Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hanya Di Tempat Jauh, Kita Belajar Untuk Tumbuh

Kadangkala pengembaraan ke tempat jauh dapat membantu kita mengenali dan memperbaiki diri sendiri.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2021 9:04AM

Gambar: Kelsey Knight, Unsplash

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semuanya bermula dengan dua benda. Pertama, peti televisyen di rumah saya. Kedua, buku-buku yang saya baca sepanjang saya mendewasa. Dua perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya bagaimana agaknya sebuah tempat di daerah yang lain? Adakah warna langit yang saya pandang di kampung saya serupa di tempat lain? Tapi untuk seorang gadis kampung yang ada enam orang adik beradik, mengembara adalah perkara yang langka untuk dibualkan kerana ia melibatkan wang. Seperti kebanyakan orang, berbual tentang tunai, pasar raya dan harga barang selalu menjadi hal-hal yang tidak popular dibincangkan. 

Tapi saya selalu memasang angan-angan ingin melihat betapa luasnya dunia. Saya menampal peta dunia di dinding bilik dan mula menanda tempat mana yang ingin saya pergi suatu hari nanti. Tapi kawan, ajaibnya waktu. Segala apa yang kita hajatkan sebenarnya boleh menjelma dengan cara yang tak pernah kita sangka. Bila wang sudah cukup, saya memulakan kembara. Saya masih ingat saya menangis ketika pertama kali menaiki pesawat kerana terlalu terharu dan gembira. Kadangkala saya mendapat tawaran untuk terbang ke mana-mana negara tanpa mengeluarkan satu sen wang ringgit pun. 

Mengembara, travel atau merantau sebenarnya memiliki falsafah yang luar biasa. Ia tidak hanya sekadar memotret gambar di Instagram. Dalam tradisi Minang contohnya, anak muda digesa keluar dari kampung untuk merantau. Mereka ada pepatah klasik yang berbunyi ka ratau madang di hulu, ba buah ba bungo balun, marantau bujang dahulu, di kampuang baguno balun. Maksudnya, kita belum cukup hidup selagi tidak keluar untuk mengenal rencam dunia. Kemudian kembalilah ke tanah asal kita untuk berbakti sepuasnya.

Saya percaya, setiap tempat yang saya pergi tak kisahlah seberapa dekat atau jauh jaraknya, selalu menyimpan cerita yang tersendiri. Semua itu hanya boleh dirasai sekiranya kita membuka hati dan akal untuk cuba memahami. Destinasi awal saya banyak dipengaruhi oleh penulis buku yang saya baca. Semasa memahami Hamka, saya kembara ke Danau Maninjau pada bulan puasa. Tempat yang melahirkan Hamka begitu hening dan masyarakatnya hidup dengan sederhana. Saya masih ingat perasaan berjalan dalam telekung baru pulang dari solat terawih bersama penduduk kampung. Bekalan elektrik di Danau akan dimatikan beberapa jam selepas solat terawih. Danau bergelap serentak, saya menikmati makan malam di bawah pelita.  

Terpengaruh dengan banyak karya Parsi, saya berkesempatan terbang ke Iran. Tehran, ibu kotanya begitu sesak dan mereka memandu secara berbahaya. Tapi, lain pula keadaannya apabila saya tiba di Shiraz. Semuanya begitu damai dan tertib. Waktu seolah-olah perlahan di Shiraz. Apabila sesuatu tempat itu kaya dengan sejarah, entah kenapa saya selalu didatangi perasaan yang lain. Masjid Nasir al-Mulk yang dibina pada penghujung kurun ke-19 memiliki rahsia itu. Bukan hanya saya, malah banyak pengembara yang bukan beragama Islam turut duduk dan bertafakur dalam masjid itu. Seperti ada sesuatu di dalam masjid itu yang membuat kami terdiam. Kita seolah-olah membiarkan sejarah bercakap kepada kita. 

Berada di tempat asing membawa kita lebih mengenali peribadi. Adakalanya kita tersesat atau bermacam lagi musibah yang menimpa kita semasa kembara. Dalam situasi seperti inilah kita mengasuh diri untuk yakin dan percaya dengan kebolehan kita. Kita perlu  cepat memikirkan penyelesaian. 

Apabila berbual dengan masyarakat di sana, kita juga akan menyedari bahawa kita sebenarnya sudah sangat beruntung. Amin, seorang lelaki yang saya jumpa di Iran memberitahu bahawa buah-buahan dan air sangat mahal. Kalau musim panas, mereka sekeluarga harus jalan kaki untuk ke bilik mandi awam kerana air susah didapati. Bukan itu sahaja, kita juga jadi semakin menghargai perkara yang mungkin selama ini kita persiakan. 

Saya juga sempat ke Ban Soi Pat, sebuah perkampungan minoriti muslim di Thailand. Di kampung itu hanya ada satu sahaja lampu jalan. Mereka terbiasa bergelap. Tapi, bintang di Ban Soi Pat entah kenapa lebih terang dan indah dari mana-mana tempat yang pernah saya kunjungi. 

Bercakap tentang tempat-tempat yang pernah saya jejaki. Sebenarnya negara kita juga tidak kurang menariknya. Dahulu, ada satu peristiwa yang  menyayat hati terjadi di Teluk Intan. Ada seekor anak gajah terjatuh ke landasan dan dilanggar oleh keretapi sehingga menyebabkan kematian. Kejadian itu disaksikan oleh bapa anak gajah itu. Bapa gajah itu begitu sedih atas kematian anaknya dan bertindak  membalas dendam. Keesokan harinya, bapa gajah menunggu keretapi itu sampai dan melanggar landasan keretapi itu. Kecederaan yang teruk itu menyebabkan kematian kepada bapa gajah tersebut. Entah kenapa saya tersentuh mendengar cerita itu. Kasih sayang ialah hadiah istimewa yang ada pada semua makhluk. 

Mustahil untuk saya ceritakan betapa uniknya setiap tempat yang pernah saya jejaki dalam artikel ini. Tapi apa yang pasti, pengalaman mengembara memang selalu menghadiahkan kita pelajaran baru tentang cara kita memandang kehidupan. Setiap cabaran yang kita tempuhi akan menjadi kenangan indah yang buat kita ketawa di kemudian hari. Hanya di tempat asing dan jauh, suara hati kita terdengar lebih jelas dan utuh. Kita berasa ‘pulang’ setiap kali menempuh perjalanan panjang.

Jadi, adakah warna langit yang saya pandang di kampung saya serupa di tempat lain? Semestinya tidak. Kerana kita juga bukan orang sama lagi setiap kali kembara. - Getaran, 31 Januari 2021  

Wafa Awla ialah seorang penulis yang menyukai hujan. Semasa kecil beliau percaya bahawa hujan tercipta kerana ada seseorang sedang menangis di atas awan. Sehinggalah cikgu Sains menyedarkan beliau bahawa ia sekadar angan-angan.

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fasha Sandha Masih Berguru Dengan Fauziah Nawi Biarpun Sudah 20 Tahun Bergelar Pelakon

3

Politik 1 tahun yang lalu

Politik Dominan Dikuasai UMNO Sudah Berakhir, Masanya ‘Buka Hati’ Terima Kerajaan Perpaduan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Banjir: KPT Salur RM2 Juta, Nasihat IPT Terkesan Anjalkan PdP

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah