Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dunia Seni Zulhairul Ikram

Ikuti temu bual bersama Zulhairul Ikram tentang seninya dan keperluan mengekspresikan suara yang terperangkap dalam fikirannya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 9:30AM

Zulhairul Ikram di Pameran Seni Mahakarya: Seni, Persepsi dan Ekspresi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam dunia yang sering dibanjiri dengan masalah, seni menjadi satu eskapisme yang mampu memberi ketenangan dan mewarnai kehidupan kita.

Beberapa minggu lalu, saya berpeluang menghadiri sebuah pameran seni yang mengetengahkan isu berkaitan kesihatan mental. Di situ saya bertemu dengan seorang artis muda bernama Zulhairul Ikram.

Berkongsi cerita di sebalik karyanya, Zulhairul berkata bahawa pandemik ini banyak mengajarnya untuk lebih terbuka memahami kondisi mental orang-orang di sekelilingnya. Sesuatu yang mungkin kita juga belajar sepanjang pandemik ini.

Pameran Seni Mahakarya: Seni, Persepsi dan Ekspresi
Pameran Seni Mahakarya: Seni, Persepsi dan Ekspresi

“Dengan pelaksanaan PKP, ramai berasa sesak dan tersepit memikirkan tentang masa depan. Lebih-lebih lagi bila kita berada dalam  isolasi yang membuat kita bersendirian. Ini menjadi salah satu sebab yang menyumbang pada peningkatan kes kemurungan dan bunuh diri. 

“Saya melihat seni sebagai satu terapi minda dan medium untuk meluahkan isi hati yang terbuku. Jika kita terus memendamkan sesuatu perasaan, ia akan terus berlonggok. Lama-kelamaan ia bakal memakan diri dan memusnahkan mental kita. 

“Ya, sampai bila kita boleh bertahan? Kita semua manusia dan kita perlu tahu bahawa ‘it is okay not to be okay’. Karya ini diinspirasikan oleh  pengalaman sahabat saya sendiri yang terpaksa memerangi penyakit mentalnya. Jika anda lihat ada perkataan yang ditulis pada lukisan ini, ia merujuk kepada suara-suara yang ada dalam kepalanya,” jelasnya.

Pameran Seni Mahakarya: Seni, Persepsi dan Ekspresi
Pameran Seni Mahakarya: Seni, Persepsi dan Ekspresi

Sejujurnya, kata-katanya itu telah memberi kesan yang mendalam pada diri saya. Jadi, sebagai penutup tirai kerjaya sebagai seorang penulis di Getaran, saya menghubungi Zulhairul untuk berbual lebih lanjut mengenai karya seninya. 

Gemar menghasilkan seni berdasarkan isu-isu berat, Zulhairul berkongsi bahawa kulit depan TARA minggu ini memegang mesej yang sangat sentimental pada dirinya.

“‘Mural of Stranger's Confession’ ini memaparkan kompilasi ayat-ayat sedih daripada surat yang dibakar dalam lukisan. Saya tidak tahu surat siapa tapi ia banyak menceritakan tentang rasa sesal. 

“Sebagai seorang manusia, kita memang tak akan terlepas daripada membuat kesilapan. Justeru itu, kita perlu belajar daripada kesalahan tersebut untuk menjadi lebih baik. Bagi menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba, saya memilih karya seni ini kerana ia berbincang tentang penyesalan dan taubat. 

“Saya melihat bulan Ramadan sebagai butang ‘reset’ di mana kita diajak untuk meninggalkan segala keburukan dan memperbaiki amalan kita. Keistimewaannya juga, ia mendorong kita untuk melakukan lebih banyak perkara baik, bahkan lebih daripada yang sering dilakukan,” ceritanya.

'Expectations', karya Zulhairul Ikram
'Expectations', karya Zulhairul Ikram

 

Seni dan Rahsianya

Bagi Zulhairul, seni dapat menceritakan sesuatu tanpa membongkarkan mesej di sebaliknya secara terbuka dan menyeluruh. Disebabkan kita semua mempunyai fikiran yang berbeza, jadi sudah tentu perspektif terhadap seni akan berlainan juga.

“Menariknya tentang seni ini ia tidak ada interpretasi yang tepat, malah sangat luas. Terutamanya dalam seni abstrak, ada mesej yang kita dapat lihat dan ada juga yang sangat terperinci di mana hanya artis itu sahaja yang tahu. The Art speaks for itself.

“Bukan semua berani dan selesa untuk menyuarakan perasaan mereka kepada publik. Jadi, para penonton dialu-alukan untuk membuat interpretasi yang paling sesuai dengan situasi mereka.

"Itulah magis seni. Ia memberi kita ruang untuk kita berhubung bersama melalui satu visual,” katanya.

Menurutnya juga terdapat tiga jenis seni digital yang suka dieksperimentasi olehnya dalam menghasilkan sesuatu karya iaitu, seni digital tulen, fotografi dan gabungan kedua-kedua kaedah ini. 

“Menarik untuk kita lihat bagaimana kedua-dua kaedah ini membolehkan kita bereksperimentasi dalam berkarya. Bahkan, seringkali juga gambar yang digunakan menghasilkan sesuatu yang sangat berbeza.”

“Oleh itu saya suka menggabungkan kedua-dua kaedah ini kerana lebih cenderung kepada seni yang bersifat ekspresif.

"Walaupun penonton tak dapat memahami mesej di sebaliknya secara menyeluruh tapi mereka dapat merasakan apa yang ingin saya sampaikan lewat gambar ini. Perasaan misteri itu membuatkannya lebih menarik,” tambahnya lagi. 

 

Medium Berkomunikasi 

Melalui medium seni, Zulhairul dapat mengungkapkan emosinya yang kadangkala sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata. Menurutnya, setiap corak atau garisan membawa makna yang lain dan mencerminkan sesuatu yang mengganggunya selama ini.

“Bagi saya, seni mempunyai nilai signifikan untuk menjadi medium dalam meningkatkan kebolehan berkomunikasi. Saya seorang yang agak pendiam dan susah untuk berbual tentang banyak benda. 

“Jadi dengan seni digital ini, saya dapat mengenal pasti perasaan dan mengawal emosi sekali gus meluahkan perasaan yang melukakan saya dengan cara yang lebih baik.

“Dalam erti kata lain, kebanyakan seni saya adalah respons terhadap sebuah kejadian dalam hidup saya. Jadi temanya agak fleksibel dan bergantung pada apa yang saya ingin luahkan pada saat itu. 

“Boleh dikatakan hampir semua adalah berdasarkan emosi dan keadaan fikiran. Bagi saya, ia seakan-akan cerita secara visual yang mengajar orang ramai untuk berfikir secara kritikal dan menyedari perlakuan mereka. 

Meskipun, banyak karyanya mempunyai mesej yang personal, namun hasil seni kegemaran tetap merupakan sesuatu yang tidak memerlukan banyak pemikiran ketika menghasilkannya.

'Stupid Portraiture', karya Zulhairul Ikram
'Stupid Portraiture', karya Zulhairul Ikram
'Bubbbbb', karya Zulhairul Ikram
'Bubbbbb', karya Zulhairul Ikram

“‘Stupid Portraiture’ bertentangan dengan tema norma saya iaitu emosi atau keadaan fikiran kerana ia lebih kepada ekspresi ketiadaan atau ‘nothingness’. Ia terhasil apabila saya melukis garis secara spontan dan rawak yang kemudiannya dilihat seolah-olah seperti muka orang. 

“Saya menambah warna dan meletakanya dalam bentuk kolaj untuk memberi penghormatan kepada Andy Warhol, artis terkenal ikonik Pop Art. Dialah salah satu artis yang saya pandang tinggi kerana telah memberi impak besar dalam industri seni. Karya seninya berjudul "The Marilyn Diptych", juga menjadi sumber inspirasi kerja seni ini,” ujarnya.

 

NFT 

Bila kita berbual tentang seni digital, tak hairanlah jika topik mengenai Non Fungible Token (NFT) pasti akan timbul. Mesti ramai yang sudah terdedah dengan perkataan itu, lebih-lebih lagi bila ia sering menjadi topik perdebatan di internet. 

Walaupun sudah dilancarkan beberapa tahun yang lalu, medium jual beli ini semakin rancak dalam kalangan komuniti seni. 

“NFT adalah topik yang sangat kontroversial. Ada orang percaya dan ada yang tidak. Pada saya, kedua-kedua-dua pihak mempunyai pandangan yang kukuh untuk menyokong perspektif masing-masing.

“Namun, bagi saya platform ini telah membina sebuah ekosistem atau komuniti yang menghubungkan para seniman dan peminat seni dalam satu bumbung. Ia berfungsi seakan satu roda besar yang memanfaatkan kedua-dua pihak ini.

"Pertama sekali, peminat seni boleh menjadi sebahagian projek seni tersebut dengan pelabuhan yang dibuat. Kedua, pelabuhan dapat menjana pendapatan buat para seniman untuk terus berkarya dan menghasilkan karya-karya seni mereka.

“NFT tidak memiliki nilai yang sama kerana setiap aset unik dan tidak dapat ditukar. Itulah keunikan yang membuatkan NFT berbeza dengan cryptocurrency,”.

Jika anda berminat untuk melihat hasil kerja Zulhairul Ikram dan mengetahui berita terkini, anda boleh menghubunginya di Instagram.

'Faced', karya Zulhairul Ikram
'Faced', karya Zulhairul Ikram

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Editor Gaya Hidup & Hiburan: Shah Shamshiri

Teks & Penyelaras : Sara Mack Lubis

Suntingan Teks: Ili Farhana

Gambar dan karya seni : Zulhairul Ikram

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi : Gombak, Kuala Lumpur

Isu Pada

Dunia Seni Zulhairul Ikram

02 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 5 bulan yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Golongan Selebriti Bijak Gunakan Platform Media Sosial, Jentik Hati Rakyat Malaysia

4

Semasa 6 bulan yang lalu

KKM Bakal Wujudkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak, Remaja - Menteri

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini