Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Tip Dan Trik Bercuti Pasca Pandemik

2022 sudah makin menghampiri dan Getaran percaya ramai yang sudah mula mengintai kalendar untuk merencana percutian terhebat. Tip dan trik merancang percutian ini untuk anda.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 9:24AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

2021 menyaksikan ramai di antara kita terpaksa membatalkan hasrat bercuti ke destinasi idaman. Virus COVID-19 membuatkan segala yang dirancang tergendala.

Kini 2022 sudah makin menghampiri dan Getaran percaya ramai yang sudah mula mengintai kalendar untuk merencana percutian terhebat. 

Namun perlu diingatkan, aktiviti melancong ketika pasca pandemik tidaklah semudah dahulu. Banyak langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

Bahkan, anda juga harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan negara yang bakal dikunjungi nanti.

Selain itu anda juga harus bersedia dengan wang yang mencukupi kerana malang tidak berbau. Segala kemungkinan boleh berlaku apabila melancong atau mengembara di waktu pandemik.

Bagaimanapun, anda sebenarnya masih boleh menikmati sebuah percutian dengan bajet yang selesa jika bijak membuat perancangan.

Perkara paling asas yang perlu anda buat ialah menyimpan atau menabung dari sekarang. Lebih banyak wang yang anda simpan, lebih hebat destinasi percutian yang boleh dijejaki.  

Selepas punya sejumlah wang, bolehlah mula merancang percutian yang diidamkan.

Ingat! Untuk jimat, anda kena tahu cara yang tepat dan jangan malas buat kajian demi kajian. Segalanya di hujung jari.

Sebagai panduan, anda boleh semak tip dan trik berikut agar percutian bajet anda dapat direalisasikan di 2022.

 

1) Buat kira-kira

Biarpun anda sudah punya sejumlah wang untuk bercuti, anda masih perlu buat kira-kira. Tak kiralah sama ada percutian dalam negara mahupun luar negara. Rancang kewangan dengan teliti.

Buat peruntukan untuk pengangkutan, penginapan, makanan dan membeli-belah

Dengan bajet yang ada, sekurang-kurangnya anda tidak akan berbelanja melebihi kemampuan. Contoh paling mudah, jika bajet untuk hotel hanya RM150 semalam, pastikan anda menempah hotel pada kadar tersebut.

Jangan terlebih, jika terkurang, itu satu bonus.

 

2)  Elakkan perancangan ad hoc 

Mungkin ada di antara anda yang gemar dengan perancangan ad hoc apabila mengembara ke negara lain. Selalunya geng backpacker lakukan ini.

Tunggu dulu, ketika virus COVID-19 masih bermaharajalela ini adalah lebih baik anda buat persediaan awal. Ambil tahu tentang kawasan atau penginapan yang ingin ditempah. 

Adakah ia berada di kawasan jangkitan COVID-19 yang tinggi? Adakah penginapan itu bersih, selamat, dan sering disanitasi. Semua ini anda perlu tahu.

Baca ulasan di dalam talian dan layari laman web yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat. Boleh juga ke laman web rasmi hotel yang ingin ditempah.

 

3) Guna aplikasi travel untuk tawaran lebih nilai

TripAdvisor, Hostelworld, TripSavvy, Traveloka dan Citymapper adalah antara aplikasi travel yang sangat membantu untuk anda merancang percutian yang diidamkan.

Menerusi aplikasi-aplikasi ini anda boleh membuat perbandingan harga tiket pesawat, penginapan, dan aktiviti-aktiviti menarik. 

Paling penting, anda boleh membaca ulasan daripada pengguna aplikasi terbabit. Ini akan memudahkan perjalanan anda kerana terhindar daripada kekeliruan dan kerugian masa, tenaga, dan wang.

 

4) Buat tempahan awal

Sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh perjalanan. Lebih awal anda merancang, lebih banyak penjimatan yang boleh dinikmati.

Jika membuat tempahan hotel, pilih hotel yang mempunyai polisi pembatalannya yang fleksibel. Begitu juga tiket penerbangan, selalunya syarikat penerbangan mengadakan jualan lebih awal untuk tambang murah. 

Bagaimanapun, tiket-tiket yang dibeli pada harga promosi tidak layak mendapat refund jika anda terpaksa membuat pembatalan pada saat-saat akhir. Kecuali atas sebab kesihatan atau isu keselamatan negara seperti Perintah Kawalan Pergerakan.

 

 5) Low season lebih bagus

Sesiapa yang pernah bercuti pada musim panas di negara-negara Eropah misalnya pasti setuju dengan tip ini.

Percutian pada musim puncak (peak season) kadangkala menjengkelkan. Kehadiran ramai pelancong mengundang ketidakselesaan kerana perlu bersesak. 

Percayalah, penjarakan sosial amat payah untuk diamalkan. Jadi, bercutilah pada waktu-waktu yang kurang digemari. Tidak perlu bersesak, tidak perlu bayar lebih untuk tiket pesawat, hotel dan tarikan yang ingin dilawati. 

Jika ada rezeki, dapat menginap di hotel yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus. Memang benar, mungkin cuaca tidak begitu indah, tetapi anda boleh berjimat! Lagipun, setiap musim ada keistimewaan tersendiri.

 

6) Rancang bersama rakan atau ahli keluarga

Jika berkongsi, semua perbelanjaan akan menjadi lebih jimat. Jika berkongsi dengan seorang teman, bilik yang berharga RM200 hanya perlu dibayar RM100 seorang.

Jika berempat, lebih jimat. Begitu juga dengan perbelanjaan lain. Boleh berkongsi tambang teksi, makanan, travel pocket WiFi dan banyak lagi. 

Bagaimanapun, pastikan travel buddy anda itu ‘sekepala’ dan mempunyai minat yang sama. Jika tidak, bimbang percutian idaman bertukar menjadi nightmare

 

7) Tempah hotel yang ada sarapan pagi

Jangan sesekali mulakan hari anda tanpa bersarapan pagi. Jadi, dengan bajet yang ada, cari dan tempahlah hotel yang menyediakan sarapan pagi. Makan sehingga kenyang.

Jika hotel yang didiami tidak menghidangkan makanan halal, pilih buah-buahan, bijirin, dan roti untuk mengisi perut sebelum keluar dari hotel.

Ini untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya untuk makan tengahari dan malam. 

Jika gagal mencari hotel bajet yang menyediakan sarapan pagi percuma, mungkin anda boleh membawa bekalan makanan ringan seperti roti, biskut, mi segera, dan minuman berkhasiat 3 dalam 1.

 

8) Masak sendiri

Seandainya anda lebih gemar menginap di rumah percutian seperti di AirBnB, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menyediakan makanan dengan sendiri. Lebih-lebih lagi jika kawasan terbabit sukar mencari makanan halal. 

Selain itu, mungkin juga ada kekangan wang. Maklumlah, kadar tukaran wang kadangkala membuatkan kita berfikir dua tiga kali untuk menikmati hidangan di sebuah restoran atau kafe.

Jadi, memasak sendiri adalah pilihan yang cukup menjimatkan. 

Tempahlah penginapan yang mempunyai kemudahan memasak seperti homestay atau apartment. Boleh bawa bekalan makanan siap-siap, atau beli sahaja di pasar raya berdekatan.

 

9) Pilih tarikan atau aktiviti percuma

Salah satu aktiviti yang boleh diikuti ialah Free Walking Tour. Aktiviti ini membolehkan anda mengintai pelusuk kota yang selalunya hanya diketahui oleh penduduk setempat.

Aktiviti ini dikendalikan oleh sukarelawan yang akan membawa anda melawat ke beberapa lokasi penting. Biarpun tiada bayaran dikenakan, hulurkanlah sedikit sumbangan sebagai tanda terima kasih. Namun, tiada paksaan. 

Selain itu, anda juga melawat tarikan-tarikan alam semula jadi. Kalau ada pun caj yang dikenakan, selalunya pada harga yang cukup minimal. Selain itu ada juga muzium yang tidak mengenakan sebarang caj. Buat kajian untuk tahu di mana.

 

10) Beli polisi insuran perjalanan

Polisi insuran ini sebenarnya sudah ada negara yang mewajibkannya seperti Thailand.

Jika dulu polisi perlindungan perjalanan ini hanya melindungi pemegang polisi daripada kejadian tidak diingini seperti kehilangan beg, penerbangan dibatalkan atau kemalangan diri, kini sesuai dengan situasi semasa, insuran perjalanan kini ditambah dengan perlindungan wabak COVID-19.

Jadi sekiranya anda disahkan positif, perbelanjaan anda di hospital ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. 

Perlu diingatkan, walaupun negara yang ingin dilawati tidak mewajibkan insurans, jadilah pengembara atau pelancong yang bijak dan berfikiran jauh.

Jangan hanya kerana ingin berjimat, anda mengenepikan polisi insuran ini.  Mengapa polisi ini penting? Ini kerana malang tidak berbau. Setiap saat anda sebenarnya berhadapan dengan risiko kemalangan diri. 

Jika bercuti ke luar negara mahupun dia dalam negara, polisi insuran perjalanan ini sangat penting.

Jika berlaku sebarang kemalangan diri atau anda tiba-tiba jatuh sakit, pihak insurans yang akan menanggung kos perubatan. Jika tiada, semuanya menjadi tanggungjawab anda. Persoalannya, mampukah anda membayar kos perubatan terbabit?

Selamat merancang percutian idaman! Bukan percutian menyeramkan! - Getaran, 26 Disember 2021

Gambar : Unsplash

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini