Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


18 Pemenang Bintang Paling Popular ABPBH Sepanjang Zaman

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) menjadi kayu pengukur tahap populariti seseorang selebriti sejak tahun 1987 di mana pemenang ditentukan oleh para peminat menerusi sistem undian.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Nov 2021 11:44AM

Gambar: Instagram Aishah, Haqiem Rusli & Blackpaper

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu hadapan, kita bakal menyaksikan seorang lagi bintang Malaysia bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH edisi yang ke-34.

Sejak dianjurkan dari tahun 1987, ramai artis terkenal sudah merasai nikmat menggenggam trofi yang mengukur tahap populariti selebriti hasil undian peminat menerusi surat khabar Berita Harian.

Bermula pada tahun 2018, peminat sudah boleh mengundi secara dalam talian sekali gus melonjakkan jumlah undian menjangkau angka jutaan.

Namun, kategori Bintang Paling Popular diwujudkan pada tahun 1991. Sebelum itu artis yang berjaya meraih undian paling tinggi ialah Fauziah Ahmad Daud (1987), Ramlah Ram (1988) dan Kumpulan Search (1990).

Search merupakan satu-satunya artis berkumpulan yang pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Popular. 

Berikut adalah senarai selebriti yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH:

 

Aishah

Aishah secara rasminya merupakan pemenang pertama menggenggam trofi Bintang Paling Popular di ABPBH 1991 dengan jumlah undian sebanyak 124,572.

 

Zainal Abidin

Populariti Zainal Abidin ketika itu memang tidak dapat disangkal lagi, sekali gus menobatkan beliau sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 1992 dengan jumlah undian sebanyak 184,355.

 

Eman Manan

Selepas empat tahun berturut-turut gelaran Bintang Paling Popular diraih oleh penyanyi, Eman Manan telah memecahkan dominasi itu pada ABPBH 1993 dengan jumlah undian sebanyak 63,675.

 

Sofea Jane 

Pada tahun 1994 pula, aktres sensasi lagi jelita, Sofea Jane berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan jumlah undian sebanyak 170,698.

 

M. Nasir

Sifu M. Nasir telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk ABPBH 1995 dengan jumlah undian sebanyak 179,830.

 

Ziana Zain

Populariti yang diraih oleh Ziana Zain ketika itu berjaya meletakkannya sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 1996 dengan jumlah undian sebanyak 58,456.

 

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza adalah artis yang paling banyak memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH iaitu sebanyak tujuh kali bermula dari tahun 1997 (226,931 undian), 1998 (16,867 undian), 1999 (30,738 undian), 2000 (44,703 undian), 2001 (101,175 undian), 2005 (110,585 undian) dan 2010 (225,300 undian).

 

Rosyam Nor

Selepas Siti Nurhaliza menguasai ABPBH selama lima tahun berturut-turut, pada tahun 2002, Rosyam Nor berjaya memecahkan dominasi Siti dengan meraih jumlah undian sebanyak 335,272.

 

Saiful Apek

Pada ABPBH 2003, pelawak terkenal Saiful Apek telah mencipta sejarah menjadi pelawak pertama yang memenangi Anugerah Bintang Paling Popular dengan jumlah undian sebanyak 97,680.

 

Mawi

Fenomena Mawi World pada tahun 2005 telah berjaya meletakkan Mawi sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 2006 dengan jumlah undian sebanyak 351,570.

Malah Mawi juga berjaya mencipta hatrik apabila turut membawa pulang trofi yang sama pada ABPBH 2007 (261,555 undian) dan 2008 (119,268 undian).

 

Nabil Ahmad

Pada tahun 2009, populariti yang diraih oleh pelawak terkenal, Nabil Ahmad berjaya meletakkannya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH pada tahun itu dengan jumlah undian sebanyak 127,268 sekali gus menjadikannya pelawak kedua yang berjaya membawa pulang anugerah itu selepas Saiful Apek. 

 

Shaheizy Sam

Penangan filem popular Adnan Sempit telah berjaya melonjakkan populariti Shaheizy Sam sehingga dia dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 2011 dengan jumlah undian sebanyak 126,168.

Sam juga telah memenangi anugerah yang sama pada ABPBH 2013 (79,656 undian) dan ABPBH 2015 (265,703 undian).

 

Aaron Aziz

Populariti yang diraih menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster berjaya meletakkan pelakon kelahiran Singapura ini sebagai Bintang Paling Popular 2012 dengan jumlah undian sebanyak 87,669.

Kemenangan Aaron pada tahun itu telah menimbulkan kontroversi kerana dia seorang artis kelahiran Singapura.

Pada tahun 2014, Aaron sekali lagi dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan jumlah undian sebanyak 76,742.

 

Neelofa

Pada tahun 2016, selebriti sensasi Noor Neelofa telah menjadi satu-satunya pengacara yang berjaya meraih Anugerah Bintang Paling Popular dengan jumlah undian sebanyak 212,829.

 

Fattah Amin

Populariti luar biasa yang diraih Fattah Amin selepas membintangi drama ‘Suri Hati Mr. Pilot’ telah berjaya menobatkannya sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 2017 dengan jumlah undian sebanyak 82,635 biarpun lakonannya pada ketika itu dikritik netizen. 

 

Wany Hasrita

Selepas beberapa edisi ABPBH dilihat lebih berpihak kepada selebriti yang bergelar pelakon, tiba-tiba nama Wany Hasrita diangkat sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 2018 dengan jumlah undian sebanyak 2.05 juta. 

 

Mira Filzah

Deretan drama yang dibintanginya pada tahun 2018 dan 2019 telah berjaya meletakkan Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH edisi yang ke-32 dengan jumlah undian sebanyak 6.03 juta. 

 

Haqiem Rusli

Selepas sering kali tewas di tangan Khai Bahar untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular, tiba-tiba Haqiem Rusli mencantas penyanyi itu dan turut bergelar Bintang Paling Popular di ABPBH 2020 dengan jumlah undian tertinggi yang pernah diraih dalam sejarah ABPBH iaitu sebanyak 22,332,676. - Getaran 7 November 2021

Gambar utama: Instagram Aishah, Haqiem Rusli & Blackpaper

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain โ€“ PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti โ€“ PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini