Berita Terkini

10 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

Rockstar muda yang pernah menjuarai program realiti, Akademi Fantasia 2016 ini mengakui bahawa minatnya terhadap muzik rock dipengaruhi oleh ayahnya. Ikuti temubual eksklusif TARA bersamanya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 8:30AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, nama Amir Masdi sedang memuncak naik. Di kalangan penyanyi-penyanyi handalan tanah air, kehebatan vokal anak muda yang pernah menjuarai program realiti hiburan, Akademi Fantasia 2016 (AF 2016) ini sudah mula diperkatakan. 

Malah, dia juga sudah mula mengumpul jumlah pengikut atau peminat tegar yang cukup meminati suara serak basah yang berserat tetapi lunak dengan julat vokal yang besar. 

Menariknya, peminatnya bukan dari kalangan pencinta muzik tempatan semata-mata tetapi juga dari pelbagai negara. 

Bahkan, selebriti dan penyanyi luar negara seperti Jamie Miller yang terkenal dengan lagu, 'Here’s Your Perfect' juga amat mengagumi kebolehan vokal yang dimiliki penyanyi berusia 26 tahun ini. 

Sememangnya dia adalah seorang ‘rockstar’ muda yang semakin meraih perhatian ramai dan pastinya akan menjadi penyambung legasi penyanyi-penyanyi rock hebat yang sebelum ini telah pun berjaya mengukir nama di dalam industri muzik dan rakaman tanah air. 

Dilabelkan sebegitu, Amir berasa cukup segan dan malu. 

“Wow! Ia satu pujian yang cukup besar dan satu kenyataan yang besar juga. Sudah tentu saya mahu menjadi seorang rockstar. Itu memang satu impian yang sudah lama ingin saya capai. 

“Tetapi,  di sebalik pujian itu, saya juga harus mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terbabas atau tergelincir dari landasan

“Apa pun, syukur Alhamdulillah.  Setidak-tidaknya graf di dalam kerjaya seni saya punya peningkatan dan ia juga satu kemajuan buat pencapaian peribadi diri saya walaupun saya rasa ia tidaklah sebesar mana pun,” katanya. 

Tidak pernah lekang dengan senyuman comelnya itu, Amir memberitahu bahawa selepas menjuarai AF 2016, dia tertanya apa lagi yang harus dilakukannya untuk terus maju ke hadapan di dalam kerjaya nyanyian itu. 

“Tapi, mungkin waktu itu saya masih kurang pendedahan serta pengalaman dan sekarang ini, saya percaya apa pun yang kita lakukan haruslah mengambil masa. 

“Kejayaan tidak akan boleh dicapai dalam sekelip mata. Kita juga harus banyak bersabar dan tidak harus cepat putus asa atau kecewa. 

“Baru sekarang saya memahami perkara itu. If we do the right thing, the right thing will come to us,” katanya menyuntik sedikit falsafah yang menjadi pegangan dirinya. 

Mengapa Genre Muzik Rock Menjadi PIlihan? 

“Percaya atau tidak bahawa saya membesar dengan lagu-lagu rock? Keluarga saya terutama ayah saya amat meminati lagu-lagu rock yang klasik. 

“Barangkali, dari situ minat saya terhadap muzik rock tercetus. Saya menggemari muzik rock disebabkan pembawakan dan cara nyanyian. 

“Ini bukan soal muzik rock itu lebih  ‘gentleman’ atau penuh kelelakian tapi apa yang penting, ia memiliki attitude dan karakter yang tersendiri,” katanya. 

Tentang vokal serak basah berserat tetapi lunak dengan julat vokal yang besar, Amir secara jujur mengakui di awal kemunculan dalam industri muzik tanah air, dia tidak punya suara yang sebegitu. 

“Waktu saya mula-mula muncul di dalam industri ini, saya tidak pernah masuk ke kelas vokal. Tapi, saya selalu dengar lagu-lagu yang dipersembahkan M. Shadows daripada band muzik Avenged Sevenfold. 

 “Suara dia serak, berat tetapi mempunyai julat vokal yang besar. Saya tertanya, bagaimana dia boleh menyanyi seperti itu. 

“Saya pun cuba berlatih dan meniru cara dia menyanyi. Perlahan-lahan saya belajar dan akhirnya selama lima hingga enam tahun, barulah saya dapat menemuinya,” katanya. 

Sambungnya Amir lagi, saat ini pun, dia masih belajar banyak perkara tentang nyanyian termasuk membuat latihan vokal. 

“Saya juga ada mendapatkan nasihat daripada Cikgu Shafi dan Mummy Mas Idayu. Mereka kata vokal dan cara nyanyian saya ini tidak salah dan saya boleh gunakan.

“Sebab, ada orang kata, suara yang serak ini bahaya kerana ia boleh merosakkan pita suara kita. Saya risau juga. Adakah suara saya ini semulajadi atau dibuat-buat. 

“Tapi mereka (Cikgu Shafi dan Mummy) bantu saya untuk menilainya dan akhirnya mereka kata ia selamat digunakan,” katanya yang meraih gelaran Naib Juara dalam program The Masked Singer Musim Kedua. 

Lagu-Lagu Cover Di YouTube 

Aktif menghasilkan lagu-lagu cover dalam bahasa Melayu dan Inggeris daripada pelbagai genre di saluran YouTube miliknya, anak kelahiran Cheras, Selangor ini mengakui gemar melihat reaksi pendengar dan penonton terhadap lagu-lagu yang dinyanyikannya itu. 

“Saya suka tengok mereka gembira. Bila mereka gembira saya rasa lega. Sebab, mereka suka dengan apa yang saya buat. 

“Tambah pula dengan orang luar yang tidak tahu apa-apa tentang industri kita. Juga kata-kata positif dan semangat yang diberikan selebriti luar. 

“Walaupun, mereka tidak tahu saya tengok atau tidak komen-komen mereka itu, tetapi saya rasa sangat dihargai,” katanya. 

Momen paling tidak dilupakan Amir apabila berpeluang berinteraksi bersama Jamie Miller secara live di media sosial. 

“Itulah momen paling ‘mahal’  bagi saya. Dia seorang yang berjaya di luar negara. Namanya besar dan mempunyai lagu yang hit di seluruh dunia. 

“Tapi, dia sangat merendah diri dan ambil masa untuk memberikan reaksi dan mendengar video saya serta berborak dengan saya. 

“Ia membuatkan saya sedar bahawa besar macam mana pun kita, kita haruslah sentiasa merendah diri dan menjadi manusia yang sepatutnya kita jadi,” katanya yang pernah mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-35 menerusi lagu Kau Sakiti pada tahun lalu. 

Membina Nama Di Luar Negara 

Tidak sedikit orang yang mengatakan bahawa bakat besar seperti Amir seharusnya pergi dengan lebih jauh lagi dengan mendominasi negara luar. 

“Memang ada perancangan ke arah itu tetapi ia belum cukup mampan lagi. Perancangan itu termasuklah  menyertai mana-mana pertandingan di luar negara atau terjah sahaja ke negara luar dan mencari label atau mendekati mana-mana pihak yang sepatutnya. 

“Tapi, untuk masa sekarang, fokus saya adalah untuk scene muzik tempatan dahulu,” katanya dengan nada yang masih berpijak di bumi nyata. 

Selepas muncul dengan lagu ciptaannya sendiri iaitu Esok, Amir memberitahu bahawa dia mempunyai beberapa lagu lain yang telah pun disiapkannya. 

“Tapi, saya juga tidak kisah membawakan lagu ciptaan daripada komposer lain. Sebab ada ramai komposer yang bagus-bagus di luar sana. 

“Mungkin ada komposer yang telah gubah sebuah lagu yang khas buat saya dan mungkin ada juga lagu ciptaan komposer tertentu yang bersesuaian dengan saya. 

“Sama ada menyanyikan lagu ciptaan sendiri atau daripada komposer lain, saya tidak kisah. Saya sangat terbuka tentang hal ini, “tuturnya lagi. 

Dia turut menjadi pasangan duet untuk lagu baharu Dayang Nurfaizah berjudul Debu. Satu kolaborasi yang cukup menarik dan sama sekali tidak dijangka, namun paduan suara mereka cukup serasi dan kena. 

“Memang ramai yang tidak menjangkakan kolaborasi daripada kami menerusi lagu tersebut. Bahkan, kami sendiri pun tidak menjangkanya sama sekali. . Ia berlaku tanpa dirancang. 

“Debu bagi saya sebuah lagu yang unik kerana ia mempunyai susunan muzik balada dan rock moden yang berunsur orkestra.

“Pergerakan lagu itu sangat berbeza. Mula-mula orang boleh jangka melodinya, tetapi kemudian pergerakannya  tiba-tiba berubah. 

“Muzik videonya dibuat di Morib, Banting dan mengambil masa dari jam 4 petang sehingga 8 pagi untuk disiapkan. Babak api paling lama untuk disediakan,” katanya lagi. 

Ibu Adalah Penyokong Tegar 

Amir barangkali boleh dianggap bertuah kerana ibu bapanya cukup menyokong penglibatannya sebagai anak seni. 

“Kedua ibu bapa saya adalah penyokong kuat saya. Tetapi penyokong yang paling tegar adalah ibu saya. 

“Malah, dialah yang suruh saya jadi penyanyi. Selepas habis SPM, saya tidak buat apa-apa dan kuat main permainan video. Sambil main games, saya menyanyi. 

“Dia suruh saya masuk uji bakat nyanyian dalam program Mentor. Saya tidak mahu sebab saya tidak pernah ada pengalaman menyanyi di hadapan orang ramai.  

“Tahun yang seterusnya dia suruh saya masuk AF. Saya tidak mahu. Tahun yang ketiga begitu juga dan akhirnya saya setuju. Selebihnya adalah sejarah,” katanya. 

Jelas Amir, dia tidak menyangka kedua ibu bapanya akan memberikan restu sepenuhnya untuk dia melangkah ke bidang ini. 

“Saya juga bersyukur kerana mereka tidak menetapkan apa-apa syarat kepada saya. Pesan mereka cuma satu sahaja iaitu jangan lupa ibu bapa dan sentiasa merendah diri. 

“Walaupun mereka penyokong kuat saya tetapi saya jarang berkongsi apa-apa masalah atau  pahit getir yang saya lalui di dalam industri ini kerana saya tidak mahu mereka berasa risau,” katanya yang tidak kisah jika diberikan tawaran untuk berlakon. - Getaran, 21 Mei 2022.

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Amir Masdi

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Penyelaras : Shah Shamshiri & Ellyna Ali

Teks: Ellyna Ali

Suntingan Teks : Shah Shamshiri

Arahan Seni & Penataan Gaya : Helmi Anuar

Solekan & Dandanan : El Manda Zuhairy

Busana : Eric Choong & Andy Sulaiman dari Collabstore

Jurugambar : Syeda Imran

Juruvideo & Suntingan Video : Muharram Kasim

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi: Temu House, Petaling Jaya

Karya seni halus milik Caryn Koh

(Sekalung penghargaan buat Cik Lina Tan, Cik Viv Adram dan saudara Richard Tsen)

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 6 hari yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Puteri Aishah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut