Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Manfaat Avokado Untuk Kesihatan Kulit

Avokado mempunyai senarai khasiat yang mengagumkan untuk kesihatan kulit. Jom semak cara menggunakan buah serba boleh ini untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 9:07AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Avokado, buah yang sering dijadikan pilihan mereka yang sedang berdiet. Cukup lazat apabila dimakan dengan sekeping roti bakar yang hangat.

Biarpun ada yang kurang menggemari rasanya, namun hakikatnya avokado mempunyai senarai khasiat yang mengagumkan untuk kesihatan kulit. Ini kerana kandungan nutrisinya yang tinggi dengan lemak sihat, vitamin dan mineral. 

Kali ini, kita akan melihat dengan lebih dekat bagaimana avokado boleh memberi manfaat kepada kulit anda, serta cara menggunakan buah serba boleh ini untuk kulit yang lebih sihat dan berseri.

Jangan tak tahu, buah ini bukan sahaja tinggi dengan kandungan lemak sihat, tetapi ia juga merupakan sumber vitamin E dan C yang sangat baik. Kedua-dua vitamin ini memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kecergasan kulit anda.

Selain itu, avokado juga kaya dengan antioksidan seperti karotenoid, flavonoid dan asid lemak tak tepu yang baik untuk kulit. Jom semak manfaat avokado kepada kesihatan dan kecantikan kulit.

 

1. Mencegah kerosakan kulit

Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2011, keputusan menunjukkan bahawa avokado mengandungi sebatian yang boleh membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan matahari dan radang.

Seperti yang anda tahu, sinaran ultraviolet (UV) pada kulit boleh menyebabkan kedutan serta tanda-tanda penuaan lain dan kanser kulit.

Selain itu, kajian juga telah menunjukkan bahawa kedua-dua vitamin C dan vitamin E yang terdapat dalam avokado memainkan peranan penting dalam membantu melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh matahari dan faktor persekitaran yang lain.

 

2. Meningkatkan keanjalan kulit

Dalam satu kajian yang dimuatkan di dalam Jurnal Pemakanan British pada 2010 mendapati terdapat hubungan antara keadaan kulit dan pengambilan lemak dan mikronutrien antioksidan. Kajian ini melibatkan lebih 700 orang wanita.

Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa pengambilan lemak yang tinggi - terutamanya lemak tak tepu tunggal yang sihat, seperti lemak yang terdapat dalam avokado membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan.

 

3. Meminimumkan penampilan jerawat

Jika anda mempunyai kulit yang sering berjerawat, Ketua Pegawai Saintifik Dakota Biotech, Maya Ivanjesku memberitahu, membersihkan muka anda dengan minyak avokado boleh membantu anda mengurangkan jerawat. Ini kerana kandungan minyak avokado bersifat antimikrob.

Beliau juga menegaskan bahawa menggunakan minyak avokado sebagai pembersih boleh membantu kulit anda berasa lebih anjal dan lembap.

 

4. Menghaluskan dan melembapkan kulit  

Nutrisi yang terkandung di dalam pupur avokado sangat banyak dan salah satunya adalah steroline yang diketahui dapat menghaluskan dan melembapkan kulit wajah.

Selain itu, kandungan vitamin E dalam avokado juga dapat melembapkan kulit, sekali gus meningkatkan produksi kolagen. 

Jadi bagaimana menggunakan avokado pada kulit anda? Mudah sahaja, anda boleh mengupasnya, hancurkan dan sapukan isinya pada kulit anda. Selain itu, anda juga boleh menggunakan minyak avokado yang boleh didapati di kebanyakan stor penjagaan diri.

 

Rangkaian produk avokado daripada The Body Shop Malaysia

Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan dan meyakinkan, apa kata dapatkan rangkaian avokado yang dilancarkan oleh The Body Shop Malaysia baru-baru ini.

Rangkaian avokado terbaharu ini terdiri daripada empat produk iaitu body butter, losyen badan, krim mandian, dan salap tangan.

Mereka yang berkulit kering pasti akan jatuh hati dengan rangkaian vegan yang membawa pelbagai kebaikan ini.

Diperbuat daripada minyak buah avokado yang ditanam secara lestari di Afrika Selatan, rangkaian 'Avocado' ini hadir dalam tiga jenis tekstur inovatif yang mampu membuat kulit dan badan – serta jiwa – rasa dibelai dan dimanja. 

Diperbuat daripada sekurang-kurangnya 94% bahan semula jadi, produk rangkaian ini kebanyakannya diperkaya campuran mentega shea yang dihasilkan melalui amalan perdagangan saksama (Community Fair Trade) yang membantu membangunkan komuniti kurang mampu.

Dari segi haruman pula, bau yang terhasil mempunyai nota-nota epal, badam dan sayuran hijau, semestinya haruman avokado yang dominan, serta nota vanila dan kelapa yang lebih lembut.

 

Tekstur krim lembut, lebih lestari

Telah menjadi amalan The Body Shop sejak dahulu lagi untuk memperkasa komuniti serta mengutamakan alam semula jadi dalam segala aktivitinya. Oleh kerana itu, minyak avokado yang digunakan dalam rangkaian ini datang daripada tumbuhan yang diusahakan secara mampan. 

Contohnya, penggunaan air dikurangkan sementara ekosistem sekitar dipelihara dan diperbaiki.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama The Body Shop menggunakan buah ini dalam produknya, namun kini formulanya telah diperhalusi dan ia lebih baik daripada yang terdahulu.

Jom semak kebaikan satu demi satu rangkaian produk avokado terbaharu ini.

Body Butter, 200ml - RM109

Body Butter dengan tekstur krim ini membantu menghidratkan kulit kering dengan kelembapan ultra selama 96 jam hasil penggunaan bahan mentega shea Community Fair Trade dan minyak kacang Brazil.

Ia merupakan salah satu produk The Body Shop yang paling lestari, dengan bungkusan yang boleh dikitar semula 100% - dari penutup aluminiumnya ke bekas plastic PET yang diperbuat daripada barang plastik terbuang yang dikumpulkan oleh pengutip bahan kitar semula di India.

Krim Mandian, 250ml - RM38

Picit sedikit sahaja krim pekat ini dan ia berubah menjadi buihan yang membersihkan badan sambal melembapkan dan melembutkan kulit. Kulit takkan rasa ketat atau rengsa.

Ia diperbuat daripada mentega shea Community Fair Trade dan didatangkan dalam bungkusan yang boleh dikitar semula.

Botolnya diperbuat daripada 100% bahan dikitar semula, termasuk barangan plastik plastik terbuang yang dikumpulkan oleh pengutip bahan kitar semula di India.

Body Lotion-To-Oil (losyen badan), 200ml - RM75

Formula inovatif ini merupakan losyen yang mencair menjadi tekstur minyak yang lembut bak sutera bila disapu pada kulit. Sapukan seluruh badan untuk kelembapan sehingga 72 jam dengan mentega shea yang dihasilkan melalui program Community Fair Trade kami. 

Hand Balm (salap tangan), 250ml - RM29

Salap tangan ini memang istimewa kerana ia terus bertindak melembutkan, melicinkan dan membelai kulit tangan yang kering sebaik disapu. 

Ia membantu melembapkan tangan, kuku dan kutikel sehingga 96 jam. Diperbuat daripada 96% bahan daripada sumber semula jadi, formulasinya menggunakan mentega koko serta mentega shea Community Fair Trade. 

Dapatkan maklumat lanjut di thebodyshop.com.my. - Getaran, 12 Mac 2022

Gambar : The Body Shop

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 11 bulan yang lalu

Langkah Mudah Untuk Solekan Menawan Di Hari Raya

2

TARA 1 tahun yang lalu

Kombinasi Inti Avocado Bersama Jagung Manis Dalam Italian B.M.T Memberikan Rasa Lemak Dan Segar

3

TARA 1 tahun yang lalu

Ambil 7 Makanan Ini Untuk Awet Muda

4

TARA 1 tahun yang lalu

Jangan Tersalah Pilih Krim Pemutih Wajah

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart