web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hikmah Di Balik Mengurus, Mengemas Dan Membuat Kerja Rumah

Mengemas dan membuat kerja rumah dianggap remeah oleh sesetengah orang. Khasnya kaum lelaki. Namun ada banyak kebaikan yang diperolehi jika rajin melakukannya.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 2:26PM

Gambar dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saya lahir bukan daripada keluarga yang berada. Masa saya kecil, Abah dan Ummi cuma kerja kilang. Kerja shif - pagi, petang dan malam.

Saya sekolah pun biasa-biasa saja. Bukan budak pandai, bukan pelajar pintar. 

Lagi pula masa kecil saya gagap. Bukan gagap teruk, tapi susahlah kadang-kadang bila nak mula bercakap. Banyak kali juga bila ingat balik, saya tak jadi nak bercakap sebab susahnya nak keluarkan perkataan. 

Entah masa darjah berapa baru gagap saya hilang. Tapi dalam gagap tu, kalau bernasyid elok saja. Tak ada sangkut pun. 

Keputusan UPSR pun ala kadar. Nak masuk sekolah asrama tak lepas. Saya menangis. 

Tapi Abah usahakan juga masuk sekolah aliran agama. Nak juga belajar ala-ala sekolah agama, dapatlah tapi sekolah harian biasa. Itu pun PMR saya tak cemerlang. Cukup-cukup makan orang kata. 

Buat rayuan, turun naik pejabat pendidikan akhirnya rezeki saya dapat juga sekolah agama berasrama. Syukur. 

Saya struggle di sekolah. Iyalah, bukan budak bijak tapi duduk dalam kelompok pelajar pandai. Kenalah kerja keras. 

Cuma dalam saya melatih akal nak jadi cepat faham, nak jadi pandai, ada perkara yang kekal dalam diri saya. 

BUAT KERJA RUMAH. 

Ini saya rasa berkat didikan Ummi di rumah dulu. Saya anak sulung, adik-adik lelaki semua. 

Jadi kerja rumah saya kena buat. Semualah. Ummi 'kan kerja kilang, bukan setiap hari ada di rumah. Shif pula. Bila siang tak ada di rumah, sayalah kena jaga adik-adik. Kena bersihkan rumah. Kena masak ala kadar. 

Iya kecil-kecil dulu, Ummi dah ajar saya memasak. 

Suka buat kerja rumah ini kekal sampai sekarang. 

Saya bukan rajin sangat pun. Pemalas ya ampun. Cuma ada satu sikap dalam diri saya, saya tak suka tengok benda bersepah. 

Jadi antara malas dan nak hadap benda tak tersusun, saya lebih tak tahan tengok barang tak berkemas. Jadi saya berkemas lah. 

Antara yang saya akan pastikan, dapur bersih sebelum tidur. Ini saya suka buat. 

Basuh pinggan mangkuk, kemas singki, susun sudu dan garpu yang dah basuh. Ikat sampah yang dah penuh. Kadang malam pun saya keluar buang sampah. 

Satu yang saya seronok sangat lepas kemas dapur malam-malam begini. 

“Saya nak hiburkan isteri saya. Saya nak esok dia turun ke dapur, nak gunakan dapur, nak sediakan makanan, semuanya bersih dan tersusun.” 

Haa begitu. 

Pernah saya terbangun awal pagi sebab dahaga, malam sebelumnya saya tidur awal. Jadi tak sempat turun ke dapur. 

Saya tengok singki penuh. Banyak juga isinya. Petang sebelum tu ada tetamu. Isteri pun penat, jadi tak larat juga nak kemas. 

Pukul 4:00 pagi turun minum air tu saya basuh pinggan dulu. Selesai semua baru saya naik semula. 

Jadi, saya suka nak pesan ke kawan-kawan. 

Dengan anak-anak ni ajar sahaja mereka buat kerja rumah. Baik lelaki atau perempuan. Mereka ini pandai atau pun tidak dekat sekolah. 

Supaya nanti mereka dewasa, mereka jadi manusia yang pandai mengurus rumah. Sekali pun belum berumahtangga, mereka mesti pandai untuk mengurus diri sendiri. 

Begitulah. - Getaran, 21 Mei 2022

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Rumah MB Selangor: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Hari Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Rumah Dikosong Akibat Tanah Runtuh - Bomba

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tentera Israel Musnahkan 60 peratus Rumah Di Semenanjung Gaza

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh