Berita Terkini

15 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Animasi Bukan Hanya Untuk Kanak-Kanak

Fokus animasi yang disiarkan oleh stesen televisyen Malaysia masih cerita-cerita superhero dan untuk kanak-kanak, membuatkan ramai masih berfikiran yang animasi hanya sesuai untuk peringkat umur itu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 10:08AM

Animasi 'Kring!' Yang diterbitkan Brainy Bones Studio - Gambar Filmfreeway.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun berkerusi roda, Josee adalah anak gadis yang bercita-cita tinggi namun dibesarkan oleh nenek yang terlalu melindunginya daripada realiti sebenar kehidupan.

Josee mahu menggapai impian dan melalui wataknya dalam filem anime Jepun Josee, the Tiger and the Fish karakter remaja ini membawa penonton mengikuti petualangnya sambil membuktikan realisme boleh wujud dalam karya animasi .

Genre slice of life atau cebisan kehidupan adalah satu genre animasi yang popular di Jepun kerana menyajikan jalan cerita dan gaya yang realistik dan lebih dekat dengan kehidupan pelbagai lapis masyarakat.

Ini berbeza dengan senario animasi di Malaysia yang kebanyakan lebih tertumpu kepada siri animasi atau filem khusus untuk kanak-kanak.

Josee, the Tiger and the Fish - Gambar IMDB.com
Josee, the Tiger and the Fish - Gambar IMDB.com

 

BERGERAK SEIRING ZAMAN

Menurut Pengarah urusan Brainy Bones Studio, Muhammad Hilmi Ismail, bidang animasi sangat luas dan berkembang daripada kartun aksi ke realisme kerana penggemarnya yang semakin dewasa.

“Cuma di Malaysia ada sedikit konflik antara studio animasi dengan pihak pengeluar dana dan pembeli animasi.

“Contohnya, genre slice of life sangat popular di kalangan peminat animasi tetapi stesen televisyen Malaysia tidak siarkan genre ini. Sebaliknya fokus animasi di sini adalah untuk kanak-kanak seperti siri Pokemon, Beyblade dan cerita-cerita superhero,” katanya kepada Bernama.

Jelasnya, faktor ini yang membuatkan ramai masih berfikiran yang animasi hanya sesuai untuk kanak-kanak.

 

MENCETUS PERUBAHAN

Penghasilan karya siri animasi bukan sahaja melibatkan penggiat dan ahli animasi sebalik tabir malah turut membabitkan banyak pihak termasuk pembeli dan pengguna akhir iaitu penonton.

Selain selera dan tanggapan penonton yang pelbagai, satu sisi yang penting adalah penerbit dan pembeli yang akan menyiarkan kartun animasi ini.

“Kita tidak dapat kawal pihak yang pegang duit. Ini antara kekangan yang dihadapi kerana kita tidak menjual secara terus kepada end user (penonton) tetapi kepada produser, stesen TV atau partner (rakan kongsi) melainkan kita ada dana untuk tayangkan di tempat awam seperti Youtube,” katanya

Memecahkan norma animasi sekadar untuk kanak-kanak juga adalah satu proses rumit kerana masih ramai tidak mengetahui bahawa disebalik karya animasi terdapat banyak mesej padat yang boleh disampaikan, contohnya animasi Kring! Yang diterbitkan Brainy Bones Studio.

“Ada yang tengok cerita Kring! dengan anak-anak sehingga mengalirkan air mata. Hal ini sebenarnya sangat memberi impak tetapi sayangnya animasi ini tidak sampai kepada ramai penonton kerana norma yang sukar diubah dan memerlukan proses inisiatif berterusan,” katanya.           

Video animasi pendek Kring! mendapat pengiktirafan Filem Animasi Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Du Sur Les Handicap 2020 di Lyon, Perancis.

Hilmi antara penggiat animasi yang sudah lapan tahun berkecimpung dalam industri kreatif berpendapat penerbit memainkan peranan penting. Mereka perlu lebih berani menghasilkan karya animasi komprehensif dan boleh dipromosikan di saluran lain seperti Netflix.

“Tetapi saya rasa untuk mendapat 100 peratus penerimaan kartun bukan hanya untuk kanak-kanak itu mungkin susah kerana akan ada golongan yang terus terpengaruh dengan stigma ‘apa ni dah besar pun tengok kartun’. Tetapi kita boleh berubah ke arah yang lebih berfikiran terbuka.” katanya.

 

LEBIH TERBUKA

Pengerusi Persatuan Pendidik Animasi Malaysia (PPAM), Prof Madya Ahamad Tarmizi Haji Azizan berkata pelbagai inisiatif diambil Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk mengalakkan dan menjana pertubuhan industri animasi di Malaysia.

“Namun tidak ramai yang mengekalkan momentum kerana penerimaan pasaran Malaysia tidak berkembang seperti di barat disebabkan populasi rendah.

“Permintaan dan kesedaran masyarakat rendah dan aspek kos pembikinan produk animasi pula sangat tinggi,” katanya ketika ditemubual Bernama.

Katanya PPAM menggunakan slogan “Animasi Untuk Semua” yang bermaksud ia tidak terikat bukan sahaja kepada tahap umur tetapi untuk semua bidang kerana animasi turut digunakan dalam bidang lain seperti perubatan dan kejuruteraan.

"Tetapi ia amat kurang diterokai di Malaysia. Rakyat di Malaysia terlalu rigid untuk menerima perubahan dan pembaharuan kerana terlalu banyak birokrasi. Banyak hal tidak dapat tumbuh dan berkembang.

“Bagi  saya pendidikan animasi ini perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah seperti pendidikan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, Matematik) yang mana turut diperjuangkan PPAM,” jelasnya.

 

PLOT ADALAH KUNCI

Bagi pereka grafik, Nik Mohd Hasmazi Hassan, kajian adalah satu proses penting dalam menghasilkan karya agar tidak tersasar daripada jalan cerita yang ingin disampaikan.

Kebanyakan cerita yang mempunyai jalan cerita biasa boleh jadi luar biasa kerana setiap titik fokus dikaji dengan mendalam.

“Legenda kita Tan Sri P.Ramlee pernah mengatakan bahawa pengarah yang dikaguminya yang menjadi mentor buat beliau ialah Akira Kurosawa - pengarah Jepun yang menghasilkan filem hitam putih.

“Selama sebulan saya kaji karya Akira Kurosawa baru saya faham kenapa P.Ramlee mengganggap beliau sebagai mentor. Bahkan, kerana Akira Kurosawa lah kita kenal siapa samurai. Hanya melalui satu cerita,” katanya dalam satu sesi webinar pendidikan animasi.

Kata Nik lagi, babak keganasan yang tidak boleh ditunjukan secara jelas pula boleh dilakukan secara metafora bagi melindungi kanak-kanak sambal menghasilkan cerita yang jelas dan padat dengan mesej. - Bernama

Isu Pada

Erti Pengorbanan Daphne Iking

09 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan