Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Proton X50 – Memang Mantap!

Mencari kereta baharu? Proton X50 mungkin menepati citarasa anda dari segi kos dan juga prestasi. Ikuti ulasan lengkap kami mengenai jenama Proton yang terbaharu ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 11:01AM

Gambar: Proton.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saya mendapat peluang untuk memandu uji sebuah kereta compact-SUV Proton terbaharu, X50 varian 1.5 TGDi Flagship, ihsan dari seorang kenalan rapat. Perasaan sangat teruja kerana sebelum ini saya sememangnya mengikuti rapat perkembangan kereta yang diasaskan daripada model Geely Binyue ini.

Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com

Secara umum kita sedia maklum bahawa Proton X50 telah dilancarkan pada penghujung tahun lepas dengan keseluruhannya terdapat empat varian untuk pengguna – 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan varian teratas, 1.5L TGDi Flagship. Enjin(1.5T) yang digunakan sama bagi ketiga-tiga varian terbawah manakala varian 1.5 TGDi Flagship dikuasakan oleh enjin turbocas tiga-silinder petrol yang dibangunkan bersama oleh Volvo dan Geely. Kuasa enjin ini adalah sebanyak 177 PS dan 255 Nm tork dari 1,500 hingga 4,000 rpm. Semua varian X50 digandingkan dengan transmisi DCT tujuh-kelajuan.

Saya berasa sangat bertuah kerana dapat memandu uji varian yang teratas ini kerana di atas kertas, kuasa yang dijanakan sangatlah hebat. Berikut adalah hasil pandu uji:

Prestasi & Pemanduan

Amat mengujakan! Bagi saya sendiri, jentera ini sangat berkuasa. Daya pecutan yang dimiliki amat memberangsangkan. Ia seperti memandu sebuah kereta buatan Eropah atau jenama Jepun. Pecutan dari 0 hingga 100km/j di bawah 8 saat adalah sesuatu yang menarik untuk kenderaan jenis compact-SUV ini. Saya sendiri memandu VW Passat B8 1.8 TSI merasakan Proton X50 TGDi Flagship ini mampu memberi saingan yang hebat. Kuasa yang dijana oleh enjin 3 silinder ini mampu memudahkan anda untuk memotong dengan lebih efisyen. Sistem suspensi yang lembut juga membantu meningkatkan prestasi pemanduan. Gabungan suspensi MacPherson Strut (depan) dan Torsion Beam (belakang) memberi kelebihan dalam pemanduan lebih-lebih lagi dengan penggunaan tayar Continental UltraContact UC6 bersaiz 215/55R18. Saya bagaikan terlupa bahawa kereta ini adalah sejenis SUV kerana pemanduannya ala kereta sedan. Keupayaan enjin serta kecekapan suspensi membolehkan saya menikmati prestasi pemanduan yang menakjubkan. Untuk penggunaan petrol pula, saya tidak sempat untuk menguji dengan tepat tetapi ia serendah 6.1 liter/100 km (mengikut risalah yang diberikan). Pada pendapat saya, Proton X50 TGDi Flagship ini adalah yang terbaik dalam kelasnya.

Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com

Keselamatan

Proton X50 TGDi Flagship dilengkapi dengan sistem bantuan untuk pemanduan. Dua perkara yang rasakan penting untuk sistem bantuan pemanduan ini (ADAS) adalah Auto Park Assist (APA) dan Intelligent Cruise Control (ICC). APA hampir sama dengan kebanyakan kereta lain tetapi saya dapat rasakan kemudahan ini lebih peka untuk Proton X50. ICC juga beraksi sama seperti yang terdapat di kereta-kereta lain dengan khidmat bantuan berhenti secara automatik jika jentera dapat mengesan kenderaan lain yang berdekatan di hadapan. Sistem-sistem lain terdapat dalam ADAS ialah Blind Spot Information System, Intelligent High Beam Control, Forward Collision Warning, Autonomous Emergency Braking (mampu mengesan pejalan kaki), Lane Departure Warning dan Lane Keep Assist. Ciri-ciri keselamatan lain yang terdapat juga adalah sangat mencukupi. Enam beg udara, kamera 360 darjah dan sistem pemantauan tekanan tayar sememangnya penting dan berguna. Selain itu, ia dilengkapi dengan sistem penggera & Immobilizer, Stability Control, ISOFIX serta Seatbelt Reminder.

Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com

Kabin

Saya tidak mempunyai masalah untuk duduk dengan selesa di kerusi pemandu walaupun saya seorang yang bersaiz agak besar. Ruang kabin amat selesa dengan balutan kulit pada kerusi serta stereng dan sentuhan futuristik menambahkan kehebatan reka bentuk kabin. Terdapat juga Sunroof, yang biasanya hanya ada pada kereta-kereta mewah. Malah, kerusi kuasa elektrik untuk pemandu melengkapkan lagi nilai kemewahan. Proton X50 TGDi Flagship didatangkan dengan unit infotainment skrin sentuh 10.25-inci serta meter pemanduan LCD. Di bahagian belakang pula, kemudahan seperti Air-Cond Blower dan Charging Port sudah pasti memberikan penumpang pengalaman yang berbeza.

Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com

Reka Bentuk

Ini adalah sesuatu yang subjektif. Tetapi bagi saya, reka bentuk Proton X50 TGDi Flagship sangat maskulin. Ukuran Proton X50 TGDi Flagship ini adalah 4,330 mm panjang, 1,800mm lebar, 1,609 mm tinggi dan 2,600 mm jarak roda. Ruangan but belakang mempunyai keluasan 330 liter, mampu untuk menampung barangan aktiviti luar seperti basikal apabila kerusi dilipat. Cuma jika dibandingkan dengan pesaing lain contohnya Honda HR-V, ia sedikit sempit.

Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com
Gambar: Proton.com

Rumusan

Anda perlu pandu uji sendiri Proton X50 TGDi Flagship untuk memahami apa yang saya maksudkan tentang tahap kualiti, ciri-ciri istimewa dan pengalaman pemanduan yang anda boleh dapat harga yang ditawarkan.

Harga bermula pada RM79,200 atas jalan (tanpa insurans) bagi varian Standard, manakala Executive RM84,800, Premium (RM93,200) dan varian tertinggi Flagship pula bermula RM103,300. Warna-warna yang ditawarkan: White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red. Untuk lebih info, layari https://www.proton.com/ - Getaran, 29 Januari 2021  

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Dah Kenapa Tak Boleh Nak Bersabar Ni?

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Bawak Laju-Laju Ni Nak Cepat Pindah Alam Ke?

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Entah Siapa Yang Salah, Ku Tak Tahu...

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Mewah Terbakar, Pemandu Dan Penumpang Terselamat

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera