web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2022 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

My Fat Arse And I (Mubi)

Seorang gadis merasa panik apabila seluar yang biasa dipakainya mula sendat. Sejak itu, dia bertekad untuk terus mengamalkan pemakanan yang sihat. Senario yang kelihatan lazim, namun besar kesan psikologinya terhadap kesihatan mental. 

Filem animasi pendek yang tercalon di beberapa festival filem antarabangsa berdurasi 10 minit ini memaparkan sudut pandang sebenar yang melucukan dan di luar jangka tentang betapa pentingnya imej fizikal seseorang.

Lebih menarik lagi, sutradara Yelyzaveta Pysmak bijak bermain dengan unsur fantasi dan komedi bagi mengupas masalah dismorfia (gangguan mental akibat rasa cemas melampau dengan penampilan fizikal), anorexia termasuk saiz punggung yang ideal.

Paling menghiburkan semestinya setiap kali My Fat Arse And I berdas-das menyindir anggota masyarakat dan persepsi mereka.

Bila gemuk, kita dituduh kuat makan, bila kurus kita dikatakan sakit. Tepuk dada tanya selera. Jadi apa kata kita saksikan sendiri My Fat Arse And I hanya di Mubi, mulai 6 April 2022. - Suzan Ahmad

 

'Bates Motel' (Amazon Prime)

'Bates Motel' merupakan sebuah siri televisyen lima musim yang sesuai buat para penggemar genre seram psikologi.

Siri seram psikologi ini menggandingkan pelakon Freddie Highmore, Vera Farmiga, Max Thieriot, Olivia Cooke dan Nestor Carbonell. Menariknya, plot cerita ini diinspirasikan daripada filem ikonik Psycho dan mengisahkan tentang kehidupan sebenar beberapa watak utama filem ini. 

Selepas bapanya meninggal, Norman Bates dan ibunya telah membuka sebuah motel bagi memulakan kehidupan baharu.

Namun, keadaan mental Norman yang tidak menentu telah mendorong mereka untuk melakukan pembunuhan terhadap sesiapa sahaja yang menjejak kaki di motel tersebut. Akibat terlalu menyayangi anaknya, ibunya tidak mengakui bahawa Norman seorang psiko walaupun sudah ramai menjadi mangsa korbannya.

Jika anda tertanya bagaimana Norman Bates boleh menjadi seorang pembunuh psiko terkenal, maka tontonlah filem ini untuk mengetahui ceritanya secara lebih mendalam. - Oleh Sara Mack Lubis

 

Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas (Netflix)

Biarpun baru ditayangkan di Netflix bermula bulan ini, namun filem Indonesia arahan Edwin sebenarnya sudah memenangi anugerah terkemuka seperti Festival Filem Locarno, Switzerland.

Ia juga merupakan sebuah karya novel popular Eka Kurniawan yang berlatarkan zaman 80-an. Boleh dikatakan filem ini menawarkan sebuah jalan cerita yang sangat menarik menceritakan tentang kaki gaduh terkenal Ajo Kawir yang digeruni masyarakat. 

Namun, rupanya-rupanya Ajo Kawir mempunyai masalah di mana organ kemaluannya tidak berfungsi. Seringkali kejantanan lelaki diukur melalui fungsi kemaluan. Jika seorang lelaki mempunyai masalah demikian, adakah ia menjadikannya kurang lelaki? 

Bukan itu sahaja, dia juga jatuh hati dengan seorang perempuan yang mempunyai masalah trauma masa lalu dan tidak boleh menahan nafsunya. Ada banyak kritikan yang diutarakan dalam filem ini. Jika anda ingin menonton cerita penuh aksi, percintaan dan dendam. Inilah filemnya! - Wafa Aula

 

Lagi Lagi Senario (Netflix)

Filem komedi Lagi-Lagi Senario merupakan filem ketiga kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu. Malah filem ini telah berjaya mencecah jualan tiket melebihi RM6 juta sekali gus memecahkan rekod filem Sembilu 2.

Filem ini sangat sesuai ditonton ketika bulan Ramadan kerana ada situasi sewaktu bulan Ramadan. Kisahnya berkisarkan tentang dua orang peniaga warung iaitu Azlee dan Mazlan yang bersaing untuk mendapatkan pelanggan.

Mazlan tiba-tiba membuka warung baru di sebelah warung Azlee dan telah mengambil pekerja Azlee iaitu Saiful dan Yassin untuk bekerja dengannya.

Dalam masa yang sama, Wahid yang baru memohon kerja di warung Azlee akibat dibuang kerja telah belajar cara-cara untuk menebar roti canai terbang.

Mampukah Azlee mendapatkan kembali pelanggan-pelanggannya yang telah 'dicuri' oleh Mazlan? Jangan lupa saksikan filem yang pasti membuatkan anda tidak kering gusi ini. - Helmi Anuar

 

Rabun (Netflix)

Sebelum Sepet ada Rabun. Kisah hangat kasih sayang sepasang warga emas dan anak mereka arahan Yasmin Ahmad ini akan membuatkan anda menangis, ketawa dan mungkin rindukan ibu bapa. 

Allahyarham Yasmin pernah berkata bahawa filem ini adalah seperti surat cintanya kepada kedua-dua orang tuanya. Watak Pak Atan (M. Rajoli) dan Mak Inom (Kartina Aziz) ditulis persis seperti mereka dan hubungan kasih sayang mereka. 

Dalam Rabun, Pak Atan dan Mak Inom berpindah ke kampung untuk lari daripada hidup kota yang sibuk dan ‘kotor’. Namun, di kampung, tidak semuanya indah apabila mereka ditipu oleh seorang saudara. 

Filem yang ditayangkan pada tahun 2003 ini sempat menjadi buah mulut gara-gara babak mandi Pak Atan dan Mak Inom. Jika anda menonton filem ini sepenuhnya, anda akan sedari bahawa ini adalah antara babak yang cukup ‘touching’ dan halus dalam filem ini. Kehalusan yang hanya mampu dipaparkan oleh seorang Yasmin Ahmad. 

Jika anda rindukan karya arahan Allahyarham, tontonlah Rabun. - Ili Farhana - Getaran, 16 April 2022

Isu Pada

Evolusi Pendidikan Islam

16 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh