Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ambeng Artspace Berkongsi Ilmu Seni Lukis Dan Seni Reka

Ambeng Artspace di Skudai dibuka untuk memberi pendedahan mengenai seni kepada masyarakat umum. Mari kenali dengan lebih dekat ruang kesenian ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Umum mengetahui dalam bidang seni terdapat pelbagai cabang termasuk seni lukis dan seni reka.

Namun, umum juga mengetahui bahawa komuniti yang aktif di dalam dua cabang seni ini tidaklah ramai seperti dalam cabang seni lain misalnya seni lakon atau seni tari.

Tidaklah keterlaluan jika penulis menyatakan masyarakat di Malaysia masih terlalu mentah untuk mendalami atau menghargai karya dihasilkan komuniti yang berkecimpung dalam seni lukis atau seni reka ini.

Berbanding di negara luar, hasil kreativiti dalam cabang seni ini mampu mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda berikutan ia lebih dihargai masyarakat negara mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku pada Julai 2020, apabila hasil seni lukisan mural pemimpin negara yang dicacah sekumpulan pelukis mural di Taman Cahaya Alam, Seksyen 12, Shah Alam, Selangor dirosakkan individu tidak bertanggungjawab.

Biarpun perbuatan itu dilakukan kemungkinan kerana ‘membenci’ wajah individu tertentu, namun sekiranya si pelaku itu lebih menghargai atau memahami susah payahnya pelukis mural terbabit menyiapkan lukisan itu, pastinya insiden tersebut tidak berlaku.

Kenyataan penulis turut disokong Pemilik Ambeng Artspace, Shahrizad Hassan dan kerana itulah beliau mewujudkan Ambeng Artspace, yang antara lain bertujuan memberi pendedahan mengenai seni lukis dan seni reka kepada masyarakat umum.

Ambeng Artspace diambil nama sempena menu makanan Nasi Ambang yang menggabungkan pelbagai jenis lauk, begitu juga Ambeng Artspace yang ingin memperkenalkan pelbagai jenis ilmu dalam cabang seni lukis dan seni reka itu.

Tidak mahu tertumpu hanya kepada seni lukisan mural, grafiti atau kanvas, Shahrizad berkata, kreativiti pelukis sebenarnya boleh diterjemahkan dalam pelbagai medium lain seperti baju, kasut, beg, tanah liat mahupun kotak.

Seperti apa yang dapat dilihat pada pameran seni yang julung kali diadakan di Ambeng Artspace iaitu Generasi Kustom, karya empat pelukis yang dipamerkan nyata amat menarik perhatian, namun mungkin dilihat biasa bagi mereka yang tidak menghargainya.

Bertetapatan dengan perkataan ‘custom’, hasil karya Akeem, Ebal Arez, Hadz Toyz dan Idham Ahmad itu menonjolkan sisi lain seni lukis dan seni reka apabila mengubah suai kekreativitian mereka pada sesuatu yang jarang dilakukan.

Mengambil contoh karya Ebal Arez yang mempamerkan hasil lukisan pada barangan terpakai seperti gabungan kaset lama yang dibentuk menjadi gambar hiasan, radio lama, papan luncur selain mengubah botol penyembur cat menjadi struktur hiasan yang cantik.

Lukisan pada kaset lama karya Ebal Arez
Lukisan pada kaset lama karya Ebal Arez

Karya Akeem pula lebih banyak diterjemahkan pada kasut menggunakan ‘leather paint’ dengan pelbagai corak lukisan menarik termasuk gambaran pembungkus roti Gardenia yang sebelum ini pernah tular di media sosial.

Idham Ahmad yang dikenali dengan jenamanya, Civilian Brands itu banyak mengubah suai fabrik menjadi satu produk yang lain dari yang lain seperti beg dan baju.

Pemilik nama Hadzry Sahari yang dikenali sebagai Hadz Toyz pula mempamerkan rekaan skulptur daripada tanah liat dan kotak yang diilhamkan daripada pelbagai karakter dan biasanya ditempah secara eksklusif.

Shahrizad (kiri) bersama Hadz Toyz bergambar dengan rekaan yang diperbuat daripada kotak
Shahrizad (kiri) bersama Hadz Toyz bergambar dengan rekaan yang diperbuat daripada kotak

Pameran Generasi Kustom yang mula dibuka pada Sabtu lalu itu boleh dilawati orang ramai secara percuma setiap hari sehingga 3 April depan.

Bertempat di Taman Pulai Utama, Skudai di sini, orang ramai boleh mula hadir seawal jam 12 tengah hari hingga 6 petang.

Shahrizad yang lebih dikenali sebagai Bob itu berkata, besar hasratnya untuk pameran seumpama itu dapat diteruskan dan impiannya juga adalah untuk mengadakan pameran dalam skala yang lebih besar pada masa akan datang.

Shahrizad menunjukkan beg yang direka oleh Idham Ahmad
Shahrizad menunjukkan beg yang direka oleh Idham Ahmad

Bagaimanapun, semakin hari, beliau bersyukur kerana kini sudah mampu mengumpulkan komuniti pelukis sendiri yang sekali gus membolehkan mereka bergerak seiring menjalankan projek lukisan yang lebih besar seperti lukisan dinding.

“Sebenarnya dah banyak tempat di Johor ini termasuk pusat bandar Johor Bahru dan Kluang Street Art yang mendapat sentuhan tangan kami. Terbaharu kami juga ada melukis mural di dinding hospital swasta yang bersangkut paut dengan kesedaran pandemik virus COVID-19,” katanya.

Shahrizad yang sudah berkecimpung dalam seni lukis itu sejak 2014 dengan Bob Arthouse, bagaimanapun hanya membangunkan pejabat dan studio Ambeng Artspace itu sejak tiga tahun lalu.

Shahrizad menunjukkan karya Akeem yang diubah suai pada kasut
Shahrizad menunjukkan karya Akeem yang diubah suai pada kasut

Selain pameran, di Ambeng Artspace turut dijalankan kelas, bengkel dan seminar secara berjadual buat penggemar seni lukis dan seni reka.

“Kita sudah beberapa kali menganjurkan pameran seperti sebelum ini ia membabitkan pelajar sekolah yang mana kita beri mereka peluang mempamerkan hasil seni lukis dan rekaan mereka di sini.

“Kita juga menyediakan ruang dengan mengadakan bengkel untuk mereka yang berminat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang seni ini dan kita memanggil pakar dalam bidang tertentu untuk memberi tunjuk ajar.

“Objektif utama saya wujudkan tempat ini pun untuk kita mencari pelapis dan kita sediakan platform serta beri pendedahan kepada mereka yang berminat,” katanya.

Terdahulu, Shahrizad hanya ‘hidup’ dengan dana sendiri, namun kini beliau yang mendapat sokongan Balai Seni Negara ada menerima dana menerusi Tabung Bantuan Seni. - Getaran, 28 Mac 2021

Semua gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok