Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Dua Sahabat Kayuh Basikal Lipat Dari Johor Ke Perlis

Kejayaan mereka merentas negeri-negeri di Semenanjung dari Tanjung Piai, Johor ke Kangar, Perlis membuktikan bahawa basikal lipat juga sesuai digunakan untuk kembara jarak jauh.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Nov 2021 6:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua sahabat memanfaatkan kebenaran merentas negeri dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini dengan kembara menggunakan basikal lipat dari Johor ke Perlis dalam tempoh 14 hari dan hanya berbekalkan RM500.

Penghantar makanan berbasikal Foodpanda, Muhammad Hezri Muhammad Sabri, 36, dan Mohd Jazaini Abdul Jamal, 48, yang bekerja sendiri berkata kembara jarak jauh lazimnya menggunakan basikal lebih besar, namun mereka memilih untuk menggunakan basikal lipat yang saiznya hanya lebih semeter sahaja.

"Kebanyakan orang yang kami jumpa sepanjang kembara ini bertanyakan mampukah basikal lipat ini bergerak jauh dan ramai yang tidak menyangka basikal kecil ini tahan lasak serta boleh pergi jauh.

"Basikal lipat lebih sinonim dengan basikal kayuhan taman dan santai-santai. Seorang lelaki ‘gila’ menunggah basikal lipat kelihatan jauh lebih ‘gila’ daripada lelaki ‘gila’ yang menunggang basikal,” kata Muhammad Hezri kepada Bernama ketika ditemui selepas menamatkan kayuhan mereka di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan mereka merentas negeri-negeri di Semenanjung dari Tanjung Piai, Johor ke Kangar, Perlis sejauh kira-kira 850 kilometer membuktikan bahawa basikal lipat juga sesuai digunakan untuk kembara jarak jauh.

Muhammad Hezri dan Mohd Jazaini masing-masing dari Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor berkata sepanjang kayuhan itu mereka juga berkesempatan mengenali budaya masyarakat setempat dan berkenalan dengan ramai peminat aktiviti berbasikal.

Mohd Jazaini pula berkata mereka dapat berkongsi ilmu dan maklumat berguna mengenai basikal lipat selain melakukan eksplorasi ke pelbagai lokasi menarik di setiap negeri yang disinggahi.

Beliau berkata walaupun kecil, basikal lipat seberat 11 kilogram itu mampu menampung beban tambahan untuk kegunaan mereka sepanjang kembara itu seperti khemah, dapur, kerusi serta keperluan asas lain.

Berkongsi pengalaman menarik sepanjang kembara itu kedua-duanya mengakui teruja apabila menerima sedekah pelbagai makanan dan minuman daripada orang yang tidak dikenali.

"Barangkali itu semua rezeki kami bermusafir, dapatlah kami jimatkan peruntukan kami yang terhad dan duit yang kami bawa bekal itu, kami hanya gunakan untuk beli makanan istimewa yang sedap sahaja sebagai ganjaran kerana dapat menamatkan misi kami dengan selamat, alhamdulillah," katanya.

Mengenai cabaran sepanjang kayuhan pula, mereka menyatakan tidak berhadapan dengan banyak kesulitan kerana telah menyediakan kelengkapan yang mencukupi jika basikal lipat mengalami masalah di tengah jalan.

"Kelebihan basikal ini, jika tidak boleh dibaiki menggunakan alat ganti yang dibawa, senang nak bawa ke bengkel sebab boleh dilipat kecil dan muat saja kalau menaiki kereta 'Grab' atau tumpang sesiapa," katanya. - Bernama

Semua gambar: Bernama

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Sorotan

1

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

2

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

3

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

4

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

5

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

6

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

7

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad