Berita Terkini

14 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Jangan Bersedih Syria’, Antara Kata Semangat Terpapar Di Bandar A'zaz

Yayasan ATAA di bandar raya A'zaz, berhampiran sempadan Syria-Turkiye saban hari menerima pelbagai kes sama ada melibatkan mangsa perang di Syria ataupun mereka yang tidak bernasib baik sejak lahir.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 2:00PM

Ahmad Barack Al Ali, 54, sedang memasangkan kaki palsu untuk Ghazi Taha, 62, salah seorang mangsa perang yang datang ke pusat rehabilitasi ATAA yang terletak di A'zaz, Syria - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'La Tahzan' atau jangan bersedih, antara kata-kata semangat terpapar di sebuah dinding berhampiran sempadan Syria-Turkiye.

Ini disaksikan sendiri penulis yang menyertai misi kemanusiaan MyCARE-Econsave ke Syria, setelah menamatkan hari kedua misi di bandar raya A’zaz.

Pelbagai kisah pilu didengari namun perjalanan perlu diteruskan bagi menghantar bantuan ke kem-kem pelarian dalam negara (IDP) di kawasan lain pula.

Perjalanan hari kedua bermula di pusat rehabilitasi kendalian Yayasan ATAA, yang saban hari menerima pelbagai kes sama ada melibatkan mangsa perang di Syria ataupun mereka yang tidak bernasib baik sejak lahir dan terhimpit secara tidak langsung apabila apabila berlaku.

Di sini, penulis bertemu dengan kanak-kanak kental, Abdul Rahman Al Kasim Ramadhan berusia enam tahun yang sedang menjalani sesi terapi bagi membetulkan cara berjalan yang dialaminya sejak lahir.

Ayahnya Ramadhan Al Kasim berkata dia dan ahli keluarganya sentiasa berpindah disebabkan perang sehingga tidak menyedari bahawa anak bongsunya itu mengalami kesukaran dan tidak boleh berjalan dengan betul.

Hanya setahun lepas, seorang kawannya menyedari keadaan anaknya itu dan menasihatinya supaya membawa Abdul Rahman untuk rawatan segera di pusat rehabilitasi tersebut.

"Walaupun masih kecil, Abdul Rahman bersungguh-sungguh menjalani terapinya kerana saya selalu mengingatkan bahawa sebagai lelaki, kena kerja keras untuk masa depan. Jadi perlu kerja keras untuk cepat sembuh," kata bapa anak tujuh itu ketika ditemui di pusat rehabilitasi itu di A’zaz pada Rabu.

Ahli terapi fizikal Kassim Al Ahmad berkata banyak kes melibatkan kanak-kanak diterima di pusat itu dan Abdul Rahman bukanlah kes termuda yang pernah diterimanya tetapi bayi lelaki berusia 10 bulan yang mengalami kecederaan serius pada bahu.

"Abdul Rahman sentiasa mendengar kata. Setiap sesi berlangsung selama 30 minit," kata Kassim.

Namun kanak-kanak itu memerlukan masa yang lama untuk sembuh, katanya.  

Kami kemudianya berjumpa seorang lagi ahli terapi fizikal dan juruteknik Ahmad Barack Al Ali, 54, yang mempunyai tanggungjawab besar iaitu memasang pelbagai peralatan untuk membantu mereka yang terjejas termasuk memasang kaki palsu.

Ketika ditanya apa yang memberinya motivasi untuk bekerja, beliau berkata tanggungjawabnya sebagai saudara seagama dan keadaan perang yang berlarutan sehingga mengakibatkan ramai yang terjejas teruk dan menjadi IDP membuatkannya terus tinggal di negara ini dan berkhidmat.

"Saya seorang Muslim dan saya bertanggungjawab kepada saudara seagama dan anak-anak. Sudah tentu saya emosi tetapi semua kes adalah kes yang sangat istimewa melibatkan kanak-kanak, wanita, lelaki, jadi saya perlu melakukannya. Semua kes ini berkait langsung dengan peperangan.

“Jika semua juruteknik negara ini pergi ke negara lain, tiada siapa yang akan berada di sini untuk menyokong mereka,” kata Ahmad Barack yang sudah 35 tahun berkecimpung dalam bidang ini.

Perbualan kami terhenti sebentar apabila seorang lelaki masuk membawa satu kaki palsu. Lelaki berkenaan, Ghazi Taha, 62, mangsa perang yang kehilangan kaki kirinya apabila perkampungannya di Idlib, dibom. Tersenyum Ghazi sebaik sahaja Ahmad Barack selesai memasang kakinya.

Ghazi Taha, 62, mangsa perang yang kehilangan kaki kirinya apabila perkampungannya di Idlib, dibom. - Gambar Bernama
Ghazi Taha, 62, mangsa perang yang kehilangan kaki kirinya apabila perkampungannya di Idlib, dibom. - Gambar Bernama

Pusat rehabilitasi yang dibuka pada Jun tahun lepas dan dibiayai sepenuhnya oleh Qatar Charity itu telah menerima lebih 1,000 kes dan setakat ini, seramai 667 orang telah menerima manfaat.

Sementara itu, Pengurus Yayasan ATAA bagi A'zaz iaitu Saddam Al Mohammad berkata bandar raya A'zaz yang dulunya mempunyai 40,000 populasi kini semakin meningkat kepada 200,000 orang akibat IDP yang berpindah-randah selepas perang memuncak pada 2011.

"Bandar ini yang dahulunya terkenal dengan pertanian seperti tanaman gandum, sayur-sayuran, tomato dan sebagainya, kini berubah wajah kepada pelbagai perniagaan termasuk industri berat.

"Sungguhpun begitu, matlamat kami adalah untuk memastikan agar semua IDP di sini menerima bantuan sewajarnya, sekurang-kurangya memadai bagi mereka untuk memulakan kehidupan secepat mungkin," katanya yang menambah terdapat 65 kem IDP sekitar bandar raya ini yang menempatkan kira-kira 3,000 hingga 4,000 pelarian.   

Misi kemanusiaan MyCARE-Econsave ke Syria yang bermula 25 Jun lepas, diketuai oleh Ahli Pemegang Amanah MyCARE Dr Mohd Zin Kandar dan turut disertai Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam serta lima pengamal media. - Bernama


 

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Bukan Kereta Aja Yang Boleh Hanyut, Tong Gas Pun Boleh!

2

Sukan 2 bulan yang lalu

AFC2023: Penalti Bantu Iran Atasi Syria

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Malaysia Ikat Syria 2-2

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gelagat Burung Selamatkan Sebuah Keluarga Daripada Gempa Bumi Turkiye

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan