Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Minggu ini, kami kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 8:00PM

Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Black and Blue (Netflix)

Sebuah filem aksi thriller berkisahkan seorang anggota polis wanita bernama Alicia (lakonan Naomie Harris) yang terlibat dengan satu kejadian di mana dua anggota polis yang tidak bertanggungjawab menembak beberapa pengedar dadah di sebuah gudang kosong. 

Situasi tersebut berjaya dirakam oleh kamera di dada Alicia. Pelbagai aksi dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh Alicia sendirian selepas diburu oleh polis tersebut untuk menghapuskan bahan bukti yang ada pada kamera itu. 

Dia juga diburu ketua pengedar dadah di kawasan itu kerana mendapat berita palsu kononnya Alicia membunuh anak buah mereka itu.

Filem yang diarahkan Deon Taylor dan ditayangkan pada 2019 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. - Izwan Ramlan

 

'Rick and Morty' (Netflix)

'Rick and Morty' ialah animasi satira sains fiksyen yang dicipta oleh Justin Roiland dan Dan Harmon. 

Animasi ini mengikuti kembara seorang saintis genius, Rick Sanchez bersama cucu lelakinya, Morty Smith, yang membahagikan masa mereka antara kehidupan normal dengan pengembaraan antara dimensi.

Rick merupakan seorang saintis yang berperwatakan gila yang suka menghabiskan masa bersama cucunya, Morty yang berperwatakan naif dan lekas cemas.

Pengembaraan datuk dan cucu ini merentasi pelbagai semesta dan planet dengan hanya menggunakan kereta terbang milik Rick melalui portal ciptaannya.

Ikuti kembara sains mereka yang menarik, hanya di Netflix ! – Zaidi Che 

 

Glamour Girls (Netflix)

Glamour Girls yang mula ditayangkan di platform Netflix pada 24 Jun lalu ini memang layak ditonton pada hujung minggu bersama teman-teman wanita. Ia merupakan sebuah filem ‘remake’ yang pernah diterbitkan pada 1994 dengan judul yang sama. 

Ia mengisahkan tentang aktiviti sekumpulan wanita bujang yang menyara hidup dengan menjana pendapatan melalui penyediaan perkhidmatan pengiring kepada lelaki-lelaki kaya.

Biarpun filem terbitan asal Play Network Studio ini mendaki ke tangga 5 teratas di carta global Netflix sejak beberapa hari yang lalu, namun Glamour Girls juga menerima kritikan hebat kerana ada yang berpendapat jalan ceritanya mempromosikan aktiviti pelacuran dan tidak mengajar moral.

Sejak mula ditayangkan, filem ini mengekalkan kedudukannya sebagai filem No.1 di Nigeria, mencapai tempat 10 teratas di 20 negara lain termasuk Emiriah Arab Bersatu, Portugal, Afrika Selatan, Kenya, Venezuela, Trinidad dan Tobago, Qatar, Belgium, Panama serta Nicaragua.

Jika anda ingin tahu sama anda filem ini penuh dengan unsur lucah atau sebaliknya? Jawapannya tidak. Ia punya mesej tersirat dan diwarnai dengan unsur-unsur komedi untuk menghilangkan rasa bosan pada adegan-adegan yang bergerak agak perlahan. – Rahayu MN

 

'The Raincoat Killer' (Netflix)

Dikenali sebagai ‘Raincoat Killer’, Yoo Young-chul adalah seorang pembunuh bersiri dari Korea yang pernah mengejutkan masyarakat di negara itu. 

Selama 10 bulan bermula dari September 2003, Yoo telah membunuh 21 orang dengan pelbagai cara termasuk membakar serta meleraikan organ badan mereka. 

Nama Raincoat Killer itu diberikan kepadanya kerana dia sentiasa memakai baju hujan, bahkan pada masa tangkapannya dilakukan, dia juga masih lagi mengenakan baju tersebut. 

Yoo mendapat idea untuk membunuh, sewaktu berada di dalam penjara setelah membaca artikel berkaitan pembunuh bersiri bernama Jeong Du-yeong yang telah menjadikan orang-orang kaya sebagai mangsa pembunuhannya sekitar 1999 sehingga 2000. 

Dia cuba meniru gaya pembunuhan Jeong Du-yeong. Bahkan, dia turut memilih orang-orang kaya sebagai mangsa. Yoo sememangnya benci dengan orang-orang kaya kerana mereka ini sering kali menghinanya disebabkan kehidupannya yang terlalu miskin. - Ellyna Ali 

 

'Irma Vep' (HBO GO)

'Irma Vep' adalah sebuah siri mini komedi drama Amerika – Perancis yang ditulis dan diarahkan oleh Olivier Assayas, berdasarkan filemnya dengan nama yang sama pada 1996.

Ia berkisahkan Mira, seorang bintang filem Amerika yang terpedaya dengan ilusi kerjayanya sendiri serta hubungan cinta yang gagal. Dia kemudian pergi ke Perancis untuk berlakon sebagai Irma Vep dalam sebuah filem buatan semula berkonsep hitam putih tanpa suara yang berjudul Les Vampires (The Vampires).

Dengan latar belakang konsep thriller seram, Mira mula terkeliru antara realiti dan watak yang dimainkannya dalam filem tersebut. - Shah Shamshiri - Getaran, 2 Julai 2022

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Anwar: The Untold Story Mengungguli Carta Top 10 Netflix Malaysia

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan