Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pesona Kyoto Menggamit Memori

Kyoto terkenal dengan warisan budaya dan keindahan alam yang memukau. Ciri-ciri tradisional Jepun masih utuh di kota ini. Katanya kota ini mesti dikunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 6:16PM

Gambar: Soraksak, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika dihitung, sudah hampir tiga tahun penulis tidak menjejak bumi Jepun. Rindu sudah mula bertandang. Alangkah seronoknya dapat menghirup secawan teh hijau hangat selepas selesai berendam di onsen.

Melintasi Shibuya Crossing di Tokyo berkali-kali juga menyeronokkan. Namun, keindahan, ketenangan dan keunikkan budaya kota Kyoto sentiasa menggamit memori.

Sudah tidak sabar rasanya mahu terbang ke kota yang terletak di wilayah Kansai itu. 

Kota yang pernah dinobatkan sebagai kota yang mesti dikunjungi sekali seumur hidup ini memiliki seribu pesona. Kerana itulah ia terlalu istimewa di hati penulis.

Bahkan majalah percutian mewah, Conde Nash Travelers turut mengiktiraf Kyoto sebagai kota nombor dua terbaik di dunia pada tahun 2016.

Jadi, jika Jepun sudah sedia menerima kedatangan pengembara luar bertandang ke negara mereka, rebutlah peluang yang ada untuk mengintai keindahan Kyoto.

Boleh ambil penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Osaka dan dari situ ambil keretapi laju, Shinkansen dari Stesen Osaka ke Stesen Kyoto.

Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit. Jika menggunakan keretapi biasa, perjalanannya memakan masa kira-kira 30 ke 45 minit.  

Persoalannya, berapa lama masa yang perlu diluangkan di kota ini? Jawapannya terpulang kepada masa dan minat seseorang itu. Lagi lama anda di bumi Kyoto, lagi banyak yang boleh anda lihat.

Jika buat perjalanan sehari pasti ada tarikan yang tidak sempat dilawati.

Kyoto terkenal dengan warisan budaya dan keindahan alam yang memukau. Ciri-ciri tradisional Jepun masih utuh di kota ini.

Deretan bangunan lama di Kyoto
Deretan bangunan lama di Kyoto

Bahkan, penghuni kota ini juga dikatakan masih tebal dengan sifat-sifat tradisional. Namun, tidak menolak kehadiran orang asing yang mahu mengenali budaya hidup mereka. 

Di sini tiada bangunan pencakar langit, tetapi kaya dengan deretan bangunan lama yang mencerminkan ciri-ciri seni bina Jepun dari ratusan tahun dahulu.

Buat yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini, pilihlah untuk bermalam di Higashiyama Selatan atau lebih tepat lagi di Gion. 

Ini kerana ia lebih dekat dengan pelbagai tarikan yang mesti dilawati. Malah, ia memberi peluang untuk anda merasai pengalaman yang cukup berbeza.

Bagaikan merentasi terowong masa, anda boleh bayangkan diri seolah-olah berada di zaman yang berbeza. 

Gion merupakan kawasan di mana anda boleh melihat bangunan-bangunan lama yang turut menempatkan rumah-rumah hiburan tradisional dan restoran elit.

Sebab itulah, jika anda berada di kawasan ini pada lewat petang, anda mungkin terserempak dengan geisha dan maiko yang menyusuri jalanan untuk ke tempat kerja. 

Dari Gion, boleh panjangkan langkah ke Pontocho. Sama seperti Gion, Pontocho juga terkenal sebagai salah satu tempat terbaik untuk melihat Geisha.

Kiri kanan lorong pejalan kaki di Pontocho menempatkan restoran dan kafe makanan Jepun yang turut menampilkan persembahan Geisha sebagai hiburan.

Menyusuri Sungai Kamogawa di penghujung hari adalah hadiah terbaik sebelum pulang ke hotel. Pemandangan sungai yang indah serta hembusan bayu yang menyapa membuat hati terbuai dan menyukuri nikmat yang ada.

Deretan restoran di tepi Sungai Kamogawa
Deretan restoran di tepi Sungai Kamogawa

 

Melakar Memori Di Warisan Dunia

Sebagai salah satu kota yang berjaya mempertahankan pelbagai peninggalan masa lalunya, Kyoto punya beberapa tempat yang telah diakui sebagai Tapak Warisan Dunia yang diperakui oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Secara keseluruhan, ada 17 objek pelancongan yang diwartakan sebagai warisan dunia di Kyoto dan sekitarnya. 

Yasaka Shrine terletak betul-betul di pusat bandar, Gion. Yasaka bermaksud ‘lapan cerun’ dengan banyak pendapat mengenai asal usulnya.

Yasaka Shrine
Yasaka Shrine

Struktur bangunan ini unik berbanding kuil-kuil lain di Jepun. Ini kerana selalunya, kuil-kuil dibina dengan memisahkan kuil utama dengan kawasan di mana pelawat berdoa. 

Walau bagaimanapun, Yasaka Shrine menempatkan kedua-dua ruangan ini di lokasi yang sama. Yasaka Shrine memainkan peranan utama dalam Festival Gion yang mempunyai sejarah 1,100 tahun dan diadakan dari 1 Julai hingga 31 Julai setiap tahun. 

Satu lagi kuil yang cukup popular yang mesti dilawati ialah Kiyomizu-dera. Kuil yang diasakan pada abad ke-8 dan dibina semula pada abad ke-17 ini merupakan tarikan teratas yang perlu dikunjungi di Kyoto.

Kiyomizu-dera
Kiyomizu-dera

Tersenarai sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1994, ia merupakan lokasi di mana anda boleh menyaksikan pemandangan luar biasa kota Kyoto dari atas.

Jadi tidaklah hairanlah mengapa sebelum ini tempat ini sesak dengan kehadiran pelancong, terutama pada musim bunga dan musim panas. 

Satu fakta menarik, semasa zaman Edo, ramai yang melompat di sini pada ketinggian 13 meter kerana percaya jika selamat, kehendak seseorang itu akan termakbul. Mengejutkan, daripada 234 orang yang melompat, 85.4%  terselamat!

Luangkan masa sekurang-kurangnya satu jam di sini untuk pengalaman lebih bermakna. 

 

Bersiar-siar Dengan Sagano Romantic Train 

Nama Arashiyama Bamboo Groove atau Forest memang tidak asing lagi bagi mereka yang berkunjung ke Kyoto kerana ia merupakan salah satu tarikan yang wajib dikunjungi.

Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari stesen keretapi Gion-Shijo. 

Pemandangan lazim di Arashiyama Bamboo Forest
Pemandangan lazim di Arashiyama Bamboo Forest

Sebelum melawat sekitar Bamboo Forest dan pekan Arashiyama, penulis cadangkan supaya anda menaiki Sagano Romantic Train dahulu.

Mulakan perjalanan dari Kameoka Torokko Station ke Saga Torokko Station supaya anda boleh meluangkan masa lebih lama di Bamboo Forest dan kawasan sekitarnya.

Tiket sehala untuk menaiki Sagano Romantic Train ini dijual pada harga 620 Yen untuk dewasa dan 310 yen untuk kanak-kanak. Perjalanan mengambil masa 25 minit.

Sebaik sampai di puncak Arashiyama, bolehlah berjalan ke Bamboo Forest untuk melihat sendiri keunikkan tempat ini. Dengan keluasan 16 kilometer persegi, berjalan kaki memang agak memenatkan.

Sungai Katsura di kawasan Arashiyama
Sungai Katsura di kawasan Arashiyama

Untuk lebih seronok dan mudah, boleh sewa beca yang ditarik oleh jejaka-jejaka sasa dengan harga di antara 4000 Yen ke 7000 Yen. 

Selesai menaiki beca, bolehlah berjalan-jalan di sekitar jalan-jalan utama di Arashiyama. Ada kedai-kedai menjual cenderahati dan juga banyak juga kafe dan restoran untuk menjamu selera.

Pilihlah kafe atau restoran yang menyediakan makanan laut atau vegetarian kerana tiada yang berstatus halal di sini. - Getaran, 12 Disember 2021

Gambar : Unsplash

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

3

Gaya 1 bulan yang lalu

'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pempengaruh Jepun, Navito Ajak Pengikut Lepak Makan Di Kuala Lumpur

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini