Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Jangan Gadaikan Platform Seni Untuk Si Kapitalis

Memasukkan figura viral tanpa bakat sebenar di pentas penuh berprestij seperti menafikan hak penyanyi yang benar-benar berbakat.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 9:14AM

Gambar: Instagram @dominasibbnu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak dari hujung minggu lalu, industri hiburan negara dikejutkan dengan kemunculan usahawan kontroversi iaitu Ahmad Iqbal yang dipilih menjadi salah seorang peserta program nyanyian popular, Big Stage 2022.

Iqbal, jejaka berasal dari Kelantan berusia 28 tahun telah dipilih menjadi peserta ke-12 yang akan berentap setiap minggu untuk meraih gelaran juara program yang mengangkat bakat-bakat baru dan muda dari seluruh nusantara. 

Menariknya, pembabitan Iqbal di dalam program ini tidak didedahkan sewaktu sidang media yang diadakan pada Januari lalu. 

Hanya pada malam konsert pertama, barulah pihak produksi mendedahkan penyertaannya. 

Tatkala salah seorang peserta Big Stage tahun ini iaitu Tuah Adzmi telah melalui tiga kali sesi uji bakat sebelum betul-betul layak beraksi di pentas berprestij itu, Iqbal pula diberi laluan mudah untuk mempamerkan bakat nyanyiannya hanya berbekalkan jumlah tontotan video yang melebihi 500,000 tontonan di saluran YouTube. 

Selepas membuat persembahan menerusi lagu 'Biarlah Bulan Bicara', juri profesional iaitu Ajai sekadar memberikan lima markah buat Iqbal. Dato’ Seri Siti Nurhaliza pula kelihatan tergamam sehingga tidak pasti untuk memberikan markah atau tidak.

Sementara itu, ‘juri netizen’ iaitu Datuk Seri Vida yang mempunyai sejarah kisah cinta bersama Iqbal dilihat terpegun dan memberi pujian melambung terhadap persembahan buah hatinya itu. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Menurut komen Ajai, jika Iqbal hadir ke sesi uji bakat, dia tidak akan memilih Iqbal sebagai peserta Big Stage 2022. 

Untuk sebuah program hiburan yang ditayangkan di sebuah stesen TV berbayar, adakah bakat yang ditonjolkan Iqbal berbaloi dengan setiap sen yang dilaburkan jutaan pengguna Astro?

Ya juri mempunyai hak untuk menyingkirkan Iqbal jika persembahannya tidak bagus. Tetapi mengapa bazirkan satu slot yang boleh digunakan untuk penyanyi yang benar-benar layak? 

Adakah ini standard bakat Malaysia yang mahu ditonjolkan buat penonton dari negara jiran seperti Indonesia dan Brunei? 

Bak kata Datuk Hattan dalam video yang dimuatnaik di Instagram, persembahan Iqbal pada malam itu diklasifikasikan sebagai level sampah dan memalukan industri negara.

Di mana letaknya maruah industri seni kita?

Sebelum ini, bakat-bakat yang ditonjolkan dalam program Big Stage berjaya menghasilkan penyanyi-penyanyi berkualiti seperti Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Neeta, Azzam Sham dan ramai lagi. 

Namun dengan kontroversi yang sengaja dicipta pada tahun ini, ia telah mencalarkan reputasi program Big Stage yang menjadi idaman setiap bakat baru di negara ini untuk memperlihatkan bakat serta potensi mereka sebagai penyanyi dan penghibur. 

Objektif program Big Stage dilihat tersasar jauh. Adakah bakat-bakat yang sedia ada tidak cukup untuk diangkat dalam sebuah program nyanyian sehingga terpaksa memilih peserta yang kisah kontroversinya lebih hebat diperkatakan berbanding dengan bakat semula jadi yang ada pada dirinya?

Gambar: Instagram Ria X
Gambar: Instagram Ria X

‘Trend’ untuk menyelitkan gimik murahan seperti ini di dalam sebuah program hiburan boleh membunuh industri seni. 

Platform yang disediakan dengan sewenang-wenangnya dijajah oleh penjajah yang lapar perhatian demi sesuap kontroversi. 

Pintu dibuka seluas-luasnya untuk golongan ini memperluaskan kuasa viral mereka biarpun mereka sebenarnya sedang menjajah ruang dan platform yang sepatutnya menjadi medan untuk penghibur sebenar memperjuangkan bakat seni mereka. 

Jika formula seperti ini terus digunapakai oleh pihak produksi program hiburan di Malaysia, makanya ia bakal menjadi barah yang amat parah. 

Selamatkanlah industri hiburan kita yang sebenarnya semakin jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. 

Sampai bila kita mahu menjadi hamba kepada golongan kapitalis yang sentiasa mencari peluang untuk mencipta kontroversi demi untuk melariskan perniagaan mereka sendiri? - Getaran, 13 Februari 2022

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Tular Buat Aksi 'Superman' Ditahan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Teguran Dianggap Tak Kena Tempat, Aisyah Undang Kemarahan Netizen

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Demi Allah SWT Tidak Guna Bahan Terlarang, Tapi Akui Tiada Sijil Halal

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok