web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenapa Slot Drama Ramadan Diisi Kisah Kecurangan Dan Tidak Bermoral?

Keterujaan menyaksikan drama-drama bertemakan bulan Ramadan pada tahun ini 'dirampas' oleh drama-drama bertemakan kecurangan dan pengisian kurang bermoral. Mengapa ini terjadi?

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 9:48AM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan, drama yang bertemakan kecurangan dan konflik rumah tangga sering menjadi kegemaran ramai dan mendapat rating tinggi. Maka berpusu-pusulah stesen televisyen dan penerbit menghasilkan drama dengan tema ini demi mengejar rating.

Ramadan menjengah seluruh umat Islam pada awal April lalu. Maka stesen televisyen juga giat mempromosikan program yang telah disusun sepanjang bulan mulia ini. 

Sayangnya, kebanyakan stesen televisyen di Malaysia tidak menyelitkan drama bertemakan Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Landskap drama bertemakan Ramadan yang sering disiarkan sewaktu bulan mulia ini telah berubah.

Daripada pemerhatian penulis, slot drama Ramadan tahun ini telah diisi dengan drama yang bertemakan kecurangan serta memaparkan kisah tidak bermoral.

Babak pengajaran mungkin disajikan kepada penonton pada penghujung cerita. Selebihnya drama-drama yang disiarkan ini banyak memaparkan adegan panas, dialog kasar serta keganasan rumah tangga. 

Dalam setahun, kita cuma mempunyai satu bulan sahaja untuk meraikan Ramadan. Mengapa tidak ia diisi dengan program dan drama yang sesuai dengan bulan penuh ibadah ini?

Nampaknya kuota untuk drama bertemakan Ramadan ini telah dirampas dan diganti pula dengan drama yang banyak memaparkan babak-babak tidak bermoral seperti berzina dengan suami orang dan sebagainya.

Antara drama yang hangat diperkatakan warganet tempatan
Antara drama yang hangat diperkatakan warganet tempatan

Lebih menyedihkan, kebanyakan drama ini ditayangkan pada waktu perdana yang menjadi tatapan setiap lapisan masyarakat. 

Penulis ada terbaca rungutan netizen di laman sosial rasmi sebuah stesen televisyen yang kecewa kerana tema drama yang dipaparkan dikatakan mampu memberikan pengaruh buruk kepada penonton.

Tangkapan layar media sosial
Tangkapan layar media sosial

Jika mahu mengatakan bahawa drama-drama bertemakan Ramadan ini tidak mendapat rating yang tinggi, itu adalah satu pembohongan sangat dahsyat. Buktinya drama-drama bertemakan Ramadan yang pernah menghiasi kaca televisyen satu ketika dahulu pernah menjadi bualan ramai sehingga mencetuskan fenomena.

Penulis sempat bertemu dengan pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang sangat sinonim dengan karya-karya bertemakan Ramadan seperti 'Ramadan Terakhir', 'Seputih Qaseh Ramadan', 'Ramadan Yang Hilang', '7 Ramadan' dan banyak lagi. 

Tahun ini tiada drama bertemakan Ramadan yang diterbitkan oleh syarikat Radius One seperti kebiasaan. Dua karya terbitan mereka berkisarkan kecurangan dan satu lagi tentang dunia ‘scammer’ sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen.

Shahrulezad Mohameddin
Shahrulezad Mohameddin

“Kalau tanya dengan saya, saya sendiri sudah muak dengan isu kecurangan. Tetapi itu kehendak stesen TV. Disebabkan itulah saya tidak arahkan drama-drama terbaharu ini. Saya serahkan kepada pengarah lain.

“Jadi jangan tanya saya kenapa saya buat benda yang sama (drama bertemakan kecurangan) kerana penonton yang mahukan itu.

“Saya sendiri tak tengok drama saya sebab saya dah muak. Tetapi kalau dah itu yang penonton mahukan, saya terpaksa akur kerana saya merupakan penerbit yang buat business dalam bidang ini,” katanya. 

Kenyataan Shahrulezad itu menunjukkan bahawa kuasa untuk menentukan drama bergenre apa yang sesuai dihidangkan kepada penonton bukan terletak seratus peratus di tangan penerbit.

Seperti katanya, sebagai seorang yang menjalankan perniagaan dalam bidang penerbitan, mereka harus akur dengan kehendak stesen televisyen. 

Apabila ditanya kepada pihak stesen televisyen, alasannya akan berbalik kepada penonton yang dikatakan menggilai drama bertemakan kecurangan sehingga rating melambung tinggi.

Tinjauan penulis di ruangan maya media sosial juga mendapati ramai netizen yang meluahkan perasaan amarah mereka dengan watak-watak antagonis dalam drama yang sedang hangat ditayangkan.

Adakah emosi negatif ini yang mahu dicungkil daripada para penonton di Malaysia sepanjang bulan Ramadan? 

Jangan salahkan penonton setiap kali mahu memberi alasan kenapa drama seperti itu diterbitkan, penonton juga tiada pilihan kerana itu sahaja genre yang disediakan pihak stesen televisyen. 

Semoga tahun hadapan kita dapat lihat kembali drama-drama yang bertemakan Ramadan menghiasi slot-slot utama stesen televisyen tempatan. - Getaran, 24 April 2022

Gambar : Instagram Dan Tangkap Layar Sedutan Drama 

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh