yang tersedia di sana. Bagi yang bakal menjejakkan kaki ke Tokyo, berikut adalah beberapa cadangan lokasi selera yang menyediakan makanan halal untuk menjamu selera!

 

1) Restoran Ayam-Ya Ramen

Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Menikmati semangkuk ramen panas memang membahagiakan lebih-lebih lagi jika mengunjungi Tokyo pada musim sejuk. 

Restoran Ayam-Ya Ramen yang terletak di 4 Chome-10-1 Taito, Taito City, Tokyo ini sememangnya popular dalam kalangan pelancong Muslim. Antara menu yang boleh dicuba ialah Spicy Ramen, Tori Ramen, Noko Tori Ramen dan Kara Age (Ayam Goreng). 

Harga makanan di Ayam-Ya juga berpatutan iaitu bermula dari 150 Yen ke 950 Yen. Jika suka makanan pedas, sila pesan Spicy Ramen yang dihidangkan bersama hirisan ayam.

Kepedasan ramen ini pasti memenuhi selera anak Melayu. Begitu juga hidangan Kara Age. Ayam goreng yang boleh dimakan bersama nasi putih ini memang lazat. Rangup dan secukup rasa. 

Satu perkara yang anda harus tahu, restoran ini menggunakan mesin layan diri untuk menempah makanan yang ingin dinikmati. Selepas membuat pesanan, serahkan resit bayaran kepada pelayan restoran yang sedia menunggu.

Percayalah, makanan di sini enak-enak belaka dan anda pasti mahu ulanginya semula.

 

2) Luke’s Lobster 

Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Restoran ini menghidangkan the famous Lobster Roll in town! Keenakan Lobster Roll mereka menjadi menjadi buruan rakyat Malaysia setiap kali bercuti ke Jepun biarpun harganya mencecah lebih RM30. 

Terdapat dua saiz yang boleh dipilih iaitu sederhana dan besar yang masing-masing berharga 980 Yen dan 1580 Yen.  Selain roll atau sandwich isi udang karang (lobster), Luke’s Lobster juga menyediakan roll isi udang atau ketam pada harga yang lebih murah.

Gambar oleh Rahayu Mat Nah
Gambar oleh Rahayu Mat Nah

Tentang rasa, tidak perlu dipertikaikan lagi. Sesuai dengan popularitinya. Isi udang karang sangat segar dan manis. Apabila dicampur dengan chilli flakes dan sos cili rasanya lebih menyelerakan. Boleh juga pesan set menu yang turut hadir bersama kentang goreng dan minuman ringan.

Tidak susah mencari Luke’s Lobster di Tokyo kerana ada enam cawangan ke semuanya. 

 

3) Gyumon

Gambar Instagram @gyumon_shibuya
Gambar Instagram @gyumon_shibuya

Bagi anda yang ingin mencuba yakiniku Jepun yang original, Gyumon yang terletak di Shibuya ini adalah tempatnya. Di sini, pelbagai bahagian daging lembu dan pilihan ayam tersedia. Bakar hidangan anda sendiri di restoran halal yang selesa di Tokyo ini. 

Bagi mereka yang mencari pilihan mesra dompet, jangan risau kerana restoran ini menawarkan set makan tengah hari dengan harga berpatutan dari jam 12 tengah hari! Dengan hanya 1,000 Yen, anda boleh memesan semangkuk daging lembu halal yang turut disertakan dengan sup dan salad.

Set makan malam bermula dari 2,500 yen juga disediakan. Segala-galanya di sini, termasuk sos pencicah yang lazat, adalah halal, tetapi perlu diingat bahawa restoran ini turut menyajikan minuman beralkohol.

 

4) Asakusa Sushiken

Gambar Instagram @asakusasushiken
Gambar Instagram @asakusasushiken

Apabila berada di Jepun, adalah satu kerugian jika anda tidak mencuba makanan ‘ruji’ mereka, sushi. Asakusa Sushi-Ken ialah restoran sushi yang pertama diperakui halal di Tokyo. Setiap hidangan yang ada di sini adalah halal, termasuk kicap dan nasinya (yang biasanya ditambah dengan mirin). 

Disediakan oleh cef dengan bahan-bahan segar di hadapan anda, ia pastinya satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan di Jepun. Pesan set sushi popular mereka atau lihat lain-lain menu seperti tendon, mangkuk nasi donburi dengan tempura makanan laut dan sayuran.

Tentang harga, anda jangan risau kerana menu makan tengah hari dijual pada harga 1,200 Yen hingga 2,200 Yen. Nikmatilah pelbagai jenis sushi ini tanpa ragu-ragu!

 

5) Restoran Halal Aliya Ikebukuro

Gambar laman web gurunavi.com
Gambar laman web gurunavi.com

Terletak di Nishiikebukuro, Toshima-ku, restoran ini menyediakan masakan Cina asli dan mesra Muslim. Restoran Halal Aliya adalah tempat untuk anda makan besar bersama keluarga dan teman-teman. 

Ini kerana gaya atau saiz hidangannya banyak dan mewah. Ia memang menyasarkan pengunjung yang mahu menghabiskan masa dengan berkongsi makanan enak. Menjamu selera di sini bermakna, anda memesan untuk semua orang, bukannya untuk diri sendiri. 

Gambar laman web gurunavi.com
Gambar laman web gurunavi.com

Pilihannya makanan yang tersedia sangat diilhamkan budaya Cina Muslim dan anda boleh menemui semua makanan ruji serantau.

Dari Tauhu Mapo, sate kambing sehinggalah ke nasi goreng udang. Reka bentuk dalamannya membangkitkan budaya Cina Muslim dan membuatkan anda bagaikan dibawa terbang ke negara yang terkenal dengan Tembok Besar Cina itu. - Getaran, 30 Julai 2022

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bertemu Diaspora Malaysia Di Tokyo

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tokyo Keluar Amaran Merah Risiko Strok Haba Di Beberapa Bandar

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh