web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jom Raikan Hari Burger Sedunia

Populariti yang diraih burger bukan kepalang. Walau di mana pun anda berada, burger boleh ditemui dengan mudah.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 9:00AM

Gambar Fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Burger, siapa sahaja yang tidak tahu dengan sajian popular sepanjang zaman ini. Daripada anak-anak kecil sehinggalah ke golongan dewasa, ramai yang mudah jatuh cinta dengan hidangan yang berasal dari Amerika Syarikat ini. 

Asasnya, burger merupakan hidangan yang terdiri daripada roti ban yang dipadankan atau diisi dengan 'patty' iaitu kepingan daging padat yang mungkin dibuat dengan daging lembu, kambing, ayam, dan sebagainya bersama sayuran serta salad serta dilimpahi dengan sos.

Namun, seiring peredaran zaman, burger kini boleh dinikmati dalam pelbagai gaya dan perisa. Ia diinovasikan mengikut trend selera, malah ada yang dicipta mengikut selera penduduk tempatan. Contohnya di Malaysia, kita mempunyai burger nasi lemak.

Populariti yang diraih burger bukan kepalang. Walau di mana pun anda berada, burger boleh ditemui dengan mudah. Daripada yang paling ringkas, sehinggalah yang mewah memikat. Sempena meraikan Hari Burger Sedunia yang disambut pada hari ini (28 Mei), Getaran senaraikan pilihan lokasi selera di Kuala Lumpur yang menyediakan hidangan burger memikat. 

Selain menikmati hidangan di rumah terbuka raya, bolehlah ajak keluarga atau teman-teman menjamu selera di kafe yang tersenarai di bawah ini!

1) Five Guys - Level 3, Connection, Pavilion KL.

Bangkitkan deria rasa anda di Five Guys. Jika berselera besar dan sukakan burger yang besar, berdaging dan berjus, maka Five Guys adalah tempat untuk membangkitkan deria rasa anda. Dibuat daripada daging lembu kisar segar, burger di sini boleh disesuaikan mengikut cara yang anda suka. Terdapat 15 jenis ‘topping’, sayuran dan jeruk, dan pelbagai jenis sos yang menyelerakan. 

2) KGB - Tingkat 4, Elite, Pavilion KL.

Burger Seoul KGB untuk K-Lovers. Memanggil semua pencinta K-food! Untuk burger dengan profil perisa Asia, manjakan lidah anda  dengan Seoul Burger di KGB yang dihidangkan dengan rasa ‘super juicy’ dan rangup, Disumbat dengan ayam berkulit parmesan, kimchi cincang, telur mata kerbau, kimchi mayo, burger ini menjanjikan kepuasan dengan sentuhan rasa masam manis untuk menaikkan rasa. Anda pasti tersenyum puas. 

3. Nando’s - Tingkat 1, Elite, Pavilion KL & Ground Floor, Intermark Mall

Nandoca's Burger untuk penggemar ayam peri-peri. Nando’s yang terkenal dengan hidangan ayam panggang juga tidak ketinggalan menyajikan hidangan burger untuk dinikmati pada bila-bila masa. Nancoda’s Burger mempersembahkan roti lembut bersama ayam peri-peri yang diapit dengan coleslaw yang rangup serta dilengkapi dengan sos istimewa. Untuk memberi rasa kenyang berpanjangan, burger ini turut dihidangkan bersama kentang goreng. 

4. The Coffee Academics – Tingkat 3, Connection, Pavilion KL

Siapa kata anda tidak boleh menikmati burger untuk sarapan pagi? Jadi panjangkan langkah anda ke The Coffee Academics yang terkenal dengan kopi mereka yang pernah meraih anugerah.  Sajian All Day Breakfast mereka menampilkan burger sarapan dengan gabungan telur hancur berkrim dan daging lembu yang dihidangkan bersama 'tater tots' yang turut menjadi kegemaran ramai! Percayalah tiada yang lebih bahagia apabila dapat memulakan hari anda dengan makanan yang lazat.

5. Kyochon – Tingkat 1, Pavilion KL

Untuk kelainan pada burger klasik, mengapa tidak mencuba burger tanpa daging yang lazat ini di Kyochon? Dibuat menggunakan patty berasaskan 100% tumbuhan yang rasanya sama seperti isi ayam, burger 'Future Chicken' boleh didapati dalam perisa asli atau ekstra pedas yang dihidangkan dalam roti arang. Cukup sesuai untuk mereka yang mencari makanan yang sihat tanpa menjejaskan rasa. Dapatkan burger ‘Future Chicken’ di KyoChon hari ini!

6. Salad Atelier’s - Ground Floor, Intermark Mall

Tiada penyesalan jika anda memilih Avocado Crabstick Burger dari Salad Atelier’s ini. Burger makanan laut ini memberikan letusan rasa yang cukup menggembirakan pada gigitan pertama. Suntikan rasa pedas berkrim membuatkan deria rasa lebih terbuai dengan kesegaran rasanya. Jadi, jangan cepat menghakimi. Burger sihat juga punya rasa yang lazat. Burger ini hanya mempunyai 338 kalori dan sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet! 

7. Serai - Serai, Level 7, Dining Loft, Pavilion KL dan Secret Recipes - Concourse, Intermark Mall

Manjakan anak-anak anda (dan diri sendiri) dengan Burger Lembu Keju Mini Serai tanpa bimbang dengan saiz hidangan atau kalorinya. Dengan keju leleh dan dihidangkan bersama kentang goreng, ia adalah kegemaran kanak-kanak. Atau pergi ke Secret Recipe untuk sepinggan Kid’s Chicken Burgers yang sesuai untuk dikongsi seisi keluarga.

Selamat menjamu selera! - Getaran, 28 Mei 2022.

*Semua gambar dari restoran yang tersenarai


 

Isu Pada

Menggapai Awan Biru

28 May 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 2 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh