Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Medley #AJL35 Pilihan Getaran

Sementara menunggu acara Anugerah Juara Lagu malam ini, apa kata kita tonton medley-medley AJL di YouTube.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 10:40AM

Gambar: Tangkapan layar video YouTube Badan Kesenian Tentera Darat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anugerah Juara Lagu (AJL) sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya yang gah telah pun mempelopori dunia hiburan sejak lebih 30 tahun lalu. Malah, setiap kali tibanya anugerah ulung yang mengangkat nama penyanyi, komposer dan pencipta lirik ini, pasti akan tercipta sejarahnya yang tersendiri.

Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang bagi beberapa kategori iaitu Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan semestinya, Juara Lagu.

Malam ini, 12 karya akan berentap untuk menentukan lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai mahakarya agung bagi tahun 2020. 

Namun, dalam gentar dan hanyut dengan perasaan ingin tahu siapakah bakal juara #AJL35 kali ini, halwa telinga kami seakan akan terbuai dengan nyanyian pelbagai variasi Medley #AJL35 yang bertebaran di laman Youtube.

Daripada anda tertanya-tanya adakah MK dan Dato Sri Siti Nurhaliza bakal muncul malam nanti, ada baiknya hiburkan petang Ahad anda dengan medley terbaik pilihan kami.

Medley #AJL35 By The Swingler

Terpaku, terpesona dan kagum. Itu adalah reaksi kami apabila buat pertama kalinya mendengar alunan lagu finalis #AJL35 digubah menjadi versi Broadway.

Apa yang boleh kami katakan, anda pasti akan mendengar medley ini sehingga habis kerana arrangement muziknya yang segar dan bisa membuatkan anda menari tanpa sengaja. Gila! 

AJL35 Medley - Badan Kesenian Tentera Darat

Medley daripada Badan Kesenian Tentera Darat ini telah di muat naik pada 11 Mac lalu, dan sehingga hari ini ia telah mendapat 300,000 tontonan di laman YouTube. 

Apa yang boleh kami katakan, nyanyian abang-abang dan kakak-kakak frontliner ini bisa mencuri perhatian ramai terutama apabila tiba part lagu ‘Aku Bidadari Syurga’ dan ‘Semalam.’ Naik terus level power, serius padu teruk beb!

AJL 35 Medley - Todak Music

Sememangnya pantulan suara bekas peserta Big Stage, Fadh Majid tidak perlu disangkal lagi. Menerusi medley ini, setiap kali jejaka kelahiran negeri Melaka ini mengalunkan lagu, dia seolah-olah berada dalam dunianya yang tersendiri.

Gemersik suara Fadh ditambah dengan kelunakan suara Dina Nasz dan Razak A’ai membuatkan medley ini berada dalam 'kasta' yang tersendiri. Apa yang boleh kami katakan, ia antara medley terbaik pilihan kami.

Pelajar Genine Seni Koir 

Comel! Ini antara medley pilihan kami yang paling tak boleh dilupakan. Siapa sangka aksi cilik menyampaikan lagu-lagu hebat sempena #AJL35 mendapat hampir 250,000 tontonan di laman Youtube TV3.

Berbakat sungguh adik-adik ini, alunan suara yang tidak terlalu ‘mencuba’ memang mampu menangkap halwa telinga pendengar. Paling mencuri perhatian apabila kesemua pelajar menari semasa mendendangkan lagu ‘EH’ nyanyian Zizi Kirana tiba-tiba bertukar attitude apabila mendendangkan lagu ‘Gila’ dari Kaka Azraff.

Pendek kata, sekiranya anda menonton video berdurasi 6 minit 2 saat ini, anda pasti teringat persembahan kanak-kanak dalam filem School of Rock.

AJL35 Medley - Setudio 

Antara medley terbaik dengan alunan suara yang padu. Tak melampau rasanya untuk kami katakan kesemua penyanyi dalam video medley ini mempunyai bakat terpendam.

Rasanya mereka semua dah boleh buat medley lagu-lagu yang pernah dinobatkan sebagai Juara Lagu kot! Yang nyanyi lagu ‘Jangan Khianati Aku’ dari Azlan & The Typewriter ni kenapa mantol sangat suara? Dalam tak sedar kaki, tangan, badan semuanya bergoyang!

Lepas dengar medley yang ini, kami rasa semua lagu layak untuk menjadi juara. Ah, macam mana ni?

Apa pun, jangan lupa untuk menonton #AJL35 malam ini, hanya di TV3. - Getaran, 14 Mac 2021

Isu Pada

Nuansa Baharu Hip Hop

13 Mar 2021

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini