Berita Terkini

5 jam yang lalu: PM Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon di Jepun sebagai pengiktirafan usaha dan sumbangan dalam perangi COVID-19 8 jam yang lalu: Kes serangan seksual Bill Cosby bermula di California 8 jam yang lalu: 3 pendatang maut ketika bot penyeludup karam di Mexico 8 jam yang lalu: TikTok membolehkan pencipta kandungan mengenakan bayaran langganan bulanan 8 jam yang lalu: PBB berkata negara kaya membahayakan kanak-kanak di seluruh dunia

IKUTI KAMI


Bina Kolam Renang Kos Efektif Dan Praktikal

Siapalah yang tidak mengidamkan kolam renang peribadi, tetapi mengapa agaknya ramai yang tidak sanggup membina kolam renang di rumah sendiri?

TARA Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2022 8:53AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika punya bajet, siapalah yang tidak mengidamkan kolam renang peribadi di rumah sendiri. Cuaca panas dan lembap di Malaysia menyebabkan ramai di antara kita yang gemar bersantai di kolam renang.

Bukan sahaja untuk menyejukkan badan, aktiviti ini membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental sambil membolehkan kita meluangkan masa bersama yang tersayang. 

Pemilik rumah di Malaysia jarang membina kolam renang peribadi di pekarangan kediaman. Selalunya apabila mahu berenang, ramai yang memilih untuk bermalam di hotel atau mengunjungi pusat rekreasi awam. Jika tinggal di kondominium atau apartment servis, bolehlah manfaatkan fasiliti sedia ada. 

Mengapa agaknya ramai yang tidak sanggup membina kolam renang di rumah sendiri? Ini kerana pada pemahaman kita, kos pembinaan kolam renang di rumah adalah sangat tinggi dan juga kerana ketidaksesuaian tapak pembinaan, proses penyelenggaraan mungkin susah untuk dijalankan. 

Walau bagaimanapun, di negara barat, kolam renang persendirian sudah menjadi trend berkat teknologi pembinaan kolam yang canggih, peningkatan kesedaran tentang kebersihan diri dan sifat mereka yang mementingkan kualiti hidup.

Lagi-lagilah semenjak kita dilanda pandemik COVID-19, warga barat semakin didorong untuk membina kolam renang peribadi di rumah sendiri.

“Dengan pembinaan kolam dan teknologi sanitasi yang telah ditambah baik, memiliki kolam peribadi di rumah untuk berenang dengan selamat bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicapai di Malaysia. 

“Walaupun secara amnya. ramai yang masih mempercayai bahawa sukar dan mahal untuk membina kolam renang di rumah, namun dengan perancangan dan peralatan yang betul, pemilik rumah mampu membina kolam renang impian mereka mengikut bajet,” ujar Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco, Koo Zao Cheong.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh pemilik rumah yang ingin membina kolam renang impian tanpa melibatkan perbelanjaan yang terlalu besar!

 

1. Keadaan tapak pembinaan adalah faktor utama yang akan menentukan kos

Langkah pertama untuk membina kolam renang peribadi adalah dengan menilai keadaan tapak pembinaan untuk menentukan saiz, bentuk dan jenis kolam renang yang sesuai untuk rumah anda. 

Anda mungkin perlu menjalankan ujian tanah untuk memahami keadaan tanah dan kestabilan untuk menentukan kesesuaian lokasi dan jenis kolam renang. 

Kawasan rata yang bertanah halus merupakan tapak yang ideal untuk pemasangan kolam kerana ia memerlukan kerja asas dan landskap yang minimum. 

Sebaliknya, tanah cerun yang curam dengan tanah berbatu atau lembut akan memerlukan landskap tambahan yang akan menyebabkan kos lebih tinggi. Keadaan tapak dan kestabilan tanah akan menentukan jenis dan kos kolam renang.

 

2. Tentukan jenis dan saiz kolam renang berdasarkan keadaan tapak pembinaan

Setelah selesainya penilaian dan pemilihan tapak pembinaan, pemilik rumah boleh menentukan jenis dan saiz kolam renang pilihan mereka. 

Keadaan dan kestabilan tanah akan menentukan lokasi kolam renang, sama ada ia perlu berada di dalam atau luar rumah, di atas tanah atau di dalam tanah. 

Secara amnya, kolam dalam tanah adalah lebih mahal berbanding dengan kolam atas tanah kerana banyak masa diperlukan untuk menggali dan mengalih tanah sebelum pembinaan kolam boleh dimulakan. 

Begitu juga dengan saiz kolam, semakin besar kolam, semakin tinggi kos yang akan dikenakan. Kolam yang kecil juga boleh dijadikan pilihan untuk rumah yang tidak mempunyai banyak ruang.

 

 3. Pemilihan bahan dan ciri tambahan

Bahan pembinaan yang digunakan untuk kolam idaman  juga merupakan salah satu perkara utama yang perlu dipertimbangkan untuk mengawal bajet sambil mengekalkan estetika dan juga untuk memastikan proses penyelenggaraan yang minimum untuk jangka panjang. 

Bergantung pada keadaan tapak pembinaan dan jenis kolam, pemilik rumah boleh memilih bahan yang sesuai untuk pembinaan kolam yang tidak memerlukan penyelenggaraan yang rumit. 

Beberapa bahan yang paling popular untuk pembinaan kolam termasuk konkrit dan gentian kaca. 

Kolam konkrit merupakan pilihan yang paling kuat dan paling tahan lama tetapi masa yang diperlukan untuk membinanya mungkin lebih lama kerana ia dibina di tapak pembinaan itu sendiri dan kelengkapannya bergantung pada keadaan cuaca.

Sebaliknya, kolam gentian kaca adalah pra-acuan dan oleh itu, ia lebih cepat untuk dipasang. Jika anda ingin meningkatkan estetika atau ciri tambahan untuk berenang dengan lebih santai, anda boleh memasang lampu kolam renang dan ciri tambahan seperti sistem pemanasan kolam.

 

4. Sistem penyelenggaraan dan sanitasi

Sistem peredaran dan sanitasi yang berkualiti adalah penting untuk memastikan kolam di dalam atau di luar rumah kekal bersih dan jernih untuk kita berenang dengan selamat.

Jenis sistem penapisan dan sanitasi akan mempengaruhi kos pemasangan dan penyelenggaraan kolam renang dalam jangka masa panjang. 

Pemilik rumah perlu memastikan sistem penapisan air yang dipilih telah terbukti dan diuji secara menyeluruh sebagai jimat tenaga dan selamat, seperti sistem penapisan air daripada Waterco Malaysia yang dikenali untuk daya ketahanannya dan penjimatan tenaga. 

“Memilih sistem penapisan dan sanitasi kolam yang cekap tenaga dan kos efektif dapat mencegah pertumbuhan bakteria dan kuman berbahaya di dalam kolam. 

“Selain itu, pemilik rumah juga harus memberi perhatian pada tahap klorin yang digunakan untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini pada kulit dan pada masa yang sama, tahap klorin tersebut cukup untuk mengekalkan kebersihan dan keselamatan air.”

“Inilah sebab mengapa anda perlu memilih sistem penapisan yang canggih dan cekap. Walaupun pemasangan sistem ini memerlukan perbelanjaan awal, namun ia akan menjimatkan masa dan wang bagi proses penyelenggaraan kolam dalam jangka masa panjang,” jelas Koo.

Sistem penapisan dan sanitasi yang cekap dapat memastikan persekitaran air yang bersih dan selamat sambil mengurangkan proses penyelenggaraan masa hadapan.

Pembinaan atau pemasangan kolam renang peribadi di rumah bukanlah sesuatu yang mustahil! Dengan perancangan dan pemahaman yang betul mengenai jenis dan ciri-ciri kolam renang yang anda perlukan, pembinaan kolam renang boleh dilakukan. 

Pastikan anda lantik perunding atau pembina kolam renang profesional untuk memastikan pembinaan kolam yang selamat dan tahan lama. - Getaran, 7 Mei 2022

Gambar: Unsplash / Waterco

Isu Pada

Sharifah Amani – Anak-Anak Kita, Masa Hadapan Kita

07 May 2022

Sorotan

1

Peningkatan HFMD Dijangka Susulan Sambutan Hari Raya - KP Kesihatan

2

Bekas Pengetua Dilepas Dan Dibebas Tuduhan Amang Seksual

3

Demi Jayakan Babak Aksi, Marsha Tak Kisah Lebam Badan 

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

Mewah dan Meriah di Nusa Dua, Bali

oleh Shah Shamshiri

TARA 1 hari yang lalu

5 Langkah Perlu Ambil Jika Kereta Rosak Di Atas Jalan Raya

Kerosakan kereta di atas jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan lazimnya ia di luar jangkaan. Ketahui langkah yang perlu diambil jika kereta anda rosa...

oleh Izwan Ramlan