Berita Terkini

1 minit yang lalu: TSG optimis kekal gelaran juara Asia kesatuan berbasikal antarabangsa 1 minit yang lalu: Pusat intervensi awal percuma untuk anak istimewa legakan ibu bapa di Selangor 2 jam yang lalu: Malaysia, China meterai kerjasama telekomunikasi digital 2 jam yang lalu: Jangan terpedaya dengan pihak mengaku pengamal atau pakar perubatan - Noor Hisham 2 jam yang lalu: Persiapan hadapi bencana perlu ambil kira banjir luar biasa

IKUTI KAMI


4 Restoran Mesra Muslim Di 3 Negara Jiran

Mencari makanan mesra Muslim di luar negara saat melancong kadang agak mencabar. Minggu ini kami kongsikan tiga restoran di empat buah negara jiran yang menghidangkan juadah mesra Muslim untuk dicuba.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 7:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan sempadan yang sudah mula dibuka, laporan syarikat-syarikat penerbangan tempatan menunjukkan jualan tiket pesawat terus meningkat gara-gara rakyat Malaysia yang ingin melampiaskan rindu untuk melancong ke luar negara.

Semestinya kenaikan jumlah pelancong ke negara jiran berdekatanlah yang paling ketara. 

Namun bagi majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam, mencari makanan mesra Muslim mahupun halal di luar negara saat melancong kadang agak mencabar. Ini kerana lokasi tempat makan yang menyajikan makanan sedemikian kadangkala sukar untuk dicari.

Minggu ini kami ingin kongsikan tiga restoran di tiga buah negara jiran yang mesra Muslim dan ada menyajikan makanan menggunakan ramuan yang disahkan halal.

 

Afterwit – Singapura 

Makanan halal di Singapura bukanlah sukar untuk ditemui kerana terdapat banyak restoran yang memenuhi permintaan penduduk serta pelancong yang beragama Islam di sana.

Nachos - Gambar oleh Shah Shamshiri
Nachos - Gambar oleh Shah Shamshiri

Sungguhpun begitu, kebanyakan restoran yang menyajikan hidangan halal tidak lari dari menu biasa seperti nasi, makanan Melayu ataupun sajian berunsur Timur Tengah dan India.

Atas sebab itu, sebuah restoran yang bernama Afterwit yang terletak di North Bridge Road di Singapura tampil dengan sesuatu yang berlainan dan jarang ditemui pengunjung Muslim di Singapura. 

Churros - Gambar oleh Shah Shamshiri
Churros - Gambar oleh Shah Shamshiri

Diterajui oleh salah seorang pemiliknya, Ashraf Shafii, Afterwit memperjuangkan masakan Mexico yang menggunakan ramuan halal untuk para tamunya.

“Kami memang mahu tampilkan sesuatu yang berbeza tapi dapat dinikmati oleh semua orang tanpa mengira bangsa dan agama. Atas dasar itu, Afterwit tampil menyajikan beberapa hidangan berunsur makanan Mexico seperti taco dan burrito halal untuk semua,” jelas Ashraf ketika ditemui.

Burrito udang mayonis bawang putih dan brisket beriani - Gambar oleh Shah Shamshiri
Burrito udang mayonis bawang putih dan brisket beriani - Gambar oleh Shah Shamshiri

Mendapat pengesahan halal dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) antara menu menarik yang mesti dicuba adalah quesadillas dengan daging itik, nachos, churros bersos coklat dan banyak lagi.

 

Rim Talay – Phuket, Thailand

Kawasan selatan Thailand juga memang dikenali dengan penduduk beragama Islam yang ramai, jadi mencari tempat makan yang halal biasanya tidak terlalu sukar. Ini termasuklah di pulau pelancongan tersohor mereka, Phuket.

Ikan goreng kunyit dan bawang putih - Gambar ihsan Rim Talay
Ikan goreng kunyit dan bawang putih - Gambar ihsan Rim Talay

Rim Talay sebuah restoran popular di tepi pantai yang terletak di dalam kawasan Hotel Amari Resort di Phuket adalah salah satu restoran mesra Muslim.

Berlokasi di kawasan pantai Patong dengan pemandangan lautan indah, ia sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang beragama Islam kerana daging ayam, itk, lembu dan kambing yang digunakan disahkan halal oleh perbadanan Islam Thailand. 

Kari ketam Selatan Thailand - Gambar ihsan Rim Talay
Kari ketam Selatan Thailand - Gambar ihsan Rim Talay

Jadi jika pengunjung yang beragama Islam teringin merasa makanan yang mengandungi daging bolehlah memesan menu yang mempunyai kandungan daging yang disebutkan tadi.

Dan sebagai sebuah pulau sudah tentu mereka juga terkenal dengan makanan laut mereka.

Daun melinjo tumis telur - Gambar ihsan Rim Talay
Daun melinjo tumis telur - Gambar ihsan Rim Talay

Malah sajian lauk-pauk mereka tidak banyak berbeza dengan cita rasa orang Melayu Malaysia.

Antara yang harus dicuba adalah menu tradisional istimewa Phuket. Ini termasuk kari ketam Thailand, udang petai bersama daun melinjo, ikan goreng kunyit dan bawang putih serta banyak lagi. 

 

Alice – Jakarta, Indonesia

Dengan majoriti penduduknya yang beragama Islam, mencari makanan dengan ramuan halal semestinya sangat mudah di negara ini. Apatah lagi di ibu negara mereka Jakarta.

Set 'Afternoon Tea' - Gambar ihsan Alice
Set 'Afternoon Tea' - Gambar ihsan Alice

Kini menjadi lokasi popular di kawasan pusat perniagaan Jakarta Selatan, restoran penuh gaya yang bernama Alice ini menjadi tumpuan warga kota mereka untuk menjamu selera dan juga bergambar! 

Terilham dari kisah dongeng popular Alice In Wonderland nukilan penulis tersohor British Lewis Carroll, restoran ini menyajikan makanan berkonsep Eropah yang lazat.

Chicago Burger - Gambar ihsan Alice
Chicago Burger - Gambar ihsan Alice

Baru dibuka pada bulan Mac 2022, Alice terkenal dengan beberapa hidangan lazat termasuk menu minum petang mereka selain sajian burger dengan daging lembu Wagyu, salmon dan sos mentega, serta macam-macam lagi. 

Tidak ketinggalan adalah pemanis mulut mereka seperti kek coklat Valrhona, rose macarons merah jambu serta banyak lagi. - Getaran, 18 Jun 2022

Salmon dengan beurre blanc - Gambar ihsan Alice
Salmon dengan beurre blanc - Gambar ihsan Alice

Royal Palm di Village Hotel Bugis

Nikmati kelazatan makanan yang disahkan halal di Royal Palm sebuah restoran ceria bertempat di Village Hotel Bugis di Singapura. Terkenal dengan hidangan minuman petang mereka yang lazat, sajian di sini memang popular dalam kalangan pengunjung yang beragama Islam dan mahukan layanan berkualiti.

Terletak di Village Hotel Bugis di kawasan popular berdekatan Masjid Sultan Singapura, hotel ini juga menawarkan harga berpatutan dengan kemudahan yang pelbagai. Ini termasuk kolam renang, sebuah gimnasium 24 jam serta pelbagai perkhidmatan lain.

Dengan lokasinya yang hanya lima minit perjalanan dari stesen MRT Bugis, ia memang sesuai dijadikan tempat pertemuan di kota singa!

Kini mereka menawarkan pakej ‘Stretch Your Dollar’ Discovery Package buat para tetamu hotel. Selain dapat menikmati bilik ‘deluxe’ mereka, anda juga berpeluang mengalami pelbagai perkhidmatan lain. Ini termasuk baucar bernilai yang membolehkan anda menggunakannya di lebih 20 tempat makanan berdekatan kawasan Village hotel dengan diskaun berpatutan.

Pakej ini bermula dengan harga S$188 semalam untuk sebuah bilik bergantung pada hotel yang dipilih.

Pakej termasuk bilik tahap Deluxe, sarapan untuk dua orang, baucar makanan bernilai S$30, pencuci mulut percuma, dan banyak lagi. Tawaran berlangsung hingga 30 Disember 2023.

Maklumat lanjut ikuti pautan ini.

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 minggu yang lalu

Bandar-Bandar Terkaya Di Dunia Pada 2022, Singapura Masuk Senarai

2

TARA 3 minggu yang lalu

2 Medan Selera Mesra Muslim Harus Anda Kunjungi Di Bangkok!

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Label ‘Pork Free’ Hanya Gimik Bisnes, Status Wain Tiada Alkohol Mengelirukan

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Selepas Adi Putra Dan Johan As’ari, Beto Kusyairy Pula Sahkan Tidak Akan Ke Jakarta 

Sorotan

1

Stesen Pengecasan EV Masih Rendah, Kurang Daripada 1,000 - MOSTI

2

Mahkamah Lanjut Penggantungan Sementara Pembangunan Di Hutan Simpan Bukit Cherakah

3

Kenapa Rizman Ruzaini Berarak Di Perkarangan Bukit Bintang, Apa Kaitannya Dengan Beg Tote?