Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 7:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

I Know What You Did Last Raya (Netflix)

Musim perayaan masih berlangsung. Apa kata anda luangkan masa menonton filem komedi I Know What You Did Last Raya yang kini ditayangkan di Netflix.

Filem arahan Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular seperti Erra Fazira, Zamarul Hisham, Waheeda, Lan Pet Pet, Azlee Senario dan ramai lagi.

Filem bergenre seram komedi ini mengisahkan tentang sekumpulan rakan yang kini mempunyai kerjaya masing-masing di bandar. Namun mereka diminta untuk pulang beraya di kampung.

Sewaktu dalam perjalanan pulang, mereka telah terlanggar seorang lelaki dan seekor kambing. Sejak itu hidup mereka sentiasa dihantu kejadian misteri yang menyeramkan.

Siapakah yang telah menghantui hidup mereka dan siapa pula lelaki yang telah mereka langgar dalam perjalanan pulang dulu?

Jangan lupa tonton filem yang menghiburkan ini di Netflix. - Helmi Anuar

 

A Perfect Pairing (Netflix)

Demi mendapatkan pelanggan besar, seorang eksekutif industri minuman berasaskan anggur yang bercita-cita tinggi dari Amerika Syarikat sanggup menyamar dan bekerja di sebuah ladang ternakan biri-biri di Australia.

Di sana, dia bertemu dengan seorang jejaka tempatan yang cukup mempesonakan. Dibintangi Victoria Justice, Adam Demos dan Luca Sardelis, filem komedi romantis ini bakal ditayang pada Khamis, 19 Mei 2022. - Suzan Ahmad

 

Ninja Assassin (Netflix)

Jika anda mengenali pelakon Korea Selatan, Rain daripada drama terkenal 'Full House', pasti anda tidak menyangka rupanya selain drama bergenre romantis, Rain juga sangat hebat membawakan watak ganas dalam filem aksi.

Ninja Assassin, filem lakonannya yang ditayangkan pada 2009 baru sahaja memasuki Netflix beberapa minggu ini. Namun begitu, sudah tiga minggu filem ini menjadi Top 10 paling banyak ditonton di Malaysia.

Mengisahkan tentang Raizo yang dilatih menjadi seorang pembunuh upahan oleh sebuah klan rahsia bernama Ozunu. Namun Raizo menyedari apa yang dilakukan selama ini adalah sebuah kesalahan.

Jika anda ingin menyaksikan bagaimana Rain beraksi, bermain pedang, berlawan hingga tubuhnya dibasahi darah, inilah filem yang akan membuka mata anda terhadap lakonan mantap pelakon Korea Selatan itu. Kerana ia dibikin oleh produksi luar negara, maka kesemua pelakon berdialog dalam bahasa Inggeris. - Wafa Aula

 

Asih (Netflix)

Asih merupakan sebuah filem bergenre seram yang menceritakan tentang latar belakang watak hantu Asih dalam filem Danur

37 tahun sebelum peristiwa di filem Danur, Asih yang dilahirkan dengan nama Kasih telah kembali ke perkampungannya dengan keadaan hamil tanpa suami. Meskipun sudah membertitahu penduduk kampung bahawa suaminya telah dibunuh, dia sering dipukul dan dipulau oleh penduduk di sana.

Tidak tahan dengan perlakuan terhadapnya, Kasih mengambil keputusan untuk membunuh bayi dan dirinya sendiri. Semenjak itu, rohnya suka berkeliaran di sekitar kawasan untuk mencari pengganti anaknya.

Tidak dinafikan bahawa filem ini mempunyai sinematografi yang hebat dan 'plot twist' yang menarik.

Bukan itu saja, solekan khas, permainan lakonan dan runut bunyi filem ini turut berada di tahap tersendiri. Jika anda mahukan cerita seram yang mampu membuatkan anda tidur tidak lena, rasanya filem ini adalah terbaik setakat ini. – Sara Mack Lubis

 

The Addams Family (Netflix)

Kisah keluarga aneh Addams memang selalu mencuit hati. Baik dalam bentuk asalnya iaitu komik, mahupun siri zaman 60-an sehinggalah filem-filem tahun 90-an.

Filem The Addams Family ini ditayangkan pada tahun 1991. Menceritakan tentang keluarga Addams yang terdiri daripada suami isteri Gomez dan Morticia, anak-anak mereka Wednesday dan Pugsley, ibu Morticia, Grandmama, pembantu mereka, Lurch, serta saudara mereka, Cousin It dan Thing. 

Keluarga mereka aneh namun kaya-raya. Satu hari, mereka digemparkan dengan kehadiran Fester, abang Gomez yang telah lama menghilang. Gomez sudah tentulah menerima Fester dengan tangan terbuka namun ahli keluarga lain merasakan ada yang tidak kena dengannya. 

Keanehan demi keanehan terjadi dalam keluarga yang sudah sedia luar biasa ini. Mahu tahu kisah selanjutnya, silakan tonton filem keluarga nan lucu ini. - Ili Farhana - Getaran, 14 Mei 2022

Isu Pada

Pyu, Tok Dalang Cilik

14 May 2022

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut