web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 100,000 Individu Dapatkan Khidmat Sokongan Mental MIASA Sejak Ogos 2020

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih 100,000 individu telah mendapatkan perkhidmatan sokongan mental daripada Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) sejak Ogos 2020 hingga Mac tahun ini.

Presiden MIASA Anita Abu Bakar berkata daripada jumlah itu, golongan berumur 25 hingga 40 tahun adalah kelompok yang paling banyak membuat panggilan manakala kanak-kanak berusia lapan tahun pula menjadi pemanggil termuda.

Beliau berkata keadaan ini terjadi kerana ramai individu termasuk kanak-kanak terputus sistem sokongan ketika pandemik COVID-19 ditambah pula dengan tekanan tidak dapat berjumpa dan berinteraksi secara fizikal bersama guru serta rakan sekelas. 

“Ini menyebabkan ramai termasuk kanak-kanak tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan sebab apabila di rumah, ibu bapa mereka sibuk. Jadi disebabkan oleh gabungan kesemua faktor itu, ramai yang terjejas kesihatan mental.

“Mujur ada media sosial, jadi mereka menghubungi kami dan dari situ, kami memberikan sesi bantuan dengan keizinan ibu bapa tetapi malangnya, sesetengah mereka sudah dalam keadaan yang teruk… murung, mempunyai kebimbangan melampau dan ada yang berfikiran untuk mengakhiri hidup,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Perlawanan Amal Bola Sepak ‘Kick for Mental Health’ anjuran MIASA yang disempurnakan oleh Penaung Perikatan Kesihatan Mental Kebangsaan (NAMH) Senator Datuk Ras Adiba Radzi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini.

Ras Adiba pula menggesa masyarakat agar membuang rasa malu dan segera mendapatkan sokongan sekiranya mengesyaki diri mengalami masalah kesihatan mental.

Beliau berkata bukan menjadi kesalahan jika seseorang mendapatkan bantuan mental kerana tidak semua perkara dalam kehidupan boleh dikawal mengikut kehendak masing-masing. 

“Usah malu kerana kita ini lemah, jadi penting untuk kita mendapatkan bantuan. Kita perlu sedar bahawa adalah okey untuk berada dalam keadaan tidak okey, tidak ada orang yang sempurna,” katanya. - Bernama

Gambar: Unsplash dan Bernama

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh