web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Juga Berisiko Hidapi Sakit Kaki!

Menjaga kepentingan tapak kaki, berdiri kembali pasca pandemik COVID-19.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Dec 2021 10:37AM

Gambar: Pixabay, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang usia 50 tahun, seseorang manusia telah berjalan atau berlari sejauh 120,701km.

Statistik mendapati 78% rakyat Malaysia pernah mengalami masalah kaki dalam kehidupan mereka. Seorang daripada lima orang itu akan mengalami masalah kaki sakit, kaku atau sengal. 

Di Malaysia, perkara yang sangat membimbangkan ialah peringkat usia mereka yang mengalami permasalahan ini semakin muda. Malah kanak-kanak juga turut berisiko menghidapinya.

Masalah kaki menjadi semakin ketara selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan. Ini kerana ramai yang tidak aktif semasa tempoh ‘berkurung’ yang lama di rumah masing-masing. 

Pembukaan sektor ekonomi dan sosial bermakna kita harus kembali aktif, tetapi adakah tapak kaki kita sudah bersedia?

(Dari Kiri) Dr Edmund bersama jurulatih AFC, Alvin Netto dan atlet badminton, Soniia Cheah
(Dari Kiri) Dr Edmund bersama jurulatih AFC, Alvin Netto dan atlet badminton, Soniia Cheah

Seraya itu, pakar ortotik, Dr. Edmund Lee berkongsi maklumat tentang cara-cara kita boleh ‘berdiri kembali’ selepas PKP, langkah-langkah penyelesaiannya dan petua penjagaan tapak kaki.

Beliau menyentuh tentang masalah kaki yang lazim dalam kalangan dewasa, selain cara mengenal pasti masalah kaki yang sering dialami oleh kanak-kanak di negara ini.

Menurut Dr. Edmund, kaki kita adalah tunggak kekuatan dan struktur seluruh badan, “Apabila kaki anda tidak sihat atau sakit, seluruh badan akan turut merasa tempias dan bebannya.

“Ia mungkin akan menimbulkan implikasi kesihatan yang serius. Tidak ramai yang tahu masalah kaki boleh diatasi jika pengesanan awal dibuat menerusi pemeriksaan kaki yang menyeluruh. 

“Tahukah anda dengan menjalani pemeriksaan kaki dan analisa tahunan, ia boleh mengurangkan masalah kaki sebanyak 80%!” terang Dr Edmund.

Dr. Edmund menambah, orang dengan tapak kaki rata, tapak kaki yang mempunyai lengkungan rendah atau tapak kaki yang tiada lengkungan langsung, sangat berisiko terhadap masalah kaki. 

Lengkungan tapak kaki memberi anjalan dalam setiap langkah dan membantu mengagihkan berat badan pada kaki dan tangan. 

Gejala bagi tapak kaki rata ini ialah kesakitan yang mungkin berlaku akibat ketegangan antara otot dan ligamen penghubung. 

Tapak kaki rata juga boleh menyebabkan agihan berat badan yang tidak seimbang. Keadaan ini boleh menyebabkan kasut menjadi haus secara tidak sekata atau lebih cepat daripada biasa.

Seterusnya, ia mungkin bakal mengundang kecederaan yang tidak diduga.

Menurut NCBI, sakit tapak kaki ialah masalah umum di Malaysia. Terutamanya wanita, satu kajian telah dijalankan untuk menentukan keleluasaan sakit kaki tidak traumatik.

Kajian ini mengkaji faktor yang menjadi punca kesakitan tapak kaki dalam kalangan 400 wanita bekerja di Malaysia. Hasil kajian mendapati 68.4% wanita berkata ia berpunca daripada kasut.

Kini, walaupun generasi muda lebih kerap mengalami masalah tapak kaki, tidak boleh dinafikan warga emas masih mempunyai kemungkinan paling tinggi dalam mengalaminya.

Bertambah parah apabila mereka memiliki penyakit kronik seperti belulang (30%), kematu (15%) dan sebanyak 75% menderita kerana penyakit bunion (bengkak pada sendi ibu jari kaki). 

Sementara itu, sakit tapak kaki dalam kalangan golongan muda pula, lazimnya akibat sakit otot atau tekanan pada tulang. 

Bagi menekankan kepentingan penjagaan kaki yang betul, JennOrtho melancarkan kempen ‘Back On Your Feet’ bagi menangani masalah tapak kaki yang semakin ketara di negara ini. 

Dr. Edmund selaku pengasas bersama JennOrtho turut melancarkan ‘Flat Feet Trust’ yang bernilai RM200,000 untuk rakyat Malaysia yang mengalami masalah kaki. 

Sempena perasmian itu, JennOrtho turut menawarkan khidmat analisa kaki secara percuma kepada semua lapisan masyarakat.

Orang ramai yang tidak begitu maklum tentang status kesihatan kaki dan tapak kaki mereka tidak perlu khuatir kerana JennOrtho memiliki sepasukan perunding dan pakar ortotik terlatih.

Mereka menjalankan terapi ortotik, diagnosis, perkhidmatan pencegahan dan pemulihan.

Di JennOrtho, rangkaian kasut lengkap dengan lapisan ortotik dalaman seperti kasut ortotik preskripsi dan tempahan serta kasut ortotik untuk dewasa dan kanak-kanak turut ditawarkan.

Layari JennOrtho untuk maklumat lanjut. – Getaran, 26 Disember 2021

Semua gambar: JennOrtho

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini